Thursday, July 31, 2008

MERDEKAkah.......kahkahkah

kalendar menunjukkan tarikh 31 Julai 2008. esok, bulan Ogos akan menjelma. apabila tiba bulan Ogos, maka akan bergemalah perkataan MERDEKA di serata genap negara. bibir manusia akan sentiasa hangat membicarakan hal ini. stesen-stesen radio akan berlumba-lumba menunjukkan semangat patriotik mereka dengan memutarkan lagu-lagu patriotik. lagu tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman akan terus menjadi lagu feveret untuk diputarkan silih berganti. tidak ketinggalan lagu Bahtera Merdeka nyanyian Aishah.

emmm...patriotik sungguh rakyat Malaysia..
apa maksud sebenar merdeka?
siapa yang benar-benar menghayati erti kemerdekaan ini?

From Wikipedia, the free encyclopedia;


Merdeka is a word in the Malay language meaning independence. It is derived from a Sanskrit word used to designate former Portuguese and Dutch slaves from India in the East Indies, whence the Malay meaning of "free(dom)" is derived. The term was significant during the anticolonialist and pro-independence movements of the colonies of Malaya, Singapore and Indonesia, in the history of Malaysia, the history of Singapore and in the history of Indonesia. It became a battle-cry for those demanding independence from the colonial administrations of the United Kingdom and Netherlands.

di atas adalah makna yang common bagi perkataan merdeka. secara mudahnya, merdeka diertikan sebagai bebas dan dalam konteks di Malaysia, kebebasan daripada penjajah adalah makna yang di yakini tepat untuk menjelaskan makna ini.

siapakah yang benar-benar menghayati makna kemerdekaan?
pemimpin Malaysia?

di Malaysia, pemimpinnya belum benar-benar menghayati makna kemerdekaan. mereka hanya tahu merdeka itu bermakna penjajah tidak lagi menjajah secara langsung ke atas negara ini.
jikalau mereka benar-benar merdeka, mengapa perlu mereka mengekalkan apa yang di tinggalkan penjajah kepada negara ini?
struktur pemerintahan di Malaysia masih mengamalkan sistem yang di turunkan oleh penjajah British satu masa dahulu dimana perlembagaan negara di jadikan kiblat kepada segala keputusan yang di ambil atas nama negara.
Malaysia mengaku dan mendabik dada kepada dunia luar bahawa Malaysia adalah negara Islam yang semakin membangun dan maju. kita sibuk menasihatkan negara luar bagaimana cara yang betul untuk mentadbir negara. hakikatnya Malaysia hanya la sebuah negara SEKULAR.
adalah sesuatu yang bohong sekiranya pernyataan Malaysia sebagai negara sekular dikatakan tidak benar. hakikatnya agama dan pentadbiran di negara ini telah lama dipisahkan dan semakin terpisah.
satu fakta yang menarik yang boleh dikongsi bersama; tahukah anda bahawa di Malaysia, perlembagaan di letakkan di tangga teratas, bahkan Al-Quran tidak dapat menyaingi kemuliaanya di negara ini. segala apa yang menjadi pertikaian hendaklah di rujuk dahulu kepada perlembagaan hatta kes-kes berkaitan agama sekali pun. kerana kehebatan perlembagaan ini lah maka dengan beraninya wujud permohonan mereka-mereka yang berani untuk menukar agama mereka dari bergelar muslim kepada kafir..atas tercatatnya perlembagaan bahawa 'mereka yang telah cukup umur berhak menentukan agama yang ingin di anuti.'
hebat kan perlembagaan Malaysia?
oleh itu bolehkah dikatakan pemimpin Malaysia telah betul-betul merdeka?
mampukah dan beranikah mereka memerdekakan negara dari sistem seperti ini????

dari satu sudut, mereka yang tidak diperdulikan serta dianggap tidak penting kepada negara di lihat lebih menghayati makna kemerdekaan yang sebenar. mereka ini yang rata-rata nya masih muda sering memerdekakan diri mereka dari pelbagai sudut. mereka cukup merdeka. mereka mampu melakukan apa sahaja yang mereka mahukan tanpa sebarang rasa takut dan terkongkong. dengan berani dan selamber, mereka merdeka bergaul sesama mereka, tanpa mengira sebarang hubungan yang wujud. muhrim?, non-muhrim?, sedara sedarah? tak diperdulikan. tiada makna penjajahan yang wujud pada mereka. pada mereka, negara yang merdeka bermakna mereka kini sudah bebas. tiada lagi sekatan yang boleh dikenakan kepada mereka. tiada siapa yang boleh bersuara atas apa yang ingin mereka lakukan. nak berkepit kehulu kehilir? nak tidur serumah sesama kekasih? nak merempit? mendadah? semua boleh. ini lah makna merdeka yang sebenar kepada mereka. mereka ini lah yang benar-benar menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.

