Malaysia. negara yang dikenali ramai. negara yang suatu masa dahulu pernah menarik minat pelbagai pihak. dari yang berniat baik mahupun yang berniat jahat.
Malaysia di sukai ramai. di sukai kerana pelbagai perkara. cuacanya. rakyatnya. makanannya. keindahannya.
dan Malaysia memang bertuah.
jika negara lain berbangga kerana mempunyai empat musimnya, Malaysia lagi berbangga. tidak terkira musim yang ada.
ada musim kemarau. ada musim tengkujuh.
ada musim rambutan, ada musim durian.
ada musim ular sawa telan manusia, ada musim bigfoot menjelma.
dan,.... tahun ini lagi istimewa.
ada musim baru yang bermula.
....musim orang berebut-rebut nak terjun bangunan. nak menghabiskan nyawa yang tinggal dengan meninggalkan jasad yang hancur berkecai.
hmmm...bertapa uniknya Malaysia.
No comments:
Post a Comment