Monday, September 15, 2008

sArkAs

kepada penyokong UMNO, jangan marah arr...

ni Sudin yang kata, bukan aku.

Thursday, September 11, 2008

terkenang masa dulu..


ada sesiapa yang ingat cerita ini?

ini la drama tv yang aku tonton bersama-sama abah aku semasa aku masih kecil suatu masa dahulu. drama yang secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan kami anak beranak. drama yang membentuk skima jawapan; aku ingin menjadi seorang askar, apabila ditanya oleh oleh cikgu kelas aku semasa bersekolah darjah 1 dahulu. tapi masa yang berlalu mengubah segalanya. aku kini bukannya seorang askar dan askar tiada lagi termasuk dalam cita-citaku setelah aku memasuki darjah 4. hahahahahaha

Monday, September 8, 2008

catatan ringkas hari ini..

5.00 pagi;
mak aku gerakkan aku dari tido untuk bersahur macam biasa.
target aku hari ini: kurangkan sekurang mungkin diskaun pahala puasa aku.

8.00 pagi;
waktu standart untuk mula bekerja
(aku biasa sampai opis aku sebelum 7.45 pagi. hahahaha)
cuba-cuba jadi baik.

9.00 pagi
bermulanya diskaun pahala berlaku secara mendadak. terima kasih kepada mereka-mereka yang berada di sekelilingku kerana memberikan dorongan untuk terus mengarut dan mencarut.

01.00 petang
perbuatan mencuri tulang dengan melepak di rumah member yang berdekatan bermula.
dalam hajat hanya mahu melelapkan mata, akhirnya tergoda untuk menonton DVD cerita 21. nasib baik cerita tu best. pahala yang tinggal terus diberikan diskaun gara-gara menonton cerita yang sebegitu diselangi babak-babak yang menyegarkan biji mata. (kalau tak tengok nanti terputus pulak feel dia. tak gitu?)

03.00 petang
memulakan perjalanan untuk kembali ke opis. dengan niat yang murni sesuci serbuk pencuci.
terpandang sekumpulan anak dara yang seksi. menelan air liur. sabar... puasa. (er..potong lagi pahala aku). di ikuti dengan pandangan seorang beruk tengah menghisap rokok di tepi jalan tanpa rasa bersalah. (dari jauh nampak macam orang Islam, tapi kalau dah merokok secara terbuka sebegitu, wajarlah gelaran beruk diberikan kepada beliau oleh aku) sedikit cemuhan dan umpatan berlaku lagi. memberikan peluang agar pahala terus di diskaunkan. huhuhu

05.00 petang
berjalan-jalan di bazar Ramadhan dengan tujuan mencari sesuatu yang mungkin bersesuaian dengan selera hari ini. walaupun masih di Malaysia, namun suasananya dah macam dekat Las Vegas. anak-anak dara, mak-mak dara, mak-mak janda dan tak ketinggalan mak-mak nyah berlumba-lumba memperagakan apa yang mereka miliki dan juga apa yang mereka tidak miliki. huhuhu nak jalan sambil tutup mata kang terlanggar pulak dengan dengan mereka yang tak patut dilanggar. kalau berlanggar dengan anak dara solid tak lah menjadi hal. kalau berdentum dengan pak cik pengamal tongkat ali kang tak pasal-pasal biru mata hitam ku...

06.00 petang lebih-lebih sikit.....
duduk melepak depan rumah sambil otak terbayangkan anak-anak dara nan seksi sebentar tadi..
cis..... diskaun lagi la nampaknya.
errr..... betul ke diskaun je???

cakap tak serupa bikin..

beberapa bulan yang lalu, ketika harga minyak dalam negara melonjak naik dari RM1.97 seliter kepada RM2.80 seliter, kedengaran pelbagai saranan dari pihak pemerintah akan langkah-langkah yang perlu diambil demi meringankan beban rakyat dan supaya kewangan negara diuruskan secara bijak dan baik. dalam erti kata lain, jangan membazir.
juga terdapat pelbagai lagi cadangan yang bijak dan juga kurang bijak dari mereka yang mengaku mengambil berat akan masalah yang dihadapi rakyat. terdapat saranan agar elaun para menteri dipotong sebanyak 10%. (huhu banyak la sangat). antara saranan yang kurang kedengaran bijak yang kuat bertiup masa itu pula ialah saranan supaya ubi kayu dijadikan makanan ruji kepada rakyat agar negara tidak dibebani dengan pengeluaran wang ke luar negara gara-gara kerana mengimport beras dari negara luar. (bertambah dengan krisis beras yang berlaku pada masa itu)
tapi apa yang disarankan dilihat hanyalah omongan kosong yang bertujuan hanya menyedapkan telinga rakyat jelata semata-mata.
percaya atau tidak?
menteri-menteri yang berkaitan juga ada mengatakan bahawa sebarang bentuk lawatan atau urusan rasmi menteri ke negara luar harus dikurangkan. dikurang dari segi wang yang digunakan. juga dari segi kekerapannya. juga dinyatakan bahawa sebarang urusan yang tidak penting akan dihapuskan atau sekurang-kurangnya dikurangkan. (berapa banyak kurang daa..)
betul ke ni?
hari ini berita melaporkan bahawa sebanyak 49 orang ahli parlimen BN dihantar ke Taiwan atas urusan 'Lawatan sambil Belajar'. (bagi kanak-kanak sekolah, ini sama makna dengan makan angin secara beramai-ramai). lawatan untuk mendalami teknik pertanian moden disana. diulangi sekali lagi, SEBANYAK 49 ORANG.
perlukah seramai itu dihantar pergi untuk belajar teknik pertanian moden? wajarkah mereka-mereka ini dihantar kesana? mengapa tidak dihantar hanya 2-3 orang ahli parlimen sahaja dan selebihnya hantarkan sahaja mereka dari kementerian pertanian, atau ahli-ahli akademik dalam bidang berkaitan atau pun pelajar-pelajar yang mengambil jurusan pertanian. aneh bukan?
menghantar mereka seramai ini ke Taiwan yang separuh darinya adalah ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang dijangkakan pulang pada 19 hb nanti hanya membuka peluang untuk orang ramai mengaitkannya dengan apa yang dijangka akan berlaku pada 16hb nanti. mengatakan ini sebagai satu langkah untuk mengelakkan ahli parlimen terbabit dari beralih angin.
adakah ini semua hanya kebetulan? atau pun sebagai petanda bahawa 16hb adalah sesuatu yang sememangnya dijangkakan akan berlaku? hahahahaha anda tentukan.....

