Friday, February 27, 2009

Masked Rider versi Melayu


sekarang ini aku berasa cukup selamat.
kerana aku berkawan dengan penyelamat.
dengan bangganya aku mengumumkan bahawa Masked Rider bukan hanya ada di Jepun.
di Malaysia pun dah ada.
aku ada buktinya.


bukti kukuh yang telah diperkukuhkan: 

penampilan khas seorang Masked Rider yang mempamerkan tali pinggang ajaibnya kepada aku dengan wajah yang penuh riak. tali pinggang berbentuk kumbang merah (sekali tengok macam kumbang tahi)  yang berupaya mengubah penampilannya sekali gus memberikannya kuasa untuk berlawan dengan raksasa jahat yang cuba menguasai bumi. (dilengkapi dengan bunyi-bunyian dan lampu yang bewarna-warni)




setelah menghidupkan suis utama tali pinggang hikmat, seorang lelaki tipikal yang sebelum ini makan gaji dengan kerajaan dari jam 8.00 hingga 5.00 petang telah pun bertukar wajah. muka yang disapu bedak setiap hari telah berjaya disembunyikan di sebalik watak seorang hero.

siapa dia hero kita ini sebenarnya??

aku tahu. tapi sengaja tak nak kasi tahu. sebab aku dah janji dengan dia bahawa identiti dia akan aku rahsiakan. meski pun pistol diacukan di kepala. (lain la kalau aku diacukan dengan seguni duit RM50.)

amacam? best tak aku? ada kawan superhero. korang ada ke??

7 comments:

Ais Cair said...

aku takda la...dengki siot!!!takpa lah,kirim salam je la kat kwn superhero kau tuh...byk lg kena dia kena improve tu...lebih2 lg if ada budak kecik nangis bila tengok dia...ada la yg tak kena tuh....hahahaha

koboi said...

stanum:
insyaallah salam akan aku sampaikan. tu pun kalo ada peluang jumpa dengan beliau. maklumlah, superhero. mesti sibuk menjaga keselamatan bumi dari raksasa jahat.

Anonymous said...

yang aku tau super hero ni tengah bermuram durja.

masalah yang tak dapat diselesaikan dengan menggunakan talipinggang kumbang tahi.

koboi said...

fkyw:
yg tu tak boleh nak buat apa dah. tali pinggang tu memang tak disediakan sekali dengan cara-cara untuk mengatasi masalah kronik dia tu.
sebab musuh dia tu raksasa peringkat tertinggi. hehehe

ainunL muaiyanah said...

kawan super hero atau diri sendiri yang berpura-pura menjadi superhero, kemudian dia bilang dia kawan superhero?

yang mana satu?

hehehe

koboi said...

ainunL muaiyanah:

percaya la. aku cuma berkawan dgn superhero tersebut.
aku tak mampu nak menjadi superhero.
tali pinggang hikmat tersebut harganya rm200 dipasaran malaysia. dengan gaji aku yg tak seberapa, tak sampai hati aku nak beli. hehe

Anonymous said...

hahaha mamat nie budak opis aku, masa mula2 dapat trus nak jadi kamen reder dari pagi sampe petang...

p/s jgn marah aku komen..