Saturday, October 25, 2008

antara pekerja kontrak dan kontrak mereka

Nasib 50,000 pekerja kontrak jadi persoalan
KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada kira-kira 50,000 kakitangan awam yang sedang berkhidmat secara kontrak mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.
Mereka adalah kakitangan yang kontraknya disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan untuk menamatkan perkhidmatan mereka, kerana kerajaan dilihat masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat sehingga lebih 20 tahun.
"Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap," kata Omar
.-(KOSMO 24 Oktober 2008.)

percaya atau tidak, anggaran kasar kaki tangan kerajaan yang berkhidmat untuk kerajaan secara kontrak adalah 50,000 orang. dan sekarang mereka hidup dalam keadaan yang penuh dengan teka-teki tentang masa depan mereka.
seperti yang tertulis diatas, kerja yang mereka lakukan adalah sama seperti yang dilakukan oleh kaki tangan kerajaan lain yang bertaraf tetap. senang cakap, tanpa mereka, akan pincang dan tempanglah badan-badan yang berkenaan.
pengambilan pekerja secara kontrak menggambarkan bahawa khidmat mereka sekurang-kurangnya PERNAH penting kepada kerajaan sehinggakan jawatan yang disandang ditawarkan untuk di isi secara segera.
namun dilihat, pihak kerajaan dengan senangnya mempergunakan khidmat mereka dikala memerlukan dan akhirnya membayangkan kemungkinan untuk menamatkan khidmat mereka secara mendadak atas alasan kekurangan sumber kewangan. satu alasan yang tidak cukup kuat untuk membuang pekerja.
wajarkah alasan ini digunakan walhal kerajaan sendiri memberi jaminan bahawa ekonomi negara masih ditahap yang baik dan mencanangkan bahawa negara masih mempunyai stok simpanan yang mencukupi untuk menjana ekonomi negara.
adalah suatu yang pelik apabila ada yang berbunyi bahawa telah berkhidmat secara kontrak sehingga mencapai 20 tahun. secara logiknya, apabila khidmat mereka diperlukan untuk jangkamasa yang begitu lama, wajarlah agar mereka yang berkenaan ditawarkan jawatan yang tetap memandangkan khidmat mereka benar-benar diperlukan.
terdengar suara-suara tertentu yang mengatakan bahawa tindakan mengambil pekerja secara kontrak ini adalah kerana kerajaan mahu menjimatkan kos yang perlu ditanggung memandangkan pekerja kontrak tidak mempunyai kemudahan yang sama seperti yang dimiliki oleh pekerja bertaraf tetap. sememangnya perkara ini diakui ramai sebagai benar.
persoalannya, wajarkah perkara ini berlaku? menggunakan khidmat manusia pada kadar yang sama tetapi menafikan sesetengah hak yang wujud? dan apabila menghadapi sedikit krisis, lemparkan mereka sesuka hati.
bayangkan apa yang akan berlaku kepada mereka yang selama ini mendapatkan nafkah dengan menyambung kontrak dari tahun ke tahun. menyara keluarga dan menyekolahkan anak-anak dengan gaji kontrak. mengharapkan agar satu hari nanti akan ditawarkan jawatan tetap. agar sama tarafnya dengan rakan-rakan yang lain.
dan...secara mendadak, diberhentikan.

No comments: