Tuesday, October 21, 2008

sejarah hitam yang memalukan diri sendiri

perkara ini berlaku pada tahun 2003. perkara yang agak memalukan diri sendiri dan membuatkan aku menjadi seorang yang berhati-hati dalam acara mempelawa awek makan.
nak dijadikan satu cerita, dalam usaha mengorat seorang awek yang cun aku telah memulakan acara aku dengan menjadi seorang yang pemurah ala-ala 'gentlemen' a.k.a 'macho' dengan mempelawa seorang awek yang aku namakan disini sebagai Miss X (kompom bukan nama sebenar) untuk makan tengah hari bersama-sama.
hari yang dipilih adalah hari minggu yang kebetulan menjadi hari rasmi tiap-tiap minggu untuk mereka yang berkenaan membeli belah di 'pekan sehari'. dan tempat yang dipilih, merupakan sebuah restoran yang agak terkenal di bandar aku ini yang bernama 'Happy Fried Chicken'. jangan risau. memang bukan 'KFC. nama je hampir sama dihujungnya.
dalam poket aku masa itu hanya la mengandungi dua keping not Rm 10 dan sekeping not Rm5. tu je yang ada pada masa itu. aku masih memegang 'title' penggangur terhormat pada masa itu. duit yang ada pun hanyalah duit poket yang diperolehi daripada ehsan abah aku.
lewat setengah jam dari masa yang dijanjikan, barulah Miss X muncul dengan sebuah senyuman yang cukup menawan. macam iklan ubat gigi. bergetar sekejap jiwa aku yang kudus dan mulus ni. tapi ianya bertukar menjadi sedikit tawar yang berjaya mempengaruhi aku untuk melemparkan senyuman yang tidak ikhlas. anda nak tahu mengapa? sebab, belum sempat aku nak berkata apa-apa, Miss X terlebih dahulu bersuara dengan dialog ini: "ini ibu saya" katanya sambil memegang tangan seorang wanita separuh umur bercermin mata yang pada mulanya aku sangkakan hanya berada di situ secara kebetulan. maka, dengan lagak macho dan kereknya, aku pun mempelawa ajak-ajak ayam kepada ibu Miss X untuk join sekali kami makan. dan yang menyedihkan, pelawaan ku tadi disambut girang oleh wanita tersebut sambil tersenyum...
berada di dalam restoran tersebut bersama Miss X dan ibunya yang muncul tanpa dirancang telah membataskan perbualan yang sepatutnya berlaku. segala apa yang dirancang sebelum tidur malam tadi telah menjadi hancur. sehancur daging cincang yang berada dalam plastik merah yang dibimbing oleh ibu Miss X yang sempat dibeli di 'Pekan sehari' sebelum kami bertemu. dialog-dialog yang aku rancangkan semasa menunggang EX5 abah aku di dalam perjalanan gagal aku ucapkan. yang keluar dari mulut aku masa itu hanyalah dialog-dialog spontan yang langsung tidak bercirikan 'ayat-ayat mengorat'. memang boring.
tapi macam biasa, aku buat-buat rilex. hero kena la berlagak macho. mana boleh bagi jatuh air muka depan awek.
dan kerana hendak menjaga air muka yang sebenarnya hanyalah peluh-peluh 'saspen', maka aku mempelawa mereka berdua untuk membuat 'oder' terlebih dahulu. supaya mudah untuk aku membuat perkiraan akan bil yang bakal aku hadapi nanti. dengan perawakan manis ala-ala Juliana Evan, Miss X membuat permintaan. untuknya dan ibunya. nasi daging lada hitam. dan sebagai cecair pelincir, jus oren. padanan yang nampak sempurna di mata mereka. dan apabila tiba masanya, aku dengan bergayanya meng'oder' teh o ais limau dengan kentang goreng saiz paling kecil. dengan alasan masih kekenyangan walhal perut dah mula pedih. untuk makluman, sebutir nasi pun belum masuk perut pada hari itu. sarapan pun tak ada. semuanya hanya kerana aku malas nak buat 'part-time' cuci pinggan di restoran tersebut.
dengan lagak seorang hero, perbualan yang membosankan aku teruskan jua sambil menghirup teh o ais limau secara perlahan-lahan sambil melihat mereka berdua mengunyah makanan tanpa ada langsung perlawaan walaupun untuk merasa apa yang lidah mereka sedang rasa ketika itu. dan ternyata, ibu Miss X merupakan seorang yang peramah yang amat sehinggakan aku gagal menikmati suara yang keluar dari mulut Miss X. Asyik ibu dia je yang bercakap.
habis makan, habis modal untuk berborak, maka mereka pun meminta diri untuk pulang dengan ucapan yang agak sopan hasil dari perut yang kekenyangan. dah orang nak minta diri, terpaksa la aku relakan. diri mereka. mereka punya suka la. tak mampu aku nak halang walaupun masih belum puas untuk aku menatap wajah ayu Miss X.
dengan langkah yang mantap, yakin, dengan sedikit perasaan was-was, aku ke kaunter untuk menjelaskan bayaran. bersama i/c yang telah aku sediakan sebagai cagaran sekiranya duit yang ada tidak mencukupi.
ternyata nasib menyebelahi aku. duit yang aku ada lebih dari cukup. siap berbaki. walaupun bakinya tidak mencukupi untuk aku mengisi petrol EX5 abah aku dengan penuh.
dan cerita ini terus melekat dalam memori aku dengan hanya diketahui oleh mereka yang rapat dengan aku sahaja. dan hari ini aku bersedia memalukan diri aku sendiri dengan mencatatkannya disini.

p/s; itu la kali terakhir aku keluar dengan Miss X. aku dah serik nak bawa dia keluar tanpa memiliki duit yang mencukupi sekiranya menghadapi saat-saat yang tak terduga lagi. berita terakhir yang aku dengar pasal Miss X: dia dah kawin.

6 comments:

Anonymous said...

peh memang sadis kan? walaupun aku tau cite ni, aku baca sekali lagi, sebagai seorang kawan yang sama-sama memonteng dulu, miss X tu memang tak patut buat camtu.

sampai sekarang aku konfius kenapa dia buat kau macam tu kat kau.

tapi jangan lupa, earl kata, karma itu sesuatu yang melucukan.

kah kah kah kah kah

*sabor ye incik koboi.

koboi said...

hahaha gua rilex je. berpegang teguh pada pepatah lama "patah tumbuh hilang berganti". "kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya"

Anonymous said...

peargh..sad story beb..

koboi said...

huhu

Ais Cair said...

hahaha...kisah benar ke nih?miss X tuh,budak kampung ke?...siap bawa emak sekali...aku suka cara kau menulis dowh

koboi said...

sememangnya kisah benar. kalau nak masuk drama kisah benar kat tv3 rasanya dah kira lepas dah ni. haha