setelah melakukan pemerhatian dan sedikit temu ramah, dapat aku simpulkan bahawa erti kemerdekaan yang sebenar amatlah bergantung kepada makna merdeka itu kepada individu itu sendiri. ada yang mengatakan mereka hanya merdeka setelah berjaya melangsaikan segala hutang yang ada pada mereka yang tidak kehabisan. bagi golongan pelajar, erti merdeka yang sebenar adalah apabila tidak perlu lagi bangun awal pagi ke sekolah mengadap muka cikgu-cikgu yang rata-ratanya boleh dihitung keikhlasnya mengajar serta tidak dibelenggu dengan pelbagai kerja rumah yang membebankan kepada mereka. kepada para banduan yang masih di sebalik tembok penjara, dapat menghirup udara segar di alam bebas adalah makna merdeka yang sebenar. bagi aku,......rahsia.....

Monday, July 28, 2008

ada apa dengan kaler??

sebetolnya apabila jam menunjukkan waktu sebegini, biasanya aku akan berbaring di atas tilam yang empuk lagi selesa sambil memeluk bantal peberetku..
tapi malam ni lain sikit..aku tak dapat nak berbaring dengan selesa selagi apa yang terbuku dan membeku di dalam pala hotak aku ni dapat dilepaskan...

apabila membaca tajuk diatas, apa yang bermain di fikiran korang-korang sekalian?
ilmu seni lukis?
tajuk filem?
tajuk lagu??

kalau itu yang terlintas di fikiran korang, maka dengan riaknya aku mengatakan KORANG SALAH....kah kah kah

pleaseee, jangan ambil hati. ambil jantung dengan peparu takpe.

apa yang aku nak luahkan disini sebenarnya adalah sesuatu yang lebih berat. aku nak membincangkan bersama hadirin sekalian tentang masalah perkauman. yeeee...perkauman atau juga dikenali ramai sebagai racists.
apa yang ingin aku carutkan disini sebenarnya bermula dengan apa yang disiarkan di dalam berita perdana TV3 jam 8 malam tadi. (28hb 7, 2008)
bukan sekali ini perkara ini berlaku bahkan mengikut perkiraan yang aku buat sendiri, ianya hampir berlaku pada setiap hari. mungkin kebelakangan ini ianya lebih kerap dicetuskan atas sebab-sebab yang tertentu yang hanya diketahui oleh mereka sendiri.
perasankah anda perkara ini berlaku?
sepanjang program berita berlangsung, tidak kesudahan sentimen perkauman ditiupkan. bukan oleh rakyat biasa, tetapi oleh mereka yang mengaku sebagai pemimpin.ya..PEMIMPIN
banyak komen-komen yang dibuat bagi mengukuhkan hujahan mereka tentang betapa pentingnya mempertahankan kepentingan kaum masing-masing. UMNO dengan kedaulatan Melayunya. MCA dengan kepentingan kaum Cinanya. MIC dengan suku sakat Pak cik Samy Vellunya. tidak ketinggalan , PPP, dan berbagai lagi parti yang berasaskan perkauman. masing masing mempertahan hujahan betapa pentingnya mereka dalam mempertahankan negara ini.

yang kuat kedengaran ketika ini tentulah tentang mempertahankan kedaulatan Melayu yang kononnya dipertahankan UMNO. setelah mengalami kehilangan penyokong mereka yang beralih kepada parti lain, mulalah berbunyi tentang betapa pentingnya menyatukan kembali orang-orang Melayu sehingga mencadangkan penggabungan dengan musuh ketat mereka PAS.

aku di sini tak mahu menyentuh bab politik seboleh-bolehnya. tetapi nak tak nak harus diberikan contoh disini agar jelas daripada pandangan tuan-tuan , puan-puan, saudara saudari sekalian.
buat sejenak, mari kita sama-sama berfikir....
ada apa dengan bangsa? apa yang dipertahankan? apa yang bangsa kamu boleh buat untuk kamu? apa bezanya kamu dengan mereka yang berlainan warna kulit dengan kamu? kenapa menidakkan bangsa lain? mengapa? kenapa?

apakah dengan bermodalkan warna kulit kamu, menjadikan kamu disenangi ramai? dihormati?
tidak sama sekali. tiada apa yang boleh dipermodalkan dengan warna kulit kamu melainkan rasa kesamaan dan kekitaan sesama kamu sahaja.

berbangga sangatkah dengan warna kulit kamu itu? jika YA jawapan kamu, maka apakah bezanya kamu dengan kaum yahudi?
mahukah kamu disamakan dengan Yahudi zionis tersebut yang mendewakan keturunan mereka dan memperbinatangkan bangsa lain?

lupakah kamu tentang amanat Tuhan yang mahu kamu bercampur gaul sesama kamu dan bertukar-tukar budaya dan ilmu sesama kamu? tidakkah manusia dijadikan berbilang kaum dan keturunan semata mata kerana tujuan ini?

