Thursday, July 31, 2008

MERDEKAkah.......kahkahkah

kalendar menunjukkan tarikh 31 Julai 2008. esok, bulan Ogos akan menjelma. apabila tiba bulan Ogos, maka akan bergemalah perkataan MERDEKA di serata genap negara. bibir manusia akan sentiasa hangat membicarakan hal ini. stesen-stesen radio akan berlumba-lumba menunjukkan semangat patriotik mereka dengan memutarkan lagu-lagu patriotik. lagu tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman akan terus menjadi lagu feveret untuk diputarkan silih berganti. tidak ketinggalan lagu Bahtera Merdeka nyanyian Aishah.

emmm...patriotik sungguh rakyat Malaysia..
apa maksud sebenar merdeka?
siapa yang benar-benar menghayati erti kemerdekaan ini?

From Wikipedia, the free encyclopedia;


Merdeka is a word in the Malay language meaning independence. It is derived from a Sanskrit word used to designate former Portuguese and Dutch slaves from India in the East Indies, whence the Malay meaning of "free(dom)" is derived. The term was significant during the anticolonialist and pro-independence movements of the colonies of Malaya, Singapore and Indonesia, in the history of Malaysia, the history of Singapore and in the history of Indonesia. It became a battle-cry for those demanding independence from the colonial administrations of the United Kingdom and Netherlands.

di atas adalah makna yang common bagi perkataan merdeka. secara mudahnya, merdeka diertikan sebagai bebas dan dalam konteks di Malaysia, kebebasan daripada penjajah adalah makna yang di yakini tepat untuk menjelaskan makna ini.

siapakah yang benar-benar menghayati makna kemerdekaan?
pemimpin Malaysia?

di Malaysia, pemimpinnya belum benar-benar menghayati makna kemerdekaan. mereka hanya tahu merdeka itu bermakna penjajah tidak lagi menjajah secara langsung ke atas negara ini.
jikalau mereka benar-benar merdeka, mengapa perlu mereka mengekalkan apa yang di tinggalkan penjajah kepada negara ini?
struktur pemerintahan di Malaysia masih mengamalkan sistem yang di turunkan oleh penjajah British satu masa dahulu dimana perlembagaan negara di jadikan kiblat kepada segala keputusan yang di ambil atas nama negara.
Malaysia mengaku dan mendabik dada kepada dunia luar bahawa Malaysia adalah negara Islam yang semakin membangun dan maju. kita sibuk menasihatkan negara luar bagaimana cara yang betul untuk mentadbir negara. hakikatnya Malaysia hanya la sebuah negara SEKULAR.
adalah sesuatu yang bohong sekiranya pernyataan Malaysia sebagai negara sekular dikatakan tidak benar. hakikatnya agama dan pentadbiran di negara ini telah lama dipisahkan dan semakin terpisah.
satu fakta yang menarik yang boleh dikongsi bersama; tahukah anda bahawa di Malaysia, perlembagaan di letakkan di tangga teratas, bahkan Al-Quran tidak dapat menyaingi kemuliaanya di negara ini. segala apa yang menjadi pertikaian hendaklah di rujuk dahulu kepada perlembagaan hatta kes-kes berkaitan agama sekali pun. kerana kehebatan perlembagaan ini lah maka dengan beraninya wujud permohonan mereka-mereka yang berani untuk menukar agama mereka dari bergelar muslim kepada kafir..atas tercatatnya perlembagaan bahawa 'mereka yang telah cukup umur berhak menentukan agama yang ingin di anuti.'
hebat kan perlembagaan Malaysia?
oleh itu bolehkah dikatakan pemimpin Malaysia telah betul-betul merdeka?
mampukah dan beranikah mereka memerdekakan negara dari sistem seperti ini????

dari satu sudut, mereka yang tidak diperdulikan serta dianggap tidak penting kepada negara di lihat lebih menghayati makna kemerdekaan yang sebenar. mereka ini yang rata-rata nya masih muda sering memerdekakan diri mereka dari pelbagai sudut. mereka cukup merdeka. mereka mampu melakukan apa sahaja yang mereka mahukan tanpa sebarang rasa takut dan terkongkong. dengan berani dan selamber, mereka merdeka bergaul sesama mereka, tanpa mengira sebarang hubungan yang wujud. muhrim?, non-muhrim?, sedara sedarah? tak diperdulikan. tiada makna penjajahan yang wujud pada mereka. pada mereka, negara yang merdeka bermakna mereka kini sudah bebas. tiada lagi sekatan yang boleh dikenakan kepada mereka. tiada siapa yang boleh bersuara atas apa yang ingin mereka lakukan. nak berkepit kehulu kehilir? nak tidur serumah sesama kekasih? nak merempit? mendadah? semua boleh. ini lah makna merdeka yang sebenar kepada mereka. mereka ini lah yang benar-benar menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

setelah melakukan pemerhatian dan sedikit temu ramah, dapat aku simpulkan bahawa erti kemerdekaan yang sebenar amatlah bergantung kepada makna merdeka itu kepada individu itu sendiri. ada yang mengatakan mereka hanya merdeka setelah berjaya melangsaikan segala hutang yang ada pada mereka yang tidak kehabisan. bagi golongan pelajar, erti merdeka yang sebenar adalah apabila tidak perlu lagi bangun awal pagi ke sekolah mengadap muka cikgu-cikgu yang rata-ratanya boleh dihitung keikhlasnya mengajar serta tidak dibelenggu dengan pelbagai kerja rumah yang membebankan kepada mereka. kepada para banduan yang masih di sebalik tembok penjara, dapat menghirup udara segar di alam bebas adalah makna merdeka yang sebenar. bagi aku,......rahsia.....

No comments: