Tuesday, November 11, 2008

brader ganas nyanyi karaoke

tarikh: 10/11/2008
tenpat: pusat karaoke terbuka sebelah restoran X.
perkara: bosan

kerana bosan, aku pergi berhibur dengan sumbangan suara orang ramai di salah sebuah karaoke terbuka yang di bina khas untuk berhibur secara tidak melampau bersebelahan restoran yang biasa aku lepak malam-malam.

dan mata aku beralih arah pada awek seksi yang lalu berdampingan dengan seorang lelaki yang lebih menyerupai mat rempit. tengok sekejap. cuci mata.

seterusnya berhibur dengan nyanyian yang kira tahap masih boleh diterima sumbangan remaja yang masih bersekolah dengan lagu dari kumpulan Amuk. walaupun suara yang menyanyikannya agak halus, tapi masih ok. belum sampai tahap kena tutup telinga.

tiba-tiba datang satu brader yang kelihatan ranggi giler. pakai seluar jeans ketat. koyak di lutut. bersinglet. kasut macam aladdin. rambut kerinting panjang melepasi bahu. warna rambut agak karat. muka kira ala-ala ganas.

brader ranggi pergi ke kaunter. buat permintaan lagu.
aku menanti dengan penuh sabar. "ni kalau bukan lagu XPDC kurang-kurang pun lagu May ni".

terdengar suara: "cobaan..1..2...cobaan suara,..1...2..."
hmmm... agak ganas suaranya.

dan ,musik dimainkan. brader tadi pun menyanyi. menyanyi dengan penuh perasaan. atau dengan perasan. tertunduk-tunduk bila menyanyi.

gaya ada. tapi aku kecewa.
bukan XPDC. bukan May. bukan Awie. bukan juga lagu Amy.

.....lagu SPOON. rindu serindu rindunya.....

8 comments:

Anonymous said...

mamat ganas mana la tu? hahaha

koboi said...

tah la datang dari mana. sesat kot..hahaha

Anonymous said...

itu belum dengar orang nyanyi lagu tema gerak khas ..

kat kuantan .. coulple plak lagi tu .sporti habis .. siap ikut giliran suara laki ngan suara pompuan

Anonymous said...

aku pn pnh gak karaoke dlu.. lagu senario la yg plg syok skali..hahahaaa

koboi said...

karaoke lagu gerak khas??
hahaha pengaruh yusuf haslam la tu.

Anonymous said...

Sang Koboi,

Tak elok mengunjungi tempat begitu. Membayahakan pendengaran, anda mungkin akan pekak. Mungkin bukan sekarang, tapi mungkin bila saat anda menimang cahaya mata @ menimang cucu... Mana la tahu...

koboi said...

adoyai....lepak skali skala ditempat sebegitu ada masanya mampu membuka mata untuk melihat sesuatu yang mungkin takkan dapat dilihat ditempat lain. untuk menjadi pekak, masih banyak perkara lain yang menyumbang ke arahnya.ini bukannya cakap besar, jauh sekali nak belagak. sekadar sedar diri. cermin ada di mana-mana.

Rashidah Abd Hamid said...

...peminat awok...sejak bila incik koboi ada peminat lak ni...heheheh...
saham tengah naik la ni ek..??hahahhahahahahhahah