Wednesday, July 27, 2011

27 haribulan 7

27/7/2007: gua pernah kena kejar sama samseng pasal makwe samseng tu belanja gua makan nasi.

selang 4 tahun kemudian,

27/7/2011: gua merasa meniarap atas highway persekutuan. semua jasa pemandu bas rapid KL yang samseng.

cuba perhatikan persamaan diatas:

1.tarikh 27 haribulan 7.
2.samseng

persoalannya: 4 tahun akan datang samseng mana pula nak cari pasal dengan gua ni?

Wednesday, July 20, 2011

monolog riba ibu

apabila mengalami kesulitan dalam menjalani kehidupan harian seperti sekarang, aku suka membayangkan perkara-perkara indah yang pernah berlaku pada masa-masa yang lepas.

dan tiada yang lebih indah dari membayangkan kepala berada di pangkuan ibu di kampung.

ya, perwatakkan aku tidak seperti anak soleh. muka langsung tiada ciri-ciri ustaz. muka penyamun.

tapi aku tetap suka bermanja bersama ibu.

menjadi kebiasaan kepada aku seketika dahulu untuk meletakkan kepala cuba bermanja di ribaan ibu dikala ibu kusyuk melipat kain baju di depan tv. dan ibu tidak pernah marah. atau sesekali minta dipicitkan kepala kononnya pening padahal hanya kerana ingin bermanja.

hari ini, keinginan itu wujud sekali lagi.
ianya menjadi semakin kuat selari dengan kepalatan hidup sehari-hari.


Saturday, July 16, 2011

dugaan dan cubaan sebagai balasan

antara dugaan dan cubaan,
atau sememangnya balasan dosa,

aku cuma perlukan ketenangan...

Friday, July 1, 2011

tiada tajuk

buat mereka yang reti dan faham jiwa ini... TERIMA KASIH.

buat yang hanya tahu mencaci... juga TERIMA KASIH.