Sunday, November 2, 2008

pertandingan tertutup Koboi VS Fakyew

pertandingan tertutup antara dua orang manusia lagenda dalam acara merokok paling banyak dan minum air paling banyak telah diadakan tepat pada jam 11 malam 1 November bertempat di sebuah restoran maple yang dirahsiakan identitinya.

perlawanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk dihabiskan kerana para peserta turut sama menyaksikan perlawanan secara langsung antara M.U dan Hull City yang menyaksikan keputusan 4 gol berbalas 3 yang dimenangi oleh M.U pada malam tersebut.

namun, pada masa tersebut, mata-mata masyarakat disekeliling lebih tertumpu kepada pertandingan ini yang menyaksikan pertaruhan yang besar berlaku antara pihak penyokong peserta sesama sendiri yang dikatakan bernilai jutaan RM.

puntung bewarna putih mewakili rokok yang dihisap oleh Koboi dan puntung perang mewakili jumlah rokok yang berjaya dihabiskan oleh Fakyew dalam menyaingi pertandingan disamping cuba memenangi trofi rebutan ramai. dan keputusannya dapat dilihat melalui gambar dibawah:




keputusan rasmi pertandingan seperti yang diumumkan oleh tokey restoran:
acara asap paling banyak disedut melalui jumlah rokok yang dihisap, dimenangi oleh Koboi.
ye..tahniah untuk beliau. kepada Fakyew, diharapkan tidak berputus asa. semoga kerap berlatih lagi supaya pertandingan sebegini boleh diteruskan lagi di masa hadapan. hahaha

P/S: keputusan pertandingan minum paling banyak boleh didapati di sini.

5 comments:

Anonymous said...

ahhh kau main tipu!

koboi said...

hahaha..

Anonymous said...

fakyew tengok bola ?

er..

Dunia nak kiamat dah ke ?

koboi said...

hahaha dunia akhir zaman..

Anonymous said...

tai'!