Monday, March 30, 2009

nak rasa jadi kaya? (banyak duit)


pernah tengok matawang sebegini besar nilainya?

pernah dapat bil sebegini hanya untuk sepinggan makanan dan sebotol air mineral??

pernah membawa wang sebegini banyak hanya untuk belanja kawan-kawan makan???

pernah membeli pakaian dengan harga sebegini????

pernah mak ayah bagi duit poket sebegini tebal?????

pernah membawa wang sebanyak ini tanpa takut dirompak??????


nak merasainya? pergi lah melancong ke Zimbabwe. dengan kadar inflasinya yang begitu tinggi, nilai matawangnya kini mencecah 25 juta Zimbabwe untuk 1 dolar US. menarik bukan?

9 comments:

benbaz said...

guna teknik nano la.....kapsul yg ayah bulma cipta tu. leceh gaban nk bw duit manyak2...xleh nk berlenggang kangkung bw badan je.

koboi said...

kapsul+bulma=dragonball
gaban+duit=tak nampak kaitan.

nak buat macam mana, dah begitu tarian matawangnya, begitulah geleknya.

ainunl.muaiyanah said...

Penat la nak bawa duit tu pergi mana-mana. Boleh tukar jadi card credit tak? hehe

koboi said...

kalau beli barang kat pasaraya boleh kot, tapi kalau setakat nak beli air tepi jalan rasanya masalah sikit. hehe

Ais Cair said...

t'ingat pulak masa thn 97/98 dulu...bising kat tv kempen inflasi sifar(tema warna kuning)...betul2 kacau aku nak nonton kartun masa tuh(maklumlah kecik lg ms tuh)...t'kebil2 aku tak faham masa tuh...dgn perang di bosnia lg...ermm,perang di negara lain dan inflasi di negara lain...tp pd masa yg hampir sama...sgt menarik tuk dikaji...dan kini berlaku lg kan...dah mcm jd satu fenomena alam pulak...tak boleh dielak lg...

koboi said...

memang masa dulu aku pun tak berapa faham makna inflasi ni.
bila wujud kempen inflasi sifar, yang aku faham ialah: dalam sebulan akan ada sekali jualan murah di pasaraya secara besar-besaran. kalau tak silap hari sabtu pertama setiap bulan.
bila dah besar ni, adalah sikit kefahaman pasal inflasi.
tapi aku kerap gagal nak menerangkan maknanya kepada orang lain. hehe

Ais Cair said...

ermmm....iyalah...bila dikaitkan balik,seiring dgn kempen beli barangan buatan m'sia...no barangan import...melancong di dlm negara...kongsi kereta(ingat lg iklan tgn besar yg angkat kereta kat jln raya tuh?eh,ada kaitan ke nih?)..semua tuk kurangkn pngaliran keluar mata wang RM...klu tak silap aku,1 dolar US=hampir RM5,terukkn masa tuh...kira2 10thn yg lalu...inflasi=kegawatan ekonomi...

Anonymous said...

masa kempen inflasi sifar tu..
Kadar inflasi negara kita antara yang terendah di dunia.
sebab tu kerajaan berkempen.. ahli ekonomi kata tak mungkin berlaku inflasi tu angka cecah kosong..
tapi DR M yakin kata boleh..tapi tak berjaya.. orang kampung tak paham inflasi tu apa..

dan hari ni dah tak ada lagi kerajaan nak cerita pasal inflasi..segan kot..pengurusan tak cekap..

pergilah check sendiri..
Masa masalah ekonomi global pun dah cecah 8% ..

even sebelum ekonomi global pun memang dah agak tinggi.

koboi said...

aku tak tau macam mana rasanya kalau inflasi negara cecah 0%.

tapi aku pernah tau yg jepun pernah mengalami inflasi ke tahap negatif. dan kesannya, harga barangan turun secara berterusan. membolehkan kuasa membeli rakyat menjadi lebih dan pada masa yg sama menggugat perkembangan ekonomi negara mereka.

inilah agaknya makna pertukaran setara. imbangan yin yang. ada baik ada buruk.