Sekarang Samat dah besar. Samat dah sekolah pakai seluar warna hijau gelap. Samat bukan lagi budak-budak. Samat dah ada kad pengenalan sendiri. Samad juga dah pandai lintas jalan tengok kiri kanan. Samat juga dah pandai naik bas sendiri-sendiri.
"Assalamualaikum..... Tok Akiiiiiiiiiiiii.... " jerit Samat serak-serak baru pecah suara.
"Waalaikummussalam....huk..huk.." balas Tok Aki batuk-batuk. Tok Aki menjengukkan kepala melalui tingkap. Menggosok-gosok mata beberapa kali.
.............................................................................
"kamu lepak la dulu sorang-sorang ye. Tok Aki nak gi ngeteh kejap. Nanti Tok Aki belanja kamu jajan. Buat la macam rumah orang. Bilik Tok Aki tu kamu jangan usik." pesan Tok Aki petang itu.
Sejam dua kemudian..
Hari dah senja. Tok Aki baru pulang dari ngeteh. Di tangan Tok Aki ada plastik bungkusan. Kelihatan jelas melalui mata Samat gambaran isi plastik tersebut. Roti gardenia perisa coklat dan sebungkus choki-choki.
"Nah untuk kamu" sambil tangan mencapai choki-choki. Roti gardenia Tok Aki tak keluarkan dari plastik.
Samat ambil choki-choki. Samat makan sambil tengok TV. Ekor mata Samat memerhatikan Tok Aki dia. Samat nampak Tok Aki bawa roti gardenia masuk ke dalam bilik. Tak lama kemudian Tok Aki keluar bilik dengan membawa plastik kosong. Tangan Tok Aki ada terpalit krim coklat. Tapi mulut Tok Aki bersih. Samat mengerutkan dahi.
..............................................................................
Hari ke tiga, Tok Aki buat perkara yang sama. Petang-petang ngeteh. Pulang bawa plastik berisi roti dan choki-choki. Choki-choki untuk Samat. Roti untuk ...............
Senja itu Samat nekad. Samat nak tahu siapa yang makan roti itu. Samat tahu bukan Tok Aki dia yang makan. Samat pura-pura tengok TV. Samat pasang suara TV kuat-kuat. Bila Tok Aki masuk bilik, Samat merangkak perlahan-lahan. Samat intai melalui celah langsir. Samat nampak Tok Aki tertonggeng sambil tangan menyiat roti dah menghulurkan cebisan roti ke bawah katil yang gelap sambil muka berkerut-kerut. Seolah-olah sedang melakukan kerja yang bahaya dengan berhati-hati. Samat bertambah curiga.
...............................................................................
"Tok Aki, Samat nak gi jalan-jalan kejap ye. Pinjam basikal BMX Tok Aki." jerit Samat mintak izin dengan Tok Akinya.
Samat menuju ke kedai runcit. Hajat hati Samat nak beli ais krim pop. Kayuh basikal keliling kampung sambil makan ais krim pop baru nampak remaja.
Di kedai.
"Betul. Habis duit aku sorok bawah tikar hilang macam tu aje. Aku simpan nak buat modal gi kolumpor nyambut tahun baru. Penat aku nyimpan."
"tu la, dulu aku cakap kau gelak. baru minggu lepas Mat Tempe hilang duit dalam laci. Sama macam kau, duit kertas je yang hilang. Duit syiling haram tak berusik."
Samat terdiam mendengar dialog tersebut. Samat pantas terbayang...Toyol.
..............................................................................
Sambil mengayuh basikal pulang ke rumah Tok Aki, Samat berfikir sejenak. Dulu seingatnya Tok Aki miskin je. Sekarang Tok Aki dah ada BMX. TV pun besar. Ada astro. Ada komputer. Ada internet. Tok Aki dah pandai main facebook. Mana Tok Aki dapat duit banyak-banyak? Kenapa Tok Aki tak bagi Samat main dekat bilik dia? kenapa Tok Aki ulur roti bawah katil? Sah... Sah... Tok Aki bela toyol. Toyol Tok Aki la yang curi duit orang dekat kedai tadi.
..............................................................................
Petang tu macam biasa Tok Aki keluar ngeteh. Samat memang tunggu peluang ni. Samat nekad nak tengok toyol bawah katil Tok Aki. Samat berani. Samat dah besar.
Perlahan-lahan Samat melangkah ke bilik Tok Aki. Bilik Tok Aki gelap. Tapi Samat tak nak buka lampu. Samat takut nanti toyol lari.
Samat menonggeng mengadap katil. Samat hulur kepala mengintai. Gelap. Samat hulur dua-dua tangan. Hulur kedua-dua tangan adalah strategi bijak Samat. Samat fikir kalau toyol gigit tangan kanan, dia akan cekup toyol dengan tangan kiri. Dan begitulah sebaliknya.
...............................................................................
Tok Aki kayuh basikal perlahan. Makin lama makin dekat dengan rumah. Makin lama makin kuat Tok Aki dengar suara menjerit.
Tok Aki tambahkan power kaki dia. Tok Aki kayuh laju.
"kenapa dengan kamu Samat?" Tok Aki menjerit bertanya sambil melompat ke dalam rumah melangkah enam anak tangga sekali gus.
...............................................................................
"Tu la. Tok Aki dah kata jangan main dalam bilik Tok Aki tu. Kamu degil."
"Samat nak tengok toyol bawah katil Tok Aki tu je."
"Toyol datang dari mana pulak?" Tok Aki tanya tak puas hati.
"Samat ada dengar cerita orang kampung hilang duit. Pastu Samat pernah nampak Tok Aki tertonggeng mengadap bawah katil hulur roti. Pastu Samat tengok Tok Aki sekarang dah kaya. Lagipun Tok Aki beria tak bagi Samat main dalam bilik Tok Aki. Samat pikir mesti Tok Aki bela toyol. Mana Samat tau bawah katil Tok Aki banyak perangkap tikus. huhuhuhu" Samat menangis manja menahan sakit tangan yang sedang dijampi Tok Akinya.
"hahahahahaha padan muka kamu. Syak lagi bukan-bukan. Tok Aki tak bagi kamu main dalam bilik sebab dalam bilik Tok Aki ada tikus besar. Tok Aki ulur roti tu sebenarnya tengah pasang perangkap untuk tikus tu. Tok Aki kaya pasal kerajaan beli tanah Tok Aki kat hujung kampung tu. hahahahahaha" Gelak Tok Aki sambil menyekeh kepala cucunya itu.
Moral cerita: jauhi aktiviti tidak bermoral.
No comments:
Post a Comment