teringat kata-kata Dato Nik Aziz dahulu kala; "Cina pun akan saya bagi memerintah Kelantan ini seandainya beliau seorang Muslim yang sejati dan warak"

Nah..! ini baru tepat. seharusnya agama didahulukan. Agama yang satu ini TIDAK menetapkan kamu harus memiliki keturunan yang tertentu. bahkan warna kulit kamu tiada nilai di sisi Allah melainkan ketaqwaan kamu semata mata.

oleh itu berani aku katakan BULLSHIT sama parti perkauman. bangsa dan warna kulit tidak membawa sebarang erti kepada aku.

teringat kembali kepada hujahan profesor aku satu masa dahulu. "bangsa, kaum, ras dan keturunan hanya digunakan ketika mengisi borang semata-mata"

apabila kamu tercampak di planet asing bersama pelbagai makhluk lain selain manusia, kamu akan cenderung untuk rapat dengan manusia yang berasal dari bumi yang sama dengan kamu. apabila kamu tercampak ke Eropah misalnya, kamu akan cukup gembira sekiranya menjumpai seorang rakan yang sebenua dengan kamu.
apabila sama-sama dalam satu benua, negara akan menjadi pilihanmu dalam memilih teman. apabila dalam negara yang sama, rakan senegeri yang kamu pilih.
dalam negeri yang sama, daerah asal kamu menjadi keutamaan.
dalam daerah yang sama, rakan sekampung akan menjadi lebih dekat kepada kamu.
dalam sekampung, keluarga la harapan kamu.

Nah!!! dimana bangsa yang kamu sebutkan tadi? hanya ketika kamu mengisi borang meminta pekerjaan, borang hospital, sekolah, dan lain-lain lagi. bukankah begitu?

pernah dahulu Malaysia disarankan menggunakan istilah Malaysian for Malaysian. tapi pendekatan yang diambil hanyalah ketika tertulisnya istilah ini di pasport semata-mata ketika kamu mahu ke luar negara. perasankah kamu??

aku cukup mengetahui dan mengerti bahawa tulisan yang aku coretkan disini bakal mencetuskan rasa tidak senang sesetengah pihak. aku mungkin akan dikatakan tidak taat pada bangsa. tidak patriotik. aku dah tak peduli semua itu.
JUST GO TO HELLLLLL...

PAS - UMNO bergabung????????

berita panas lagi sensasi......

UMNO dan PAS diura-urakan bergabung.....



MACHANG, 27 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempelawa ahli-ahli serta penyokong Umno menyertai PAS bagi memastikan agama Islam dan nasib orang Melayu lebih terbela


Kata beliau muqabalah (perbincangan) di antara pemimpin PAS dan Umno boleh diadakan bagi mencari kaedah satu parti sahaja bagi orang Islam dan Melayu di negara ini.
"Ini kerana PAS telah lama berjuang di atas landasan Islam. Saya pun tak faham mengapa orang Umno tidak mahu menyertai PAS, apa yang tidak kena bagi Umno tehadap PAS.
"Sedangkan kita terima hakikat bahawa Islam mesti diutamakan," katanya


Malah beliau berkata, sekiranya ahli Umno segan untuk menyertai PAS lebih baik menubuh parti baru yang juga berlandas Islam.
Ini kerana kata beliau ahli PAS sudah tentu tidak akan menyertai Umno. (HarakahDaily.net)



manakala Dr.Khir Toyo pula mengeluarkan kenyataan berikut dalam blognya(DrKhir.com);


-Saya juga telah membawa pemimpin tertinggi Pas bermuzakarah dengan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Saya juga mencadangkan agar Pas diberi jawatan Menteri Besar dan Timbalan Menteri Besar serta 4 EXCO. Malahan saya menolak sebarang jawatan bagi mengelakkan dianggap menguasai EXCO yang bakal dibentuk.Saya lakukan ini kerana percaya bahawa gabungan Pas dan BN akan memastikan kepentingan agama Islam dan orang Melayu tidak akan diperkotak-katikkan. Bagi saya yang penting ialah kepentingan agama Islam dan orang melayu terjaga bukan siapa yang menjadi pemimpin utama.

Saya tidak mengimpikan Pas dan UMNO bersatu dalam bentuk fizikal parti atau ideologi politik. Tapi saya mengimpikan kesatuan orang Melayu dalam erti mempertahankan kedudukan dan agenda Islam dan Melayu di negara ini.-



ini adalah dua kenyataan yang aku petik dari dua orang pemimpin yang mewakili parti yang berlainan.

sebagai seorang rakyat Malaysia yang berfikiran bebas dan tidak mewakili mana-mana parti maka aku mengandaikan bahawa pergabungan kedua-dua perti ini adalah sebagai MUSTAHIL..

kenapa aku kata begitu??

cuba perhatikan petikan yang aku dapat diatas, jelas menunjukkan bahawa sebelah pihak amat mengharapkan perkara ini berlaku (walaupun cakapnya masih berlapik) manakala sebelah pihak lagi kekal dengan pendirian dan matlamat yang ingin dicapai parti mereka.. matlamat yang jelas KETIDAKSAMAANNYA.


penggabungan dua parti yang berlawanan asas matlamatnya ini di lihat seumpama cuba menggabungkan minyak dan air...errr ye ke? API dengan AIR kot yang lebih tepat... hehehehe


anda bagaimana??????


