usaha terbaru kerajaan Malaysia dalam menjalankan kempen 'tak nak merokok' ialah dengan menaikkan harga rokok di pasaran tempatan akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan. harga rokok dikatakan akan diletakkan pada harga minimun RM6 sekotak. (kotak besar mana aku tak pasti) idea ini dikatakan berupaya menyusahkan 'mereka-mereka' yang baru hendak belajar merokok khususnya pelajar-pelajar sekolah dan mereka yang berpendapatan rendah. (hisap rokok daun la korang selepas ni..)ini semua kerana harga rokok sekarang dikatakan masih murah. (rokok jenama Malaysia la ni)
selain itu, hiasan kotak-kotak rokok juga akan dikemas kinikan supaya menjadi lebih menarik dan cantik. seperti ini:
setiap kotak rokok akan diwajibkan mempunyai gambar-gambar seperti diatas dengan harapan ada perokok yang akan insaf dan supaya perokok-perokok baru akan berfikir panjang sebelum menceburi arena penuh kenikmatan ini.
aku secara peribadi tidak menghalang usaha kerajaan ini. mungkin benar cara ini berkesan. dan pastinya merupakan satu kejayaan besar kepada kerajaan Malaysia sekiranya ada yang berhenti merokok. biar pun hanya seorang.
sebagai seorang perokok, aku secara ihklasnya merasakan bahawa gambar-gambar ini semua masih belum mampu menggugat rasa nikmat aku kepada rokok. rasanya kawan-kawanku yang seangkatan juga mempunyai pandangan yang sama dengan aku.
dan memandangkan kadar kematian yang diakibatkan oleh rokok masih rendah berbanding kadar kematian yang disebabkan oleh kes kemalangan jalan raya, maka aku cadangkan kepada kerajaan agar membuat kempen yang serupa kepada pengguna jalan raya di negara ini dan juga kepada pemilik-pemilik kederaan sekalian. (mungkin patut dinamakan kempen 'tak nak mati di jalan raya')apa kata kalau pendekatan yang sama digunakan. paparkan di papan-papan iklan seluruh negara dengan gambar-gambar ngeri kemalangan yang berlaku. siarkan gambar-gambar orang putus kepala, putus kaki, terburai perut, badan terkoyak dan sebagainya tanpa sebarang 'kekaburan' pada gambar terbabit. biarkan masyarakat sekalian menikmatinya dengan penuh perasaan ngeri. tampalkan juga gambar-gambar sebegitu di 'dashboard" kereta-kereta nasional. biar sepanjang masa mereka beringat.
ha...bagaimana? rasa-rasanya boleh tak kempen sebegini dijalankan??
4 comments:
Pada setiap tiang terdirinya gambar ngeri, patut di sediakan para dukun pawang.
Hawatir histeria bakal terjadi.
Hehe
walauapepun, merokok memudaratkan diri sendiri..itu tak dapat dinafikan..jika de org nak membantu kita mengurangkan@membuang tabiat yang tak elok tu,kita patut bersyukur sekurang2nya masih de org yang prihatin..terserah pada hati..mahu menerima@tak..1 nasihat sy, jgn memperlekehkan@menafikan nasihat org lain....
huhuhu...aku sendiri pun kdg2 boleh rindu bau hembusan rokok adik dan abang aku...entah lar...
bau rokok memang mengasyikkan...
Post a Comment