KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.
Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.
“Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)…kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia,” katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak. BERNAMA
ini adalah petikan berita yang aku ambil dari media elektronik.
dalam petikan ringkas ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan selamber mempertikaikan tahap kebebasan media di negara ini yang dikatakan berat sebelah. "belah mana tu?" tanya Mak Limah sebelah umah..
emmm, terima kasih Mak Limah kerana bertanya...
ada sesiapa yang sudi menjawab pertanyaan Mak Limah itu tadi?
nampaknya tiada sesiapa yang bersuara. tidak mengapa Mak Limah, saya akan tolong Mak Limah mendapatkan Jawapannya.
kepada sesiapa yang biasa mendapatkan maklumat berita melalui TV1, TV2, TV3 dan akhbar rasmi seperti UTUSAN MALAYSIA pastinya akan sedar bahawa segala apa yang di war-warkan semuanya memihak kepada kerajaan. liputan berita yang diberi mencerminkan bahawa segala apa yang baik dilakukan oleh pihak kerajaan manakala pihak pembangkang disadurkan dengan dengan segala apa yang bersifat negatif.
semasa ,musim pilihan raya pula, penyakit berat sebelah dilihat semakin menjadi-jadi. masing-masing mengeluarkan berita dan fakta-fakta boleh diragukan. pihak kerajaan akan menggunakan segala kesempatan yang ada menggunakan media ini mempromosikan kelebihan memilih parti mereka dalam pilihan raya kelak. segala bentuk kutuk mengutuk akan disiarkan bebas yang rata-ratanya bersifat anti pembanngkang. pembangkang juga sebenarnya ada diberikan kesempatan untuk mendpatkan tempat di kalangan media. TETAPI, pastinya bukan berita-berita yang menguntungkan mereka. ini perkara benar. pejamkan mata anda dan cuba fikirkan sejenak. lupakan seketika tentang parti yang anda anggotai. letakkan diri anda di atas tembok dan nilaikannya menggunakan akal waras yang anda miliki.
"itu cerita ketika pilihan raya. selepas pilihan raya bagaimana pula?" Mak Limah bertanya lagi..
Sabar Mak Limah, sabar...cerita belum habis.
apa yang yang berlaku ketika pilihan raya sebenarnya tidak habis di situ sahaja. pihak media masih menjalankan tanggungjawab mereka menghentam pihak pembangkang. sebagai contoh; apabila rakyat mengadakan tunjuk perasaan menentang apa yang yang di buat oleh kerajaan, maka dengan segera media melaporkan ini perbuatan pihak pembangkang. media akan memetik kata-kata Pak Menteri yang mengatakan bahawa tunjuk perasaan dan demonstrasi bukan budaya Malaysia. hanya mereka yang bodoh akan mengadakan tunjuk perasaan sedemikian rupa. itu berlaku. ada sesiapa yang ingin menafikan? sila angkat tangan..
TETAPI ketika Pulau Pinang jatuh kepada tangan pembangkang, dengan selambernya satu tunjuk perasaan anjuran parti kerajaan diadakan. media dengan bingkas memuji tindakan ini. tunjuk perasaan ini dikatakan tindakan bijak rakyat menyuarakan hasrat hati mereka. hehehe ini betol-betol terjadi wooooo. tarak bohong punya...
bukankah ini tindakan 'double standart'? elok apabila memihak kerajaan tetapi amat busuk apabila menentang kerajaan.
dalam kes terbaru, kes liwat yang digembar-gemburkan media sekarang ini, media mengeluarkan berita yang menyatakan bahawa
seoalah-olah yang tertuduh benar-benar melakukannya. sedangkan kes ini masih dalam siasatan. pendedahan secara besar-besaran diberikan dari hari ke hari.
apabila timbul kes pembunuhan berprofil tinggi yang dikatakan melibatkan menteri kanan kerajaan dan isterinya berlaku, pihak media hanya melaporkan secara kecil-kecilan sahaja. tiada liputan meluas diberikan. sekadar hangat-hangat tahi ayam aje..
dalam majalah mastika keluaran 3 bulan kebelakangan ini, ada mencatatkan tentang perjuangan para pangamal media satu masa dahulu dalam menentang kawalan pihak kerajaan terhadap media negara. mereka memperjuangkan kebebasan melaporkan apa yang sebenarnya berlaku. ini memberi gambaran kepada kita rakyat biasa bahawa media di Malaysia tidak mampu menjalankan tanggungjawab mereka seikhlasnya.
aku taknak komen panjang tentang perkara ini. kalau anda semua nak tahu lebih lanjut, dapatkan majalah tersebut dan baca. pinjam dari kawan-kawan atau jiran tetangga yang ada. (tak pun korang tanya Mak Limah. aku tau dia ada beli tiap-tiap bulan)
-aku menulis menggunakan pengamatan aku sendiri, sebarang ketidaksetujuan dari pihak anda
tidak akan dipedulikan.-
1 comment:
kenapa tanya mak limah? tanya lah sam ariff kerana dia lebih arifff.
Post a Comment