Sunday, July 27, 2008

sialan..................

aku benci birokrasi....

apa bendennnnnnnnnnnnyeee menatang birokrasi ni????????

Birokrasi berasal dari kata bureaucracy (bahasa inggris bureau + cracy), diartikan sebagai suatu organisasi yang memiliki rantai komando dengan bentuk piramida, dimana lebih banyak orang berada ditingkat bawah dari pada tingkat atas, biasanya ditemui pada instansi yang sifatnya administratif maupun militer.
Pada rantai komando ini setiap posisi serta tanggung jawab kerjanya dideskripsikan dengan jelas dalam organigram. Organisasi ini pun memiliki aturan dan prosedur ketat sehingga cenderung kurang fleksibel. Ciri lainnya adalah biasanya terdapat banyak formulir yang harus dilengkapi dan pendelegasian wewenang harus dilakukan sesuai dengan hirarki kekuasaan.

birokrasi didefinisikan sebagai :
Sistem pemerintahan yang dijalankan oleh pegawai pemerintah karena telah berpegang pada hirarki dan jenjang jabatan
Cara bekerja atau susunan pekerjaan yang serba lamban, serta menurut tata aturan (adat dan sebagainya) yang banyak liku-likunya dan sebagainya.

kenapa aku benci?????

sebab ianya MENYUSAHKAN......!!!!!!!!!!!!!!

Setelah sekian lama meninggalkan salah sebuah U yang teramatlah popular di tanah air ini (popular dengan pelbagai kes dan tragedi-penculikan, rompakan dan bermacam-macam lagi malapetaka yang berlaku) akhirnya aku kembali....huhuhu

aku kembali dengan niat yang suci secuci serbuk pencuci cap TAPAK KAKI iaitu untuk menjelaskan segala hutang piutang aku dengan pihak pentadbiran...yeeee aku berhutang dalam menuntut ilmu yang tak seberapa.... di samping mendapatkan transkripsi aku yang sekian lama aku tinggalkan di sana menemani skrol ku yang juga belum dituntut....

dengan semangat membara aku melangkah dengan yakin sambil mata melirik tajam memerhatikan gadis-gadis yang lalu lalang di hadapanku. (huhu aktiviti yang harus ku lakukan tanpa mengira waktu)...sesekali mataku di cemari dengan makhluk dua alam..cis...meloyakan...

diringkaskan cerita, aku berjaya menempuhi segala cabaran dan dugaan sepanjang jalan dan bersedia menghadapi cik-cik dan puan-puan yang bakal mengambil duit yang kini masih kemas di dalam dompetku... aku berjaya....hutang telah dijelaskan....TETAPI.....

sebaik kakiku yang berdua ini sampai ke bahagian akademik untuk menuntut apa yang menjadi milikku, aku dikejutkan dengan pesanan; sila berjumpa dengan sipolan untuk urusan encik.... aku rilex...melangkah kembali berjumpa dengan sipolan yang dimaksudkan, KEMUDIAN, "err... adik kena pergi ke kaunter X dulu ye, bayar RM10 kat situ..." sipolan bersuara. aku rilex lagi.... LEPAS TU....."nama encik dah tiada dalam simpanan kami, encik kena pergi ke Y ye...tanya kat situ" makhluk Tuhan yang satu tu berbunyi.....aku cuba-cuba bersikap KOOL..... sampai di tempat yang dimaksudkan, "laaa kenapa datang sini, mende tu kena jumpa En. F**K (bukan nama sebenar) dekat pejabat yang mula-mula aku pergi tadi.

arghh..... cilaka, menatang haram, B**I, dan bermacam-macam lagi perkataan yang tak sepatutnya wujud aku keluarkan...... lebih mendatangkan kemarahan apabila aku di beritahu yang En. F**K tiada. dia keluar.....

aku melangkah pulang ke rumah memberku yang satu masa dahulu pernah menjadi rumahku......

SIALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL...............