Saturday, September 6, 2008

satu hari di hari puasa...

aku berbangga.
berbangga kerana otak ku berjaya berfungsi secara normal dikala kelaparan seperti ini. kelaparan yang sama dirasai sepanjang bulan Ramadhan saban tahun.
cuma kali ini agak berbeza.
tahun ini aku berpuasa di rumah ibu bapa aku sendiri.
rumah yang menjanjikan seribu kesenangan dan kemudahan buat aku.

tidak lagi perlu bersusah payah bangun awal pagi semata-mata untuk meneguk air kosong bercampur asap rokok. yang dijadikan hidangan segera untuk bersahur.
tidak lagi perlu bersusah payah untuk memikirkan apa yang harus disediakan untuk berbuka.
tidak perlu memasak sardin.
tidak perlu menggoreng telur.
tidak perlu mengorbankan pahala seciput yang tinggal kerana memerhatikan mereka yang seksi di pasar Ramadhan semata-mata kerana ingin mencari kelainan dalam rasa.

aku berpuasa bersama keluarga tahun ini.
tidak lagi berpuasa di perantauan seperti 3-4 tahun yang lepas.
tidak lagi berpuasa dengan hanya bertemankan kawan-kawanku yang seangkatan.
tidak lagi perlu berbuka puasa dengan air paip semata-mata kerana terlajak tidur di siang hari.
tidak lagi berbuka dengan hanya bertemankan rokok semata-mata kerana hanya itu yang ada.
tidak lagi perlu berasa dengki dengan bau-bauan harum masakan jiran tetangga.
tidak lagi berasa sedih kerana berbuka dengan mee segera kerana kehabisan duit.
serta bermacam lagi yang tidak...

sekarang aku dah lain.
aku dah bekerja.
punya duit sendiri.
punya tanggungjawab sendiri.
jika dahulu aku berjauhan dari keluarga semata-mata kerana ingin melanjutkan pelajaran.
kini aku telah kembali.
mencari rezeki di sini.
walaupun gajiku tidak sebesar mana. tapi aku gembira.
kerana aku dapat berpuasa disini.
disamping keluarga.

Friday, September 5, 2008

lu pikir la sendiri......

16 September 2008.
ada apa dengan tarikh tersebut?
anda tahu?
tak tahu?
taknak ambil tahu?
hahahaha sukahati korang la.
yang penting tarikh ini dijangkakan akan menjadi satu tarikh yang keramat pada tahun ini.
apa yang keramatnya???

keramat kerana hari-hari tarikh ini keluar berita di TV dan surat khabar
kenapa selalu keluar di TV? di surat khabar?
sebab tarikh ni popular. lebih popular dari keputusan TOTO 4D
kenapa popular?
sebab yang menyebut tarikh ini adalah orang-orang besar negara.
kenapa mereka sebut tarikh ini?
yang ini, lu pikir la sendiri......

Wednesday, September 3, 2008

Asap Berasap Kasap


"kelaparan perut senang di tanggung.
sangap rokok siapa yang tahu."


kepada mereka-mereka yang merokok diluar sana,
bersama-sama lah kita menantikan saat berbuka demi memenuhkan paru-paru dengan santapan tar dan nirkotin.
sesungguhnya hanya seorang perokok yang tahu perasaan sebenar seorang perokok.
abaikan kata-kata mereka yang hanya tahu bercakap tetapi tidak pernah merasai nikmat sebenar sebatang rokok.
kepada mereka yang tidak merokok, ketahuilah bahawa sesungguhnya anda semua harus berterima kasih kepada orang yang merokok seperti kami kerana kamilah antara penyumbang terbesar terhadap kutipan cukai negara. tanpa kami, negara akan kerugian berbilion-bilion RM setahun.