Saturday, September 5, 2009

apabila baru menjadi lama.


pastinya bukan aku sahaja yang sedar tentang perkataan 'baru' yang telah dijadikan lama oleh pihak berkenaan. perkataan 'baru' kini merupakan perkataan purba lagi antik. yang hanya digunakan oleh orang-orang yang lewat kebelakang seperti aku dan kamu.

cuba perhatikan iklan-iklan di TV. iklan di akhbar. iklan di papan iklan di tepi jalan. perkataan 'baru' kini tidak lagi digunakan. 'baru' kini menjadi 'baharu'.

senang cakap, perkataan barunya adalah 'baharu'.

ada berapa ramai antara kamu dan kamu yang menggunakan perkataan 'baharu' dalam perbualan seharian? kalau ada sila angkat kaki kiri.

sekiranya sememangnya kamu menggunakan 'baharu' sebagai bahasa harian kamu, bermakna kamu adalah terdiri daripada golongan yang up to date kata bahasa penjajahnya. tidak lagi sama dengan aku yang masih gagal mengasimilasikan perkataan 'baharu' dengan lidah aku ni. senang cakap, aku tak kisah jika aku dilabelkan kuno.

satu soalan untuk yang mengetahui,
kenapa perlu ditukar penggunaan 'baru' kepada 'baharu'?
apa rasionalnya?
arahan dari siapa?
sedap sangat ke 'baharu' berbanding 'baru'?

kalau aku kekal dengan 'baru' je kira salah ke?
kena saman ke?


perkembangan baru/baharu:
seseorang (yang pastinya memperjelaskan kepada aku secara bersungguh-sungguh walaupun tidak mempunyai kelayakkan yang meyakinkan dalam bidang bahasa) telah memperjelaskan penggunaan baru dan baharu kepada penulis iaitu aku.
tanpa perlu bercerita panjang, aku rumuskan sebagai ini:
baru: just
baharu: new

erti kata lain, ayat: "saya baru sahaja mendapatkan tv baharu" merupakan contoh pernggunaannya berdasarkan maksud baru dan baharu. (walaupun pada pandangan peribadi aku, bunyinya agak kelakar)

ada pendapat lain?




5 comments:

ainunl.muaiyanah said...

jarang sekali membaca koboi yang serius begini..

Saya pun tidak faham kenapa tiab-tiba berubah. Hal remeh begini dibesarkan tetapi hal besar2 diremehkan. aish

koboi said...

serius ke ni??
nampak2nya sifat2 humorku semakin menghilang. walaupun belum mencapai usia tua. huhu

adios said...

tak tahu pula baru dah jadi baharu .
terima kasih untuk info.

mula-mula memang bunyinye kelakar.. tapi lama-lama nanti tak kelakar lagi.

memang tak nmampak pun apa untungnya tukar ejaan tu. Sepatutnya ejaan ikut pertuturan. apa yang kita sebut , itulah yang kita patut tulis.

Tapi entahlah.

koboi said...

takpe, kita tengok lama mana bertahan.
dulu pernah ejaan bank disebut 'bang'. tp disebabkan takde sambutan, sebutan 'beng' akhirnya digunapakai.

benbaz said...

DBP mmg xde keje....sibuk mengubah2 perkataan n tatabahasa sedia ada. yg ada....biar je la. baik diorg kreatif sket pikir istilah2 'baharu....drpd me-melayu-kan istilah2 omputih. br la dpt menggunakan bahasa melayu tuk belajar sains dan matematik.....dgn lebih berkesan

*alamak...mcm karangan plak. stop!