hari ini Malaysia di kejutkan dengan satu berita tentang seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan dan 20 sebatan atas kesalahan merogol dan menyula seorang kanak-kanak perempuan yang berumur hanya 5 tahun pada 25 Disember 2006. lelaki durjana ini memegang nama K. Kamalason yang kini berumur 47 tahun. (KOSMO 23hb Julai 2008, m/s 6)
apa yang mengejutkan disini bukanlah mengenai kes tersebut dimana kes sebegini telah pun kerap kali dilaporkan berlaku oleh media tempatan (kebanyakkannya kes-kes rogol, kes sula jarang jarang kita dengar) tetapi mengenai hukuman yang di jatuhkan kepada pesalah kes-kes sebegini.
rata-rata umat manusia yang aku temui dan di minta pendapat mengenai perkara ini mengatakan bahawa hukuman atas kesalahan rogol di Malaysia adalah terlalu ringan. jika di lihat di negara- negara lain khususnya negara-negara asia barat, hukuman yang di kenakan adalah lebih berat dan boleh mambawa kepada hukuman mati. di Iran contohnya, media yang sama melaporkan bahawa 3 orang yang di dapati bersalah atas tuduhan rogol telah di jatuhkan hukuman mati dan sepanjang tahun ini sahaja 126 pesalah atas kesalahan yang sama telahpun dijatuhkan hukuman mati.(KOSMO 23hb JUlai 2008, m/s 51)
ini menunjukkan dengan jelas keseriusan mereka dalam menghadapi masalah rogol di negara mereka. hukuman yang lebih berat patut dikenakan kepada pesalah yang melakukan kesalahan rogol di negara ini. hukuman yang ada sekarang di lihat masih tidak berkesan mengekang dan menakutkan mereka yang berniat jahat terhadap orang lain.
terdapat suara-suara sumbang yang kedengaran mengatakan hukuman yang lebih berat tidak memberi sebarang perubahan dari segi statistik jenayah rogol yang berlaku di negara ini. mereka menggunakan alasan bahawa negara seperti di Iran seperti yang di laporkan diatas masih mempunyai bilangan yang tinggi dari segi statistik pesalah durjana ini. ini adalah pandangan mereka yang bersifat pemaaf tak bertempat. (kena pada batang hidung sendiri baru tau.....)
aku secara peribadi amat bersetuju sekiranya hukuman yang lebih berat dikenakan kepada mereka yang berani melakukan onar di muka bumi ini dengan merogol insan yang tidak berdosa lebih-lebih lagi kanak-kanak yang lemah dan kurang matang dalam berfikir. bahkan aku amat bersetuju sekiranya hukuman mati dikenakan kepada pesalah kes rogol kanak-kanak. pada aku hukuman mati adalah amat berpatutan dengan tindakan yang dilakukan mereka. hukuman 20 tahun penjara atas kesalahan merogol dan menyula kanak-kanak adalah terlalu ringan.
walaupun hukuman mati bukanlah satu jaminan bahawa kes ini tidak akan berulang, namun, sekurang kurangnya dengan perlaksanaan hukuman mati, pesalah durjana ini tidak lagi berpeluang melakukan onar di bumi tuhan ini lagi. ini sekali gus dapat mengelakkan terjadinya kes berulang.
ada yang berpendapat hukuman mati adalah terlalu kejam. cuba anda semua berfikir, tidakkah merogol kanak-kanak yang tidak berdaya dan menyula menggunakan kayu sehingga terkeluar usus dan ditinggalkan seorang diri dalam keadaan yang menyakitkan itu adalah kejam? bahkan terlalu kejam.........
No comments:
Post a Comment