Wednesday, July 23, 2008

kejam + rejam = pejam

hari ini Malaysia di kejutkan dengan satu berita tentang seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman 20 tahun penjara dan dan 20 sebatan atas kesalahan merogol dan menyula seorang kanak-kanak perempuan yang berumur hanya 5 tahun pada 25 Disember 2006. lelaki durjana ini memegang nama K. Kamalason yang kini berumur 47 tahun. (KOSMO 23hb Julai 2008, m/s 6)

apa yang mengejutkan disini bukanlah mengenai kes tersebut dimana kes sebegini telah pun kerap kali dilaporkan berlaku oleh media tempatan (kebanyakkannya kes-kes rogol, kes sula jarang jarang kita dengar) tetapi mengenai hukuman yang di jatuhkan kepada pesalah kes-kes sebegini.

rata-rata umat manusia yang aku temui dan di minta pendapat mengenai perkara ini mengatakan bahawa hukuman atas kesalahan rogol di Malaysia adalah terlalu ringan. jika di lihat di negara- negara lain khususnya negara-negara asia barat, hukuman yang di kenakan adalah lebih berat dan boleh mambawa kepada hukuman mati. di Iran contohnya, media yang sama melaporkan bahawa 3 orang yang di dapati bersalah atas tuduhan rogol telah di jatuhkan hukuman mati dan sepanjang tahun ini sahaja 126 pesalah atas kesalahan yang sama telahpun dijatuhkan hukuman mati.(KOSMO 23hb JUlai 2008, m/s 51)

ini menunjukkan dengan jelas keseriusan mereka dalam menghadapi masalah rogol di negara mereka. hukuman yang lebih berat patut dikenakan kepada pesalah yang melakukan kesalahan rogol di negara ini. hukuman yang ada sekarang di lihat masih tidak berkesan mengekang dan menakutkan mereka yang berniat jahat terhadap orang lain.

terdapat suara-suara sumbang yang kedengaran mengatakan hukuman yang lebih berat tidak memberi sebarang perubahan dari segi statistik jenayah rogol yang berlaku di negara ini. mereka menggunakan alasan bahawa negara seperti di Iran seperti yang di laporkan diatas masih mempunyai bilangan yang tinggi dari segi statistik pesalah durjana ini. ini adalah pandangan mereka yang bersifat pemaaf tak bertempat. (kena pada batang hidung sendiri baru tau.....)

aku secara peribadi amat bersetuju sekiranya hukuman yang lebih berat dikenakan kepada mereka yang berani melakukan onar di muka bumi ini dengan merogol insan yang tidak berdosa lebih-lebih lagi kanak-kanak yang lemah dan kurang matang dalam berfikir. bahkan aku amat bersetuju sekiranya hukuman mati dikenakan kepada pesalah kes rogol kanak-kanak. pada aku hukuman mati adalah amat berpatutan dengan tindakan yang dilakukan mereka. hukuman 20 tahun penjara atas kesalahan merogol dan menyula kanak-kanak adalah terlalu ringan.

walaupun hukuman mati bukanlah satu jaminan bahawa kes ini tidak akan berulang, namun, sekurang kurangnya dengan perlaksanaan hukuman mati, pesalah durjana ini tidak lagi berpeluang melakukan onar di bumi tuhan ini lagi. ini sekali gus dapat mengelakkan terjadinya kes berulang.

ada yang berpendapat hukuman mati adalah terlalu kejam. cuba anda semua berfikir, tidakkah merogol kanak-kanak yang tidak berdaya dan menyula menggunakan kayu sehingga terkeluar usus dan ditinggalkan seorang diri dalam keadaan yang menyakitkan itu adalah kejam? bahkan terlalu kejam.........

Monday, July 21, 2008

Jepun yang salah..bukan aku....

hari ni aku ni nak kongsi satu cerita dengan korang semua. ceritanya alkisah pasal rokok.
selama ini ramai orang disekeliling aku yang membebel tahap kaw-kaw punya suruh aku berhenti merokok. semua membebel dengan alasan sayangkan aku. mak aku suruh aku berenti, awek aku pun dah puas membebel, kawan-kawan kat ofis aku pun tak kurang yang menunjukkan rasa sayang dan risau kat aku. ikhlas ke tidak aku tak tau la. tu antara mereka dengan tuhan. tapi rasa aku ramai yang hipokrik je. bukan sebab sayang kat aku sangat pun. tapi sebab tak tahan dengan bau rokok je...

alkisah ramai la yang bertanya kat aku, dari mana aku belajar merokok. maka dengan ini aku membuat pengakuan berani mati.

dari kecik lagi aku dah biasa tengok orang merokok. kawan-kawan abah aku merokok, bapak-bapak sedara aku merokok, datuk aku merokok, bahkan nenek aku pun pernah menjadi seorang perokok yang ganaz (tapi skang dah berenti, tahniah untuk beliau, sila tepuk tangan...).

aku ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku beli rokok. tapi bukan dia punya la. abah aku tak merokok pun. walaupun semua adik beradik lelaki dia perokok die hard punya. seumur hidup aku rasanya sekali je aku tengok dia berasap. tu pun sebab tak tahan kena kutuk dengan member-member dia.(tak silap aku kat rumah Pak Cik Wali.) abah aku ni selalu belikan rokok untuk datuk-datuk aku dengan nenek aku. dah jadi macam buah tangan pulak aku tengok. tiap-tiap kali nak balik kampung maka akan dibelilah oleh beliau sekaton rokok (sekurang-kurangnya) buat datuk-datuk dan nenek aku tu. aku pulak kecik-kecik dulu suka sangat tengok orang merokok. magic je aku tengok. asap boleh keluar dari mulut dengan hidung tu....canggih...tak hisap rokok mana bleh buat cam tu. oleh itu aku berazam dalam diri...satu hari nanti aku pun nak buat magic jugak.....treng teng teng....

