Tuesday, October 7, 2008

aduhai kerbau

satu perkara yang menarik perhatian aku baru-baru ini adalah binatang yang bernama kerbau atau 'keba' dalam panggilan sesetengah masyarakat di sekitar tempat tinggal aku ni.
binatang ni sebenarnya bukan la asing sangat pada aku. sejak dari kecil lagi aku dah berkenalan dengan makhluk ciptaan tuhan yang satu ini.
hal ini berlaku semasa aku bersama-sama dengan seorang hamba Allah ni berjalan-jalan masuk ke sebuah kampung yang belum pernah kami jejakkan kaki kami kedalamnya sebelum ini. berjalan-jalan kerana perasaan ingin tahu yang menebal dalam diri kerana walaupun tidak begitu jauh dari tempat tinggal aku, namun sekali pun tak pernah bagi kami melihat apa yang ada di dalamnya. biarlah kampung ini aku namakan sebagai Kampung X (bukan nama sebenar).
apa yang ada dalam perkampungan ini secara kasarnya tidak jauh berbeza dengan mana-mana kampung yang lain dalam Malaysia. mempunyai panorama yang sesegar alam walau pun sesekali tercemar dengan bauan najis-najis binatang ternakan seperti lembu dan kerbau.
apa yang menarik tentang kerbau di sini bukanlah kerana kerbau-kerbau di sini pandai menyanyi mahupun pandai berpidato, tetapi adalah kerana jumlahnya yang melampau banyaknya berdasarkan ruang yang ada pada kampung tersebut yang tidak pun sebesar mana sangat. dalam setiap kumpulan kerbau aku anggarkan mengandungi hampir 20 ekor anggota yang berjalan seiringan seperti yang sering dipraktikkan oleh golongan remaja yang menggelarkan diri mereka sebagai Mat Rempit. cikgu Bahasa Melayu aku semasa aku bersekolah dulu pernah mengeluarkan teori bahawa gejala berkumpulan yang sering diamalkan oleh remaja adalah kerana kuatnya pengaruh susu lembu dalam badan mereka. oleh itu adalah disyorkan kepada anda semua agar menyusukan anak-anak anda dengan susu badan ibu manusia dan bukannya susu lembu bagi mengelakkan anak-anak anda mengikut perangai lembu.
ok, tutup cerita pasal susu dan kembali kepada cerita kerbau di kampung X. kerbau yang terlalu banyak ini telah menyedarkan aku bahawa betapa kayanya masyarakat di kampung tersebut. anda tahu harga sekilo daging kerbau dipasaran tempatan? RM20-RM22 bagi setiap kg. dan tahukah anda berapa berat bagi seekor kerbau dewasa? darabkan jawapannya dengan purata 20 ekor kerbau bagi 1 keluarga. memang kaya.
lambakan kerbau di kampung tersebut membawa kepada idea jahat dalam kepala aku. apa kata kalau aku curi seekor dan jual dagingnya di pasar? memang masyuk la poket aku. rasanya kalau setakat seekor yang hilang tak ada siapa yang perasan kot. hehehe tapi anda semua jangan bimbang. itu hanyalah idea jahat yang singgah seketika sahaja dalam kepala hotak ku ini. aku tak buat pun. seumur hidup aku, aku hanya pernah mencuri binatang bernama ayam je. kerbau masih belum pernah.
macam biasa, bila banyak yang berkeliaran, maka banyak la najis-najis yang bergelimpangan di atas jalan-jalan raya. memang tak dapat nak dielak pun. Lewis Halmilton pun tak akan terlepas.
mesti terkena punya jerangkap samar yang dipasang oleh haiwan bernama kerbau ini. tak boleh terlepas. macam mana pun, aku berterima kasih kepada kerbau-kerbau ini yang berjaya membuka mata aku bahawa orang kampung bukanlah semiskin yang sering digambarkan oleh drama-drama TV. meskipun mereka tidak memiliki saham-saham di BSKL, tiada mempunyai sijil simpanan premium di bank-bank yang tebal, tiada aset-aset bernilai jutaan RM, tiada BMW mahupun EVO10 namun mereka masih mempunyai kerbau. kerbau yang banyak. sayangnya aku tidak mempunyai kamera pada masa itu. Henset aku pun tidak secanggih mana. tidak dapat aku rakamkan foto kerbau-kerbau yang banyak itu. sekiranya anda semua hendak melihatnya sendiri kerana tidak percaya dengan apa yang aku coretkan, boleh lah bertanya secara peribadi dan akan aku berikan butiran yang terperinci tentang kampung tersebut.
P/s; sebut pasal kerbau, aku teringat tentang peristiwa yang berlaku setahun dua yang lepas tentang perebutan anak kerbau antara dua manusia yang berlaku di sebuah negeri pantai timur. sehinggakan mereka sepakat menggunakan ujian DNA dalam menentukan siapakah ibu anak kerbau tersebut. hmmmm.. berita sensasi masa itu. tapi sayangnya aku tak tahu kesudahan yang berlaku. adakah salah seorang dari mereka berjaya dalam pertikaian tersebut? ataupun kedua-duanya berputih mata?? atau boleh jadi anak kerbau tersebut telah disembelih untuk dikongsi sesama mereka??? siapa yang tahu boleh la berkongsi jawapannya dengan aku.

1 comment:

Fakyew said...

susu impot ada melamim. haha.