Tuesday, December 30, 2008

suatu hari...


satu pagi yang nyaman nan seksi
sebatang sungai yang lebar menjadi saksi
air yang jernih bertukar warna
 bukan kerana cuaca 
bukan kerana pencemaran bahan kimia dari dunia yang kaya ke dunia ke-3 
tapi dari dunia yang berdosa
mengapa? 


oh.... kerana darah rupanya
darah yang mengalir dari tubuh tak bermaya.


ramai manusia yang seakan berpesta 
seakan manusia kanibal yang mendapat habuan manusia bandar
sukanya berdekah-dekah
paus yang sesat juga yang susah.


paus yang tewas dilapah
moga-moga ianya sudah.


tapi tidak. 
masih belum berakhir apa bermula 
menikam, memotong, menakuk semuanya ada.


semangat bergotong royong diamalkan
yang tua menurunkan ilmu
yang muda mencuba bakat 
mana paus yang dapat di kerat-kerat. 
 

dari jauh mata memandang. 
ada yang terlepas, ada yang kecundang
manusia yang kuat akhirnya menang
paus yang sikit juga yang kurang.

4 comments:

Anonymous said...

ini kat iceland. rasanya.

koboi said...

sumber yang aku dapat katanya berlaku di norway.

Unknown said...

bukan la....kat sungai semantan.....

koboi said...

apa sungai semantan??
ingat kat kampung tok embun ke??