Saturday, July 19, 2008

rumah panjang

hari ni aku terbaca satu komen yang agak menarik dari sorang umat manusia. soalannya berbunyi begini: kenapa ada gambar rumah panjang kat blog aku ni?

hehehe nak ikutkan hati aku nak jawab camni je: SUKAHATIAKULAH....

tapi takpe. aku akan jawab secara profesional.

gambar rumah panjang di bawah blog aku ni aku letak khas bagi mempromosikan industri perlancongan di Malaysia amnya dan kepulauan Borneo khasnya. sebagai seorang rakyat Malaysia yang berbangga dengan negaranya maka aku mengambil kesempatan yang ada untuk menyeru sekalian manusia dan alien-alien yang ada untuk bersama sama menghabiskan wang anda di Malaysia. tak perlulah melaburkan wang anda melawat ke negara orang lain atas alasan bercuti. Malaysia ni pada aku dah cukup kaya dengan pelbagai perkara yang menarik. Masyarakat Iban yang aku tonjolkan di bawah yang menari di atas rumah panjang adalah salah satu daripadanya

salah ke aku mempromosikan negara aku sendiri? berapa ramai antara kita yang habis pusing satu Malaysia? berapa ramai antara korang-korang yang dah pegi tengok tarian yang aku tonjolkan tu secara live? cuba angkat tangan tengok !!!!

aku cuma menjalankan sedikit tanggungjawab aku kat negara ni. kata orang, cuba setakat yang termampu. nak iklan kat suratkhabar tu bukan kerja aku. tu keja Dato Azharina Othman. dia kan menteri perlancongan.

aku ni rakyat biasa je.....

1 comment:

Fakyew said...

aok mempergunakan komen koi tadi yak. palat. hahaha.