atas permintaan FakYew yang telah meng'tag' aku dengan sesuatu yang bakal membuka rahsia aku di khalayak ramai, maka sebagai seorang hero yang pantang dicabar, aku sahut seruan jahanam beliau. dan ini hasilnya (aku jawab dalam bahasa Melayu. jimat masa. tak perlu rujuk kamus):
5 things in my bag:
-pen hitam jenama Pilot (0.5)
-kad pengenalan jawatan kerja aku
-buku catatan harian
-panadol (wajib ada)
-surat khabar (kosmo).
5 things in my wallet:
-kad pengenalan yang mengesahkan aku warganegara Malaysia
-lesen
-kad ATM (BSN, Hong Leong Bank, CIMB, Bank Islam)
-resit dari mesin ATM (sebagai rujukan harian kedudukan terkini duit aku)
-duit (banyak mana jangan di tanya)
5 favourite things dalam bilik:
-bantal
-selimut
-koleksi komik-komik dan majalah-majalah dan buku-buku
-koleksi model kereta
-koleksi cincin-cincin
5perkara yang ingin dilakukan:
-pergi makan angin tanpa peduli duit yang perlu dikeluarkan
-pergi berjoli sakan sampai muntah warna warni
-kawen secara sah
-beli CBR 600 rr secara tunai
-tumbuk muka Hazami dan Anuar Zain sampai lenguh tangan
5 perkara yang sering dilakukan:
-tidur ZZZzzzz
-mengadap PC
-main PS2
-layan DVD
-lepak dengan kawan-kawan sampai lupa tengok jam (yang ni memang syok)
wokey.
demikian sahaja jawapan aku untuk pertanyaan yang diberikan. soalan yang kacang. tak mencabar langsung. lain kali kalau nak tag lagi, bagi la soalan yang mencabar sikit. tapi jangan tanya soalan matematik sudah. aku bom rumah ko nanti.
p/s: aku nak panjangkan lagi benda mengarut ni. aku nak tag budak ni.
5 comments:
apa salah hazami dengan anuar zain oi!
hahahah
lu peminat diaorang ker??
sori la bro. yang bedua ni memang aku tak boleh blah.
gelagat mereka bisa menghilangkan selera makan ku.
hahahaha
ermmm....part lesen tuh...
A ke?
C ke?
F ke?
ke semua diatas...hahaha
mcam-macam lesen ada....
lesen perniagaan, lesen beras, lesen kapal terbang, lesen pistol...
hahaha
pg ni 1 kedai xde lesen beras. beras 15% punye la byk,kalah pasaraya.. hahaha
Post a Comment