tu cerita lama.....aku malas nak crita bila aku mula merokok. biar la tu jadi rahsia....jadi misteri....

nak dijadikan cerita, nenek aku yang sekarang ni ada kat rumah aku ada menceritakan pada aku perihal cerita dia masa dulu-dulu. salah satu daripadanya cerita zaman jepun. dia bagitau aku laki dia dulu jadi home guard jaga kawasan kampung. ni semua jepun la yang suruh. upah yang dapat pada masa tu hanya la rokok. tak dapat duit pun. maklum la, jepun bukannya kaya sangat pun masa tu. kalau dah kaya sangat tak la suku sakat ultraman taro tu datang sini. hari-hari dapat rokok maka dia yang tak merokok tu pun bertukar la cam kamen rider, daripada pandai makan sireh je, jadi seorang perokok yang otai. bila dah banyak sangat dapat rokok, maka dibawaknya balik rokok-rokok tersebut dan di berikan kepada nenek aku. dalam malu-malu akhirnya nenek aku pun berjaya menceburkan diri ke arena perokok ni.

huhuhu jahat betol jepun ni. ada ke patut bagi upah rokok je. dah tak pasal-pasal nenek aku pun merokok. lepas tu anak-anak dia merokok, orang lain pun merokok. rokok dah jadi perkara biasa sampailah aku pun membesar dengan panaurama alam yang dipenuhi perokok-perokok tegar.
dan akhir sekali aku pun terjebak sama.

jadi mulai sekarang, kalau ada orang yang tanya aku dari mana aku dapat tabiat ni, aku nak bagitau mereka yang aku tak bersalah, JEPUN yang salah.

Saturday, July 19, 2008

carutan hari minggu...

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik AbdulAziz Nik Mat menegur pengamal media yang memberi liputan keterlaluan dalam kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga mengaibkannya walaupun belum lagi terbukti bersalah.
Menteri Besar Kelantan itu kecewa dengan keghairahan media yang melaporkan berita penahanan Anwar di muka depan beserta gambar tetapi pembebasan Anwar dengan jaminan polis dilaporkan secara ringkas sahaja.
“Saya nak tanya kenapa nak malukan dia sampai letak muka depan (media)…kena ingat Allah akan tutup aib kita di akhirat kalau kita tutup aib orang lain dan Allah juga akan dedah aib kita kelak kalau kita dedah aib orang di dunia,” katanya semasa menyampaikan kuliah di Dataran Ilmu di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan pengamal media bahawa setiap perbuatan itu akan dihitung di akhirat kelak. BERNAMA

ini adalah petikan berita yang aku ambil dari media elektronik.
dalam petikan ringkas ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan selamber mempertikaikan tahap kebebasan media di negara ini yang dikatakan berat sebelah. "belah mana tu?" tanya Mak Limah sebelah umah..
emmm, terima kasih Mak Limah kerana bertanya...
ada sesiapa yang sudi menjawab pertanyaan Mak Limah itu tadi?
nampaknya tiada sesiapa yang bersuara. tidak mengapa Mak Limah, saya akan tolong Mak Limah mendapatkan Jawapannya.

kepada sesiapa yang biasa mendapatkan maklumat berita melalui TV1, TV2, TV3 dan akhbar rasmi seperti UTUSAN MALAYSIA pastinya akan sedar bahawa segala apa yang di war-warkan semuanya memihak kepada kerajaan. liputan berita yang diberi mencerminkan bahawa segala apa yang baik dilakukan oleh pihak kerajaan manakala pihak pembangkang disadurkan dengan dengan segala apa yang bersifat negatif.
semasa ,musim pilihan raya pula, penyakit berat sebelah dilihat semakin menjadi-jadi. masing-masing mengeluarkan berita dan fakta-fakta boleh diragukan. pihak kerajaan akan menggunakan segala kesempatan yang ada menggunakan media ini mempromosikan kelebihan memilih parti mereka dalam pilihan raya kelak. segala bentuk kutuk mengutuk akan disiarkan bebas yang rata-ratanya bersifat anti pembanngkang. pembangkang juga sebenarnya ada diberikan kesempatan untuk mendpatkan tempat di kalangan media. TETAPI, pastinya bukan berita-berita yang menguntungkan mereka. ini perkara benar. pejamkan mata anda dan cuba fikirkan sejenak. lupakan seketika tentang parti yang anda anggotai. letakkan diri anda di atas tembok dan nilaikannya menggunakan akal waras yang anda miliki.

