hari ni aku ni nak kongsi satu cerita dengan korang semua. ceritanya alkisah pasal rokok.
selama ini ramai orang disekeliling aku yang membebel tahap kaw-kaw punya suruh aku berhenti merokok. semua membebel dengan alasan sayangkan aku. mak aku suruh aku berenti, awek aku pun dah puas membebel, kawan-kawan kat ofis aku pun tak kurang yang menunjukkan rasa sayang dan risau kat aku. ikhlas ke tidak aku tak tau la. tu antara mereka dengan tuhan. tapi rasa aku ramai yang hipokrik je. bukan sebab sayang kat aku sangat pun. tapi sebab tak tahan dengan bau rokok je...
alkisah ramai la yang bertanya kat aku, dari mana aku belajar merokok. maka dengan ini aku membuat pengakuan berani mati.
dari kecik lagi aku dah biasa tengok orang merokok. kawan-kawan abah aku merokok, bapak-bapak sedara aku merokok, datuk aku merokok, bahkan nenek aku pun pernah menjadi seorang perokok yang ganaz (tapi skang dah berenti, tahniah untuk beliau, sila tepuk tangan...).
aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku beli rokok. tapi bukan dia punya la. abah aku tak merokok pun. walaupun semua adik beradik lelaki dia perokok die hard punya. seumur hidup aku rasanya sekali je aku tengok dia berasap. tu pun sebab tak tahan kena kutuk dengan member-member dia.(tak silap aku kat rumah Pak Cik Wali.) abah aku ni selalu belikan rokok untuk datuk-datuk aku dengan nenek aku. dah jadi macam buah tangan pulak aku tengok. tiap-tiap kali nak balik kampung maka akan dibelilah oleh beliau sekaton rokok (sekurang-kurangnya) buat datuk-datuk dan nenek aku tu. aku pulak kecik-kecik dulu suka sangat tengok orang merokok. magic je aku tengok. asap boleh keluar dari mulut dengan hidung tu....canggih...tak hisap rokok mana bleh buat cam tu. oleh itu aku berazam dalam diri...satu hari nanti aku pun nak buat magic jugak.....treng teng teng....
tu cerita lama.....aku malas nak crita bila aku mula merokok. biar la tu jadi rahsia....jadi misteri....
nak dijadikan cerita, nenek aku yang sekarang ni ada kat rumah aku ada menceritakan pada aku perihal cerita dia masa dulu-dulu. salah satu daripadanya cerita zaman jepun. dia bagitau aku laki dia dulu jadi home guard jaga kawasan kampung. ni semua jepun la yang suruh. upah yang dapat pada masa tu hanya la rokok. tak dapat duit pun. maklum la, jepun bukannya kaya sangat pun masa tu. kalau dah kaya sangat tak la suku sakat ultraman taro tu datang sini. hari-hari dapat rokok maka dia yang tak merokok tu pun bertukar la cam kamen rider, daripada pandai makan sireh je, jadi seorang perokok yang otai. bila dah banyak sangat dapat rokok, maka dibawaknya balik rokok-rokok tersebut dan di berikan kepada nenek aku. dalam malu-malu akhirnya nenek aku pun berjaya menceburkan diri ke arena perokok ni.
huhuhu jahat betol jepun ni. ada ke patut bagi upah rokok je. dah tak pasal-pasal nenek aku pun merokok. lepas tu anak-anak dia merokok, orang lain pun merokok. rokok dah jadi perkara biasa sampailah aku pun membesar dengan panaurama alam yang dipenuhi perokok-perokok tegar.
dan akhir sekali aku pun terjebak sama.
jadi mulai sekarang, kalau ada orang yang tanya aku dari mana aku dapat tabiat ni, aku nak bagitau mereka yang aku tak bersalah, JEPUN yang salah.
1 comment:
erm...mgkin tul gak 'jepun' yg salah..tp "zaman dh berubah..dunia dh maju"..:):)
so,kalo encik tukang tulis blog rase jepun yg wat salah..mgkn empunye diri xperlu teruskan kesalahan si jepun tu kan..:)
Post a Comment