Sunday, December 21, 2008

dapatkan khasiat yang mencukupi sebelum memulakan hari anda

pesanan awal: artikel ini bukan artikel kesihatan dan perubatan. sila abaikan sekiranya anda merasakan nasihat dari doktor adalah yang terbaik untuk anda.


doktor kata makan sayur-sayuran baik untuk kesihatan. membekalkan vitamin pada tubuh. makan daging membekalkan protein. makan nasi membekalkan karbohidrat.
semua ni penting dalam membekalkan tenaga dan pembentukkan tubuh badan. kalau makan tak cukup, berat badan akan menyusut. macam aku lingkungan 3 tahun terdahulu bermula dari tahun lepas. waktu itu, berat badan aku di bawah paras berat badan unggul. sekali tengok memang macam Apek Senario tu. badan kurus melengkung. rambut panjang.
tapi itu cerita lama. berat aku sekarang dah kira ok. walaupun tak sebesar The Rock, tapi ada la iras-iras Bruce Lee. hehe
kali ini aku bukannya nak mengajar anda semua cara pemakanan yang betul. jauh sekali nak pesan supaya menggunakan tali pinggang keselamatan walaupun sebagai penumpang di belakang.
aku nak cerita tentang apa yang berlaku sekiranya keperluan biologi tubuh dapat dipenuhi, dan apa yang berlaku sekiranya tidak.
semalam keluarga aku mengadakan kenduri menyambut menantu. menyambut bini abang aku. yang bermaksud secara otomatik menjadi kakak ipar aku. oleh kerana itu, kepada mana-mana anak dara yang ada menyimpan perasaan pada abang aku tu, diharapkan lupakan sahaja niat anda. dia dah berpunya. aku solo lagi. ngorat je aku ni. hahaha
berbalik kepada cerita asal. keperluan biologi setiap orang adalah berbeza bergantung kepada cara hidup yang diamalkan. mereka yang mencari duit menggunakan tulang empat kerat secara logiknya memerlukan jumlah karbohidrat yang lebih berbanding mereka yang mencari makan dengan pen. ahli sumo memerlukan protein yang tinggi. ahli gusti memerlukan steroid dalam menu harian mereka. tanpa sajian yang betul, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi cabaran harian mereka.
sebagai saudara yang terdekat (nama pun abang aku yang kawen), aku dah tentunya memainkan peranan yang penting dalam menjaga keharmonian majlis kenduri. dengan dibantu sanak saudara dan jiran tetangga, maka segala urusan dapat diselesaikan dengan jayanya. tiada masalah yang besar timbul sepanjang majlis berlangsung. masalah kecil tu memang tak dapat la nak dielakkan. setakat pergi kedai 2-3 kali untuk mendapatkan kertas tisu yang tak pernah cukup tu kira perkara biasa.
di sini aku taknak komen tentang keupayaan jiran tetangga aku. aku cuma nak cerita tentang keluarga saudara mara terdekat aku je. aku dengan menggunakan segala kuasa yang ada pada aku akan membahagikan kaum kerabat aku ni kepada dua team. team A dan B. aku tergolong dalam team A.
kumpulan yang dianggotai oleh aku iaitu team A telah banyak mendapat pujian daripada sekalian masyarakat setempat tentang kehebatan dan stamina yang kami miliki. manakala team B lebih banyak mendapat cemuhan semata-mata. tiada sebarang pujian yang diterima.haha
rata-rata pihak amat bersyukur dengan kehadiran team kami yang cemerlang, gemilang dan terbilang sepanjang majlis. kami berjaya mengharungi sebarang dugaan yang mendatang walaupun gagal mendapatkan rehat yang mencukupi berbanding team B yang gagal melaksanakan tugas yang diberi dengan cemerlang. mereka didapati mengalami kegagalan mempertahankan stamina yang ada walaupun berjaya mendapatkan rehat yang lebih dari mencukupi. team B telah didapati lebih banyak mencuri tulang sepanjang majlis berlangsung. dan didapati melarikan diri sebelum majlis berakhir untuk tidur di dalam rumah abah aku. alasan yang dikemukakan bagi mempertahankan tindakan mereka adalah: keletihan.
maka dengan tertubuhnya suruhanjaya penyiasat yang dianggotai oleh beberapa orang makcik yang dilantik oleh diri mereka sendiri, maka segala persoalan tentang bagaimana team A berjaya menewaskan team B telah diperolehi. di bawah adalah dialog yang berjaya di rakam oleh pemberita tidak rasmi kami:

Makcik A: handal betul korang ni ye..
Makcik B: tah.. tak macam geng B tu. lembik. keja sikit pun dah tak larat.
Makcik C: apa yang korang nak pelik. ada rokok. laju la geng A tu keja. cuba kalo takde rokok.

nah.. jawapan telah dikenal pasti. kejayaan kumpulan A telah dikenali berpunca dari suntikan rokok yang sentiasa berada dan setia bersama kami. untuk makluman sekalian, majoriti ahli-ahli team B juga sebenarnya merokok. cuma gagal mendapatkan lesen yang sah dari ibu bapa dan isteri masing-masing. mereka yang belum cukup umur menyalahkan umur mereka sebagai penghalang kepada kejayaan mereka hari ini, dan mereka yang telah pun cukup umur bahkan telah pun berbini menyalahkan isteri masing-masing yang tidak pernah memberikan sokongan moral kepada mereka untuk menjadi seorang perokok yang berlesen.
maka dengan hasil post-motem ini, dapat disimpulkan secara jelas bahawa mendapatkan sumber khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan pada tahap yang mencukupi akan membekalkan daya tenaga yang mengagumkan dan tahan lama berbanding dengan mereka yang gagal berbuat demikian. team B menyalahkan faktor geografi sebagai penghalang mereka untuk mendapat keperluan biologi mereka. dalam hal ini, nirkotin dan tar telah berjaya mengalahkan kehebatan zat-zat lain. ketiadaan lokasi yang tersembunyi dan stategik berdekatan tempat majlis berlangsung telah menyukarkan ahli-ahli team B mendapatkan bekalan nirkotin dan tar yang diperlukan oleh tubuh badan. dan sekali gus telah meletakkan team B berada di tangga tercorot diantara 2 team yang ada.

5 comments:

Rashidah Abd Hamid said...

ajk post mortem:

doktor pakar jantung:en koboi
doktor pakar bius:en koboi
doktor bedah paru-paru:en koboi

keputusan dari analisis post mortem:ikut suka hati & keselesaan en koboi..

agak2 boleh diterima tak jadi bahan bukti di mahkamah sivil??
hehehehe... :)

koboi said...

er...siapa pulak nak jadi nurse?

Ais Cair said...

hahaha....kudos untuk team A

Rashidah Abd Hamid said...

erm..bukan nurse gah study lg ke?? nnti dia dh abis study,leh la join en koboi...jeng..jeng...jeng... :)

koboi said...

nurse?
study??
er...no komen