"itu cerita ketika pilihan raya. selepas pilihan raya bagaimana pula?" Mak Limah bertanya lagi..
Sabar Mak Limah, sabar...cerita belum habis.

apa yang yang berlaku ketika pilihan raya sebenarnya tidak habis di situ sahaja. pihak media masih menjalankan tanggungjawab mereka menghentam pihak pembangkang. sebagai contoh; apabila rakyat mengadakan tunjuk perasaan menentang apa yang yang di buat oleh kerajaan, maka dengan segera media melaporkan ini perbuatan pihak pembangkang. media akan memetik kata-kata Pak Menteri yang mengatakan bahawa tunjuk perasaan dan demonstrasi bukan budaya Malaysia. hanya mereka yang bodoh akan mengadakan tunjuk perasaan sedemikian rupa. itu berlaku. ada sesiapa yang ingin menafikan? sila angkat tangan..
TETAPI ketika Pulau Pinang jatuh kepada tangan pembangkang, dengan selambernya satu tunjuk perasaan anjuran parti kerajaan diadakan. media dengan bingkas memuji tindakan ini. tunjuk perasaan ini dikatakan tindakan bijak rakyat menyuarakan hasrat hati mereka. hehehe ini betol-betol terjadi wooooo. tarak bohong punya...

bukankah ini tindakan 'double standart'? elok apabila memihak kerajaan tetapi amat busuk apabila menentang kerajaan.

dalam kes terbaru, kes liwat yang digembar-gemburkan media sekarang ini, media mengeluarkan berita yang menyatakan bahawa
seoalah-olah yang tertuduh benar-benar melakukannya. sedangkan kes ini masih dalam siasatan. pendedahan secara besar-besaran diberikan dari hari ke hari.
apabila timbul kes pembunuhan berprofil tinggi yang dikatakan melibatkan menteri kanan kerajaan dan isterinya berlaku, pihak media hanya melaporkan secara kecil-kecilan sahaja. tiada liputan meluas diberikan. sekadar hangat-hangat tahi ayam aje..

dalam majalah mastika keluaran 3 bulan kebelakangan ini, ada mencatatkan tentang perjuangan para pangamal media satu masa dahulu dalam menentang kawalan pihak kerajaan terhadap media negara. mereka memperjuangkan kebebasan melaporkan apa yang sebenarnya berlaku. ini memberi gambaran kepada kita rakyat biasa bahawa media di Malaysia tidak mampu menjalankan tanggungjawab mereka seikhlasnya.
aku taknak komen panjang tentang perkara ini. kalau anda semua nak tahu lebih lanjut, dapatkan majalah tersebut dan baca. pinjam dari kawan-kawan atau jiran tetangga yang ada. (tak pun korang tanya Mak Limah. aku tau dia ada beli tiap-tiap bulan)

-aku menulis menggunakan pengamatan aku sendiri, sebarang ketidaksetujuan dari pihak anda
tidak akan dipedulikan.-

rumah panjang

hari ni aku terbaca satu komen yang agak menarik dari sorang umat manusia. soalannya berbunyi begini: kenapa ada gambar rumah panjang kat blog aku ni?

hehehe nak ikutkan hati aku nak jawab camni je: SUKAHATIAKULAH....

tapi takpe. aku akan jawab secara profesional.

gambar rumah panjang di bawah blog aku ni aku letak khas bagi mempromosikan industri perlancongan di Malaysia amnya dan kepulauan Borneo khasnya. sebagai seorang rakyat Malaysia yang berbangga dengan negaranya maka aku mengambil kesempatan yang ada untuk menyeru sekalian manusia dan alien-alien yang ada untuk bersama sama menghabiskan wang anda di Malaysia. tak perlulah melaburkan wang anda melawat ke negara orang lain atas alasan bercuti. Malaysia ni pada aku dah cukup kaya dengan pelbagai perkara yang menarik. Masyarakat Iban yang aku tonjolkan di bawah yang menari di atas rumah panjang adalah salah satu daripadanya

salah ke aku mempromosikan negara aku sendiri? berapa ramai antara kita yang habis pusing satu Malaysia? berapa ramai antara korang-korang yang dah pegi tengok tarian yang aku tonjolkan tu secara live? cuba angkat tangan tengok !!!!

aku cuma menjalankan sedikit tanggungjawab aku kat negara ni. kata orang, cuba setakat yang termampu. nak iklan kat suratkhabar tu bukan kerja aku. tu keja Dato Azharina Othman. dia kan menteri perlancongan.

aku ni rakyat biasa je.....

