Wednesday, July 20, 2011

monolog riba ibu

apabila mengalami kesulitan dalam menjalani kehidupan harian seperti sekarang, aku suka membayangkan perkara-perkara indah yang pernah berlaku pada masa-masa yang lepas.

dan tiada yang lebih indah dari membayangkan kepala berada di pangkuan ibu di kampung.

ya, perwatakkan aku tidak seperti anak soleh. muka langsung tiada ciri-ciri ustaz. muka penyamun.

tapi aku tetap suka bermanja bersama ibu.

menjadi kebiasaan kepada aku seketika dahulu untuk meletakkan kepala cuba bermanja di ribaan ibu dikala ibu kusyuk melipat kain baju di depan tv. dan ibu tidak pernah marah. atau sesekali minta dipicitkan kepala kononnya pening padahal hanya kerana ingin bermanja.

hari ini, keinginan itu wujud sekali lagi.
ianya menjadi semakin kuat selari dengan kepalatan hidup sehari-hari.


No comments: