Sunday, June 21, 2009

jam tangan

satu perkara yang selalu dekat dan melekat pada aku adalah jam tangan.
jam tangan selalu ada di tangan kanan aku. tiada di kaki. tiada di kepala.
aku mula memiliki jam tangan sendiri semasa belajar di Tabika pada usia 6 tahun.
pada masa tu jam yang aku gunakan adalah jenis digital. jam berjarum masih belum layak untuk aku pada masa itu. bermulanya detik itu, sehingga ke hari ini aku menjadikan jam tangan sebagai perkara wajib yang perlu ada bersama aku apabila melangkahnya kaki aku ke luar rumah. kadang-kadang dalam rumah pun jam masih melekat di tangan. (kes malas nak cabut)

pada kali ini aku ingin berkongsi jenis-jenis jam yang masih aku ingat dan pernah aku gunakan.

1. jam digital pertama aku. jenama aku dah tak ingat. tapi jam ni cukup femes pada masa tu. bewarna hitam dan ada lingkaran kaler biru atau merah di keliling cermin. (aku punya line dia kaler merah, abang aku kaler biru)

2.jam tangan bentuk bola. juga jenis yang digital. bewarna hijau putih. corak macam bola. ada cermin kecil di tengah-tengah untuk menunjukkan waktu. aku pakai masa darjah 2 rasanya.

3. jam tangan berjarum yang pertama. jam ni abah aku bagi masa darjah tiga. dah pandai tengok jarum jam. dah taknak pakai yang digital. sebab jam berjarum nampak lebih macho dan dewasa. tapi jam ni tak lama aku pakai. sebab jenis tali besi. tangan aku jadi gatal bila peluh yang mengalir bertindak balas dengan tali besi jam tersebut. aku sengaja rosakkan dengan cara rendam dalam besen yang penuh dengan air. (kes nak jam baru)

4. jam tangan jenama Boy London. jam ni cukup femes pada masa aku darjah 4. pada masa tu, sesiapa yang ada jam ni dikategorikan sebagai jenis yang kool dan mengikut peredaran fesyen semasa. jam ni canggih. skrin dalam dia boleh tukar-tukar kaler ikut keadaan suhu. aku sempat ada tiga jam ni. sebab lain kenapa ianya femes ialah harganya yang mampu dibeli: rm15 je satu. kat pasar malam dengan pekan sehari bersepah orang jual jam jenis ni masa tu.

5. jam sukan. jam tangan yang lebih menonjolkan ciri-ciri kesukanan. ada lampu untuk dilihat waktunya dalam gelap. dilengkapi dengan pelindung cermin kalis hentakan. yang ni aku pakai masa darjah 6.

6. jam tangan jenama casio. yang leper tu. jam ni rasanya jam yang paling lama aku pakai. bertahun-tahun jugak la. memang bagus jam ni. lagi canggih, jam ni dilengkapi dengan alarm. boleh digunakan buat kejut bangun tidur.

7.jam tangan jenis out-door punya. cap marlboro. aku pakai masa sekolah menengah atas. yang ni aku tak beli. aku rembat abang aku punya. dia pun tak kesah sebab jam tu pun awek dia bagi. dia masa tu dah tak ngam dengan awek tu. maka jam tu secara rasminya bertukar tangan tanpa sebarang rasa terkilan dari mana-mana pihak kecuali awek dia. (tu pun kalau awek dia tau.)

8. jam tangan jenama swiss army. jam kesayangan aku beberapa waktu yang lepas. juga jenis out-door. banyak jarum-jarum pelik yang sampai sudah aku tak tahu nak guna. jam ni pun lama aku pakai. nyawa dia tamat kes jatuh terhempas pada bucu tangga.

9. jam rolex tiruan yang aku beli dekat chow kit. jenis tali kulit. walaupun tiruan je, tapi memang aku suka. memang real. dah ramai yang tertipu bila tengok jam tu.

10. jam yang aku pakai sekarang. di beli 4 bulan yang lepas. jam jenama b.u.m. jam ni selain ada lampu untuk digunakan dalam gelap, juga dilengkapi dengan lampu suluh mini. boleh la nak guna buat cari rokok malam-malam. walaupun tak semahal mana, aku sayang jam ni. sebab ni je satu jam yang aku ada sekarang ni. kalau hilang teruk la aku nak cari pengganti di saat ekonomi aku yang goyah sekarang ni.

banyak lagi sebenarnya jam-jam yang pernah jadi milik aku sebelum ini. ada yang memang aku dah lupa, dan ada juga yang memang aku malas nak tulis.
satu peristiwa menarik tentang jam tangan yang masih aku ingat masa sekolah dulu-dulu, kawan sekelas aku, yang sekarang ni mencari rezeki di bidang seni pernah manggunakan jam dia untuk set kan masa tamat kelas. cikgu kami dulu suka sangat dera kami dengar ceramah dia lama-lama walaupun masa mengajar dah lama tamat. jadi, setiap kali masa mengajar tamat, jam dia akan berbunyi. dan akan keluar kata-kata ni dari mulut dia "la dah masa rehat rupanya."




6 comments:

cikgu lc135 said...

aku pn ada jam boy london ms sekolah rendah, beli kt pasar mlm mentakab, memang bangga la pakai jam tu. ms aku beli tu xramai lg org yg pakai, jd bangga la bila budak2 puji, yg hairan pn ramai tngk jam aku sbb leh tukar2 warna. lepas tu makin ramai la bdk2 yg ikut jejak aku beli jam boy london nie

cikgu lc135 said...

ulasla ckit pasal PSIMP aku nk dengar ckit pendapat ko

ainunl.muaiyanah said...

aku tak reti pakai jam. Kalau nak tengok jam pakai handphone sahaja. Lagipun aku pakai jam tangan kanan. Hehe.. KAta orang, orang yang pakai jam tangan kanan ini jenis yang bijak..

:)

Rashidah Abd Hamid said...

juz drop by..lama x komen kat blog incik koboi ni..
have a nice day.. :)

koboi said...

cikgu lc135: tengok la kalo aku mampu

ainunl: aku terpaksa setuju. sebab aku pakai jam pun tangan kanan.

p. damai: tq

Durrani Zamri said...

jam B.U.M...even x semahal GUESS...
tp aku suke..!!!
selesa giler..!!
even da lampu..mcm budak2..
tp membantu di kala umah ku blackout..hahahaha~