Thursday, September 18, 2008

korang bagi la tajuk sendiri.....

apa perasaan korang kalau apa yang dibuat tak dihargai. bahkan dikecam dan ditambahkan lagi beban yang sedia ada. lepas tu dikenakan pelbagai sekatan dan peraturan yang bukan-bukan. yang macam haram jadah. dalam masa yang sama pelbagai tekanan diberi. kemudian segala apa keistimewaan dan kebajikan yang seharusnya korang miliki ditarik dan diabaikan. dijanjikan bulan bintang tapi disajikan dengan tahi. bullshit.
apa korang rasa?
aku manusia biasa. yang mencari makan dengan bekerja untuk orang lain. yang mengharapkan gaji yang aku dapat hujung bulan berpadanan dengan apa yang aku buat. yang mengharapkan sedikit penghargaan dari pihak majikan.
aku bangun pagi macam orang lain. mandi. bersiap untuk pergi kerja. bekerja apabila waktunya. pulang kerumah apabila habis kerja. ingin berehat setelah bosan melakukan kerja.
aku akui, niat aku bekerja bukannya ikhlas sangat. aku bekerja bukannya kerana negara. bukan juga untuk rakyat. jauh sekali untuk mereka yang aku tak kenal. aku bekerja dengan tujuan yang satu. kerana duit.
mungkin ada yang mempertikaikan keikhlasan aku. tu korang punya pasal. sebelum kutuk aku, tanya diri korang sendiri. ikhlas sangatkah korang dalam mencari rezeki?
aku bekerja di tempat aku sekarang semata-mata kerana inilah kerja yang aku rasakan menawarkan gaji yang tertinggi buatku masa ini. kalau ditakdirkan aku dioffer kerja lain dalam masa terdekat yang menawarkan gaji yang lebih lumayan pastinya aku akan cabut mengucapkan good bye kepada jawatan aku sekarang. jawatan yang belum pasti masa depannya.
sepanjang aku bekerja disini, dah banyak kali berlaku penambahan tugas yang harus dilaksanakan. yang membawa maksud bertambahnya masa yang diperlukan untuk menyiapkannya. sampaikan hari cuti umum pun adakalanya memaksa aku terus bekerja. tanpa sebarang bayaran tambahan. dikala orang lain bersuka ria, bangun lewat, berdating, aku dan rakan sejawatku yang lain bertungkus lumus menjalankan tanggungjawab dengan separuh hati. jangan harap sepenuh hati diberikan.
setelah berbulan-bulan melaksanakan tugas yang konon-kononnya murni ini, masalah demi masalah timbul. yang membawa kutukan free terhadap dari aku untuk pihak atasan.
aku cukup marah dengan pihak atasan yang hanya tahu bercakap tapi tak pernah merasa apa yang kami buat. yang hanya tahu meminta-minta tanpa peduli apa yang perlu kami korbankan. yang hanya pandai memberi arahan melalui e-mail tanpa berani bersua muka. dasar pengecut tak bertelur.
dikala kaki tangan awam bersuka-ria dengan bonus tahunan, aku dan kawan-kawan aku dinafikan hak untuk mendapat bayaran imbuhan. padahal aku pun nak beraya jugak. kalau betul tak nak kasi aku tak la heran sangat. memang aku sebenarnya tak berharap sangat pun. tapi apabila tiba-tiba dikatakan bonus akan dimasukkan dalam bayaran gaji kemudiaannya dalam hari yang sama merima arahan agar dipulangkan kembali bonus tersebut atas alasan tidak layak, betul-betul mencabar kesabaran aku. kalau la yang mengeluarkan arahan tu ada di depanku masa tu, harus penampar cap gaban aku berikan secara percuma atas muka beliau.
kalau la malam ini aku bermimpi seorang tua mewariskan harta karun buatku dengan meletakkan peta di bawah bantal, yang kemudiannya betul-betul membawa aku ke lembah yang penuh dengan harta, yang akhirnya menjadikan aku kaya raya setaraf dengan orang kaya yang lain, pastinya aku akan cukup gembira. akan aku gunakan kekayaan aku untuk memulakan perniagaan sendiri supaya tidak lagi perlu bekerja makan gaji yang hanya membuatkan aku makan hati. kepada kawan-kawan aku yang senasib, jangan risau. kalau ada orang tua yang bakal menjadikan aku jutawan hadir malam ini, korang-korang berenti je kerja dengan majikan kita yang tak pasti masa depannya tu. kerja dengan aku. aku bayar lebih. sekali dengan bonus 10 bulan gaji setiap kali hari raya menjelma.
hahahahahahahaha

1 comment:

Rashidah Abd Hamid said...

dah datang lum pemilik harta karun tu.....????
nanti kalau dah jadi 'jutawan'.. jgn le lupakan kitorang kat opis ni ye..
ringan2 kan la tangan hulur duit raye kat kitorang... :)