Thursday, July 17, 2008

politik? politeknik? itik?

hari ni aku taknak sambung dongeng aku..cite tu nanti ada masa, dah dapat jalan cerita baru aku sambung...hahhahahaha
hari ni aku nak ngarut je..
hari ni time aku duduk mengadap menatang alah bernama pc ni, aku terjumpa membe lama aku masa join YM. lama tak jumpa punya pasal, banyak la cerita yang keluar dari jari-jari ini (of kos la jari, sebab jari yang duk menaip. mulut tak bukak pun kecuali bila nak mengunyah keropok yang mak aku masak. hehehe sedap wooo..mak aku memang terer goreng keropok nii..jangan jeles wakakakka....

bebalik kepada cerita kawan aku ni tadi... dia ada tanya aku satu soalan yang pada aku agak sensitif wat masa ni...
dia tanya aku; apa pendapat aku tentang politik malaysia skang ni?
maka dengan selamber kataknya aku tanya dia balik; apa beza politik malaysia dengan politik luar?
"emmmmm...."(ni dia yang tulis dalam YM)
panjang btol emmm dia.. hehehehehe

dia kata kat aku 'politik luar macam lantai mozek mahal. memang ada kala kotor tapi nak cuci kasi bersih senang je. politik malaysia macam kesan taik kena kat kain sutera cina...KOTOR dan susah nak basuh. silap-silap bleh jahanam kain tu..."
bila pikir-pikir balik aku setuju dalam tak setuju..... aku pun rasa cam tu sebenarnya...
tapi ye ke tak boleh nak di cuci dah????
pada aku politik tak pernah kotor... yang kotornya bila politik dapat dek orang yang pengotor.. bila pengotor dah pegang mana boleh tak jadi kotor, ye tak????

kalau ada yang tak setuju dengan apa yang aku tulis ni mintak maap leee.. tapi aku peduli apa..
lantak korang la kalau rasa pendapat aku ni salah. ini pandangan aku. tak puas hati gi mamposssss la..

kawan aku tu pun ada tanya aku sama ada aku percaya dengan tuduhan liwat DSAI..
aku bagitau dia, aku tak ada ada kena mengena dengan orang yang terlibat secara langsung mahu pun secara tertunda... jadi aku tak nak komen lebih-lebih. aku cuma bagitau dia aku rasa KELAKAR sampai tergelak sorang-sorang....

nak tau apa yang lawaknya dalam kes ini?
1. si pengadu yang kata kena liwat tu muda lagi (23 je), DSAI plak aku tengok nak berlari 100 meter pun dah tak berapa nak pas. kalo ye pun tak rela kena liwat, takkan la tak terlawan langsung.. bodoh tahap dasar laut la kalo camtu. tak tau la kot-kot memang rela..hehehhe

2. kalo betol la mangkuk tu rela kena liwat, tu maknanya suka sama suka la. secara logik akal, kalo la btol dah tak tahan asyik kena liwat je, baik kasi warning je DSAI tu, pastu ugut duit bulan-bulan.. dapat gak jadi kaya (hal haram jangan ditanya, liwat pun dah komfem haram). ni gi buat report, tak pasal pasal 1 Malaysia tau. tebal muka woooo.. silap-silap nanti takde orang nak buat menantu ..tak ke kes naya tu,...

3.si DNTR pun bleh tahan gak lawaknya. dah layak dah nak masuk rancangan raja lawak musim depan. dengan selamber je dia kata tak pernah kenal dengan budak yang kena liwat tu. dalam tak kenal bleh plak kata budak tu datang jumpa dia kat rumah dia. (korang ingat senang ke nak datang jumpa orang besar camtu kat rumah diaorang? macam la diaorang banyak masa nak jumpa dengan orang yang dia tak kenal.)

4. yang ni paling kelakar, skali lagi DNTR wat kenyataan yang melawakkan.. yang ni mampu membuatkan limpa kegeliaan untuk 4minit jika tak berhati-hati. dia dengan selamber dan yakinnya bleh kata yang budak mangkuk tu datang ofis dia untuk mohon biasiswa. hahahahaha aku pun dulu merasa gak belajar kat menara gading tu. tapi tak pernah pun tau Kementerian Pertahanan ada tawar biasiswa untuk student U. kalo ada pun mesti la yang berkaitan je cam maktab tentera ke apa ke... ye tak? U awam lain ada ker? Uniten ada ker? Unisel ada ker? Lim kok weng punya U pun blum pasti ada..hahahhaPTPTN ada la..tu pun pinjaman je..nak kena bayar balik... lagi 1 aku dapat tau yang mangkuk tu CGPA pun paras idung je..layak ke nak dapat bisiswa?? sindri mau pikir la...
haaahaaahhaaa tak ke lawak tu..
suka aku nak war-war kan kepada umum. lebih lebih lagi yang ada anak ke, adik ke, awek ke yang masih duk belajar kat mana-mana U di Malaysia ni, kalau rasa malas nak buat pinjaman dengan PTPTN, apa kata gi serang pejabat DNTR. mintak biasiswa kat dia. tengok dia nak kasi tak....(kalo ada)...

cukup dulu bebelan hari ini... ada masa aku mengarut la lagi....PEACE......