sebetolnya apabila jam menunjukkan waktu sebegini, biasanya aku akan berbaring di atas tilam yang empuk lagi selesa sambil memeluk bantal peberetku..
tapi malam ni lain sikit..aku tak dapat nak berbaring dengan selesa selagi apa yang terbuku dan membeku di dalam pala hotak aku ni dapat dilepaskan...
apabila membaca tajuk diatas, apa yang bermain di fikiran korang-korang sekalian?
ilmu seni lukis?
tajuk filem?
tajuk lagu??
kalau itu yang terlintas di fikiran korang, maka dengan riaknya aku mengatakan KORANG SALAH....kah kah kah
pleaseee, jangan ambil hati. ambil jantung dengan peparu takpe.
apa yang aku nak luahkan disini sebenarnya adalah sesuatu yang lebih berat. aku nak membincangkan bersama hadirin sekalian tentang masalah perkauman. yeeee...perkauman atau juga dikenali ramai sebagai racists.
apa yang ingin aku carutkan disini sebenarnya bermula dengan apa yang disiarkan di dalam berita perdana TV3 jam 8 malam tadi. (28hb 7, 2008)
bukan sekali ini perkara ini berlaku bahkan mengikut perkiraan yang aku buat sendiri, ianya hampir berlaku pada setiap hari. mungkin kebelakangan ini ianya lebih kerap dicetuskan atas sebab-sebab yang tertentu yang hanya diketahui oleh mereka sendiri.
perasankah anda perkara ini berlaku?
sepanjang program berita berlangsung, tidak kesudahan sentimen perkauman ditiupkan. bukan oleh rakyat biasa, tetapi oleh mereka yang mengaku sebagai pemimpin.ya..PEMIMPIN
banyak komen-komen yang dibuat bagi mengukuhkan hujahan mereka tentang betapa pentingnya mempertahankan kepentingan kaum masing-masing. UMNO dengan kedaulatan Melayunya. MCA dengan kepentingan kaum Cinanya. MIC dengan suku sakat Pak cik Samy Vellunya. tidak ketinggalan , PPP, dan berbagai lagi parti yang berasaskan perkauman. masing masing mempertahan hujahan betapa pentingnya mereka dalam mempertahankan negara ini.
yang kuat kedengaran ketika ini tentulah tentang mempertahankan kedaulatan Melayu yang kononnya dipertahankan UMNO. setelah mengalami kehilangan penyokong mereka yang beralih kepada parti lain, mulalah berbunyi tentang betapa pentingnya menyatukan kembali orang-orang Melayu sehingga mencadangkan penggabungan dengan musuh ketat mereka PAS.
aku di sini tak mahu menyentuh bab politik seboleh-bolehnya. tetapi nak tak nak harus diberikan contoh disini agar jelas daripada pandangan tuan-tuan , puan-puan, saudara saudari sekalian.
buat sejenak, mari kita sama-sama berfikir....
ada apa dengan bangsa? apa yang dipertahankan? apa yang bangsa kamu boleh buat untuk kamu? apa bezanya kamu dengan mereka yang berlainan warna kulit dengan kamu? kenapa menidakkan bangsa lain? mengapa? kenapa?
apakah dengan bermodalkan warna kulit kamu, menjadikan kamu disenangi ramai? dihormati?
tidak sama sekali. tiada apa yang boleh dipermodalkan dengan warna kulit kamu melainkan rasa kesamaan dan kekitaan sesama kamu sahaja.
berbangga sangatkah dengan warna kulit kamu itu? jika YA jawapan kamu, maka apakah bezanya kamu dengan kaum yahudi?
mahukah kamu disamakan dengan Yahudi zionis tersebut yang mendewakan keturunan mereka dan memperbinatangkan bangsa lain?
lupakah kamu tentang amanat Tuhan yang mahu kamu bercampur gaul sesama kamu dan bertukar-tukar budaya dan ilmu sesama kamu? tidakkah manusia dijadikan berbilang kaum dan keturunan semata mata kerana tujuan ini?
teringat kata-kata Dato Nik Aziz dahulu kala; "Cina pun akan saya bagi memerintah Kelantan ini seandainya beliau seorang Muslim yang sejati dan warak"
Nah..! ini baru tepat. seharusnya agama didahulukan. Agama yang satu ini TIDAK menetapkan kamu harus memiliki keturunan yang tertentu. bahkan warna kulit kamu tiada nilai di sisi Allah melainkan ketaqwaan kamu semata mata.
oleh itu berani aku katakan BULLSHIT sama parti perkauman. bangsa dan warna kulit tidak membawa sebarang erti kepada aku.
teringat kembali kepada hujahan profesor aku satu masa dahulu. "bangsa, kaum, ras dan keturunan hanya digunakan ketika mengisi borang semata-mata"
apabila kamu tercampak di planet asing bersama pelbagai makhluk lain selain manusia, kamu akan cenderung untuk rapat dengan manusia yang berasal dari bumi yang sama dengan kamu. apabila kamu tercampak ke Eropah misalnya, kamu akan cukup gembira sekiranya menjumpai seorang rakan yang sebenua dengan kamu.
apabila sama-sama dalam satu benua, negara akan menjadi pilihanmu dalam memilih teman. apabila dalam negara yang sama, rakan senegeri yang kamu pilih.
dalam negeri yang sama, daerah asal kamu menjadi keutamaan.
dalam daerah yang sama, rakan sekampung akan menjadi lebih dekat kepada kamu.
dalam sekampung, keluarga la harapan kamu.
Nah!!! dimana bangsa yang kamu sebutkan tadi? hanya ketika kamu mengisi borang meminta pekerjaan, borang hospital, sekolah, dan lain-lain lagi. bukankah begitu?
pernah dahulu Malaysia disarankan menggunakan istilah Malaysian for Malaysian. tapi pendekatan yang diambil hanyalah ketika tertulisnya istilah ini di pasport semata-mata ketika kamu mahu ke luar negara. perasankah kamu??
aku cukup mengetahui dan mengerti bahawa tulisan yang aku coretkan disini bakal mencetuskan rasa tidak senang sesetengah pihak. aku mungkin akan dikatakan tidak taat pada bangsa. tidak patriotik. aku dah tak peduli semua itu.
JUST GO TO HELLLLLL...
No comments:
Post a Comment