satu lagi musim yang unik dalam negara ini, yang gagal aku senaraikan sekali dalam rapuanku yang tak bermakna pada beberapa lama yang lepas, musim orang ramai merapatkan dua hati (sambil jari jemari menggigil kegelian. hehe), merapatkan hubungan kekeluargaan sesama manusia, dan menghalalkan apa yang sebelum ini haram. aku tulis benda yang betul ni. jangan ada yang nak melabelkannya sebagai lucah. mintak tolong. berfikir secara dewasa. sekiranya anda belum dewasa, sila berpura-pura dewasa dan bersikap cool.
walaupun cuaca Malaysia sekarang ini berhadapan dengan musim yang sejuk. sejuk kerana hujan yang turun tak berhenti-henti dan bukannya sejuk kerana turunnya salji. sejuk yang menidakkan kamu untuk bermain dengan snowman. tapi cukup gembira sekiranya mampu menghasilkan rakit batang pisang untuk di bawa berlumba bersama kawan-kawan.
kahwin tetap jalan. tiap-tiap minggu ada jemputan untuk aku hadiri. yang bermakna aku akan dijamu dengan makanan percuma pada setiap hari cuti minggu sepanjang cuti persekolahan ini. walaupun nasi minyak tidak termasuk dalam senarai teratas carta makanan feveret aku, namun aku akan cuba untuk menghadiri setiap jemputan yang ada. kepada teman-teman rapat yang melangsungkan hari kahwin masing-masing, jangan risau. kotak hadiah yang besar aku sediakan untuk kamu. isi besar mana kamu tengoklah sendiri. kepada yang kurang rapat, jangan ambil hati. anggap sahaja kedatangan aku sebagai rahmat yang besar buat kamu. bukan niat aku untuk membataskan pemberianku ini. takdir yang menentukan segalanya. aku tak mampu nak sediakan hadiah kepada semua kenduri yang menjemput aku. dengan gaji yang tak sampai Rm10 ribu, manakan mampu aku nak sediakan hadiah untuk puluhan jemputan.
bergembira la kamu bersama pasangan masing-masing. bergurau senda la kamu tanpa was-was. lupakan Tok Imam dan orang-orang dari Jabatan Agama Islam yang selama ini menghantui kehidupan kamu. lupakan perangai lama yang sentiasa mencari port clear semata-mata untuk mencapai matlamat jangka pendek kamu tu. lupakan tabiat geleng kepala kiri kanan kerana nak jaga line. hahaha tahniah untuk kamu semua.
aku doakan kamu semua sentiasa ceria, sihat dan dimurahkan rezeki. bila dah banyak rezeki tu, pas-pas la sikit dekat aku ni. dan lagi satu, semoga kamu tidak perlu merasa menjadi duda atau janda pada usia yang muda. amin..
2 comments:
mari datang makan daging minggu depan
beres boh..
Post a Comment