Sunday, December 14, 2008

tahukah kamu bagaimana bunyi kura-kura?

memiliki spm dengan 10A, stpm dengan 5p, tidak bermakna seseorang itu cukup bijak. memiliki ijazah, master mahupun phd juga tidak bermakna cerdik. kerana kadangkala, akal seorang kanak-kanak lebih cerdas dan pintar berbanding mereka yang lebih dewasa.
mungkin kepintaran mereka tidak begitu hebat dalam mengira dan mentafsir, namun tiada siapa yang dapat menidakkan keupayaan daya imaginasi mereka yang sentiasa berfikir melangkaui pemikiran mereka yang lebih dewasa.
kadang kala, kepintaran mereka yang dewasa mampu diperbodohkan dengan imaginasi mereka yang lebih muda. dialog di bawah boleh dijadikan contoh.

di satu pagi yang kelam kabut dan bising....


budak X: abang Y, bunyi kambing 'mbeek...' kan?

Mr. Y: ah..aaa (sambil mata masih tertumpu pada helaian akhbar)

budak X: kalau harimau bunyi dia 'aummmm...' kan?

Mr. Y: betul.. (mengalihkan pandangan seketika ke arah budak X sambil tersenyum separuh ikhlas)

budak X: ok. kalau abang Y terer, cuba buat bunyi kura-kura.

Mr. Y kemudiannya mula menyanyikan baris pertama lagu tema kartun 'teenage mutant ninja turtle' dengan yakin walaupun suara tak sedap.

budak X: hahaha salah. mana kura-kura pandai nyanyi

Mr Y: habis tu macam mana?

budak X: kura-kura bunyi macam ni la; 'kelekuk'

Mr. Y: kenapa pulak macam tu bunyinya? (dengan suara tak puas hati sambil mengalihkan terus akhbar dari pandangan.)

budak X: sebab kura-kura tu terlanggar batu.

selepas menjawab dengan jawapan tersebut, budak X terus mem'blah'kan dirinya sambil tersengih dan tanpa rasa bersalah langsung. dan Mr. Y hanya tersenyum sendirian.

makluman; budak X tu baru berumur 7 tahun. baru tamat darjah 1.

2 comments:

Anonymous said...

sape y ni?

aok ke? haha

koboi said...

rahsia. hahaha