Monday, July 28, 2008

PAS - UMNO bergabung????????

berita panas lagi sensasi......

UMNO dan PAS diura-urakan bergabung.....



MACHANG, 27 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempelawa ahli-ahli serta penyokong Umno menyertai PAS bagi memastikan agama Islam dan nasib orang Melayu lebih terbela


Kata beliau muqabalah (perbincangan) di antara pemimpin PAS dan Umno boleh diadakan bagi mencari kaedah satu parti sahaja bagi orang Islam dan Melayu di negara ini.
"Ini kerana PAS telah lama berjuang di atas landasan Islam. Saya pun tak faham mengapa orang Umno tidak mahu menyertai PAS, apa yang tidak kena bagi Umno tehadap PAS.
"Sedangkan kita terima hakikat bahawa Islam mesti diutamakan," katanya


Malah beliau berkata, sekiranya ahli Umno segan untuk menyertai PAS lebih baik menubuh parti baru yang juga berlandas Islam.
Ini kerana kata beliau ahli PAS sudah tentu tidak akan menyertai Umno. (HarakahDaily.net)



manakala Dr.Khir Toyo pula mengeluarkan kenyataan berikut dalam blognya(DrKhir.com);


-Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan Pas dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan. Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama.

Saya tidak mengimpikan Pas dan UMNO bersatu dalam bentuk fizikal parti atau ideologi politik. Tapi saya mengimpikan kesatuan orang Melayu dalam erti mempertahankan kedudukan dan agenda Islam dan Melayu di negara ini.-



ini adalah dua kenyataan yang aku petik dari dua orang pemimpin yang mewakili parti yang berlainan.

sebagai seorang rakyat Malaysia yang berfikiran bebas dan tidak mewakili mana-mana parti maka aku mengandaikan bahawa pergabungan kedua-dua perti ini adalah sebagai MUSTAHIL..

kenapa aku kata begitu??

cuba perhatikan petikan yang aku dapat diatas, jelas menunjukkan bahawa sebelah pihak amat mengharapkan perkara ini berlaku (walaupun cakapnya masih berlapik) manakala sebelah pihak lagi kekal dengan pendirian dan matlamat yang ingin dicapai parti mereka.. matlamat yang jelas KETIDAKSAMAANNYA.


penggabungan dua parti yang berlawanan asas matlamatnya ini di lihat seumpama cuba menggabungkan minyak dan air...errr ye ke? API dengan AIR kot yang lebih tepat... hehehehe


anda bagaimana??????


No comments: