Saturday, September 6, 2008

satu hari di hari puasa...

aku berbangga.
berbangga kerana otak ku berjaya berfungsi secara normal dikala kelaparan seperti ini. kelaparan yang sama dirasai sepanjang bulan Ramadhan saban tahun.
cuma kali ini agak berbeza.
tahun ini aku berpuasa di rumah ibu bapa aku sendiri.
rumah yang menjanjikan seribu kesenangan dan kemudahan buat aku.

tidak lagi perlu bersusah payah bangun awal pagi semata-mata untuk meneguk air kosong bercampur asap rokok. yang dijadikan hidangan segera untuk bersahur.
tidak lagi perlu bersusah payah untuk memikirkan apa yang harus disediakan untuk berbuka.
tidak perlu memasak sardin.
tidak perlu menggoreng telur.
tidak perlu mengorbankan pahala seciput yang tinggal kerana memerhatikan mereka yang seksi di pasar Ramadhan semata-mata kerana ingin mencari kelainan dalam rasa.

aku berpuasa bersama keluarga tahun ini.
tidak lagi berpuasa di perantauan seperti 3-4 tahun yang lepas.
tidak lagi berpuasa dengan hanya bertemankan kawan-kawanku yang seangkatan.
tidak lagi perlu berbuka puasa dengan air paip semata-mata kerana terlajak tidur di siang hari.
tidak lagi berbuka dengan hanya bertemankan rokok semata-mata kerana hanya itu yang ada.
tidak lagi perlu berasa dengki dengan bau-bauan harum masakan jiran tetangga.
tidak lagi berasa sedih kerana berbuka dengan mee segera kerana kehabisan duit.
serta bermacam lagi yang tidak...

sekarang aku dah lain.
aku dah bekerja.
punya duit sendiri.
punya tanggungjawab sendiri.
jika dahulu aku berjauhan dari keluarga semata-mata kerana ingin melanjutkan pelajaran.
kini aku telah kembali.
mencari rezeki di sini.
walaupun gajiku tidak sebesar mana. tapi aku gembira.
kerana aku dapat berpuasa disini.
disamping keluarga.

No comments: