Tuesday, February 24, 2009

motosikal untuk dijual.....ke???

anda seorang mat rempit? mat motor? atau anda memang suka motosikal walaupun anda bukan salah seorang dari yang di sebutkan tadi?

pening kepala memikirkan masalah yang biasa dihadapi dengan menggunakan motosikal biasa?

ada duit untuk digunakan tetapi buntu mencari jalan penyelesaian terhadap masalah anda dengan motosikal anda?

memang bukan semua masalah senang diuruskan meskipun mempunyai kemampuan.

jika anda mempunyai masalah ini: 

1. sukakan motosikal yang unik tetapi tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menyimpannya

2. sukakan motosikal tetapi takut jiran-jiran mencalarkan motosikal kesayangan anda kerana dengki pada anda (atau kerana anda suka mengintai anak/bini muda jiran anda tanpa mengira masa)

3. sukakan motosikal tetapi belum menjumpai motosikal yang cukup laju yang membolehkan anda melewatkan waktu bangun tidur di pagi hari selama beberapa minit lagi sebelum bergegas ke tempat kerja 

maka inilah jawapan kepada masalah anda: memperkenalkan........

MOJIRU (motosikal jimat ruang)
motosikal ini sungguh menjimatkan ruang. sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah no. 1. anda boleh menyimpannya di bawah katil jika anda mahu.


MOKACA (motosikal kalis calar)
motosikal ini kalis calar. anda tidak perlu risau jika jiran anda mempunyai hobi suka mencalarkan motosikal jiran-jiran. (tetapi awas dengan pengumpul besi buruk). jawapan kepada masalah no.2.


MOPEBER (motosikal peluru berpandu)
kelajuannya diakui setanding dengan peluru berpandu milik negara-negara eropah dan korea utara. membolehkan anda sampai ke destinasi yang ditujui dalam masa yang singkat. jawapan kepada masalah no.3.

dimana anda boleh mendapatkannya??

pastinya bukan disini....................................

11 comments:

Anonymous said...

wah. banyaknya motosikal yang unik.

tapi ada juga motosikal yang kecil itu kan. macam dalam filem cina tu..

adios said...

Hahahaahaha

satu pun aku tak mahu.
Orang gila pun tak sanggup nak pakai.

koboi said...

ainunl.muaiyanah:
macam filem cina? filem yang mana ya?

adios:
memang kalau kita pakai di Malaysia ni, ramai yg kata kita gila. tapi di sesetengah negara, memiliki moto sebegini boleh dianggap lagend.

Ais Cair said...

hahaha...t'ingat post lama yg fesyen rambut binatang tuh...post ni aku terbayang...mcm mana rupa kuda besi kau yg sbnrnya...??ada masa upload la pic kuda besi kau tuh,encik koboi...

koboi said...

stanum_saliva:
hahaha sekadar bahan selingan celah gigi untuk menghilangkan tension.
kuda besi aku malu, dia taknak jadi popular.

Anonymous said...

aku ada gambar kuda besi koboi. sapa mahu?

nombor plat boleh buat tikam no.

koboi said...

fakyew: cis.

Rashidah Abd Hamid said...

1st bace tajuk post blog nie.. ingtkan pasal hari2 terakhir di opis..t'pikir gak,xkan koboi nk smpai nk jual WNS 2554 lak kot..??
tp bile dh bace..isk..isk..isk.. lain bebenor rupenyer... :) :)

Ais Cair said...

fkyw,aku nak dowh..gambar kuda besi koboi yg dikatakan malu dan tak capub tu.....hahaha

koboi said...

pencinta damai:

waaa.. sampai no plat pun nk kasi tau ke? rugi la camni.
aku sayang woo kuda besi aku. biar pun tak semahal mana, tapi kuda besi tu dibeli dengan mengorbankan banyak benda tau. tak sampai hati nak jual.

Rashidah Abd Hamid said...

ops..dah t'bagi tau lak..
tp xpe la,plat mahal tu kot..no utk di'bida'..heheh..
komen kt ats tu cam dh melibatkan sensitiviti & xsmpai hati incik koboi..
jaga memolek ye kuda besi tu..
penuh b'mkna & b'jasa pd tuannya..tul tak? :)
pasni leh la pinjam helmet lg..hehe