Wednesday, February 8, 2012

hari ni gua senang hati hulur duit ke kaunter

hari ni hari gua membayar bil. macam bulan-bulan yang biasa, bil-bil yang dihantar ke rumah gua akan gua settlekan guna duit orang lain. gua hanya membayarnya sahaja seperti beberapa bulan sebelum ini.

sebagai pengguna yang bijak, gua hanya perlu mengumpulkan sejumlah bil dan bayar pada hari, masa dan tempat yang sama. apa bangang nak bayar bil 5-6 kali sebulan ke tempat yang berlainan.

sampai di pusat pembayaran bil, macam biasa gua mengikut sistem barat sedia ada yang diamalkan dikebanyakkan kaunter di Malaysia. gua tekan no giliran. ambil no giliran dan duduk di kerusi yang disediakan. seperti biasa, gua akan pilih kerusi yang mana permandangannya menarik dan jauh dari manusia-manusia bangang.

sementara menunggu giliran gua, mata gua terus je perati ke makwe yang jaga kaunter. ada dua kaunter yang dibuka walhal terdapat empat kaunter yang disediakan. ini amalan biasa sistem kaunter di Malaysia yang telah diubah suai bersesuaian dengan tahap kemalasan dan sistem curi tulang yang menepati budaya kabanggaan rakyat negara ini.

kaunter yang pertama dijaga oleh seorang makwe bertubuh agak gempal dan tidak menepati selera nafsu gua. kita gelarkan beliau sebagai A semperna huruf awalan nama di nametag beliau.

kaunter ke dua di kawal selia oleh satu makwe boleh tahan cun dia. tubuh badan pun sedap-sedap mata memandang orang kata. makwe yang ni kita gelarkan sebaga S juga semperna awalan huruf di nametag beliau.

sebagai lelaki normal, hati gua secara otomatik berdoa dan berharap no giliran gua akan jatuh ke kaunter ke dua. baru la sedap nak hulur duit.

dipendekkan cerita, Tuhan makbulkan doa hati gua tadi.

semasa gua melakukan ritual rutin pembayaran bil, gua cuba bersikap peramah dengan membuat sedikit lawak berkenaan bil gua. untuk makluman semua, dalam berhelai-helai kertas bil gua, ada satu bil yang jumlahnya RM1.60 je. dibawah adalah dialog antara gua dengan makwe nama S tu:

Gua: bil yang ni kalau hutang sampai setahun boleh tak? banyak sangat jumlah dia. segan nak bayar. (sila rujuk bil gua yang berjumlah RM1.60 itu tadi.)

Makwe S: tak boleh la. tapi kalau sikit sangat bil tu, bayarlah sekali bil akak punya.

Gua: ooo boleh juga kak. err.. umur akak ni berapa ye?

Makwe S: 26. kenapa?

Gua: takde apa kak. cuma umur saya ni dah 28. (kali ni gua kasi satu senyum menganjing baik punya)

Makwe S: eh, ye ke? ala.. sori sori... (kali ni makwe ni senyum malu-malu)

terus terang gua cakap, dialog pendek ni tadi berjaya buat gua senyum gembira.
gua gembira atas 2 perkara:
1. boleh tahan respon makwe ni ke gua.
2. gua masih kelihatan muda. tak sia-sia gua amalkan makan sambal belacan setiap hari.