Saturday, February 14, 2009

suatu petang di taman permainan


"bak sini balik." seorang budak berbaju biru menjerit separuh menangis. sambil tangan merampas kasar mainan patung Power Rangers dari tangan budak lainnya.

"kedekut. aku nak pinjam je la. babi." jerit kanak-kanak yang dirampas mainannya tadi sambil menolak jatuh budak berbaju biru. dia berbaju kuning yang mempunyai gambar Upin dan Ipin di bajunya.

hasil jatuhan tadi menyebabkan budak berbaju biru terjatuh. luka kakinya. lalu meraung kesakitan seolah-olah terkena peluru tembakan zionis di Palestin.

"waaaa...... sakit. ko jahat. kami bagi tau mak kami. waaaaaa........ tak nak kawan" budak berbaju biru berkata dalam menangis.

"ha... ha.... tak tau. dia menangis." gabungan suara secara beramai-ramai oleh budak-budak yang berhampiran. campuran lelaki dan perempuan. sambil jari telunjuk di goyang-goyangkan.

setelah sesaat dua, budak berbaju kuning bergambar Upin dan Ipin mula bertindak.
kakinya melangkah laju ke arah budak berbaju biru. mengangkat tangannya. dan...

"salam." sambil tangan di hulurkan.
"aku mintak maaf. kita kawan balik ek." mulut budak berbaju kuning berkata ikhlas.

"ok." budak berbaju biru membalas. sambil tangan menyambut salam itu tadi. air mata di lap dengan baju. bersekali dengan hingus yang mengalir keluar.

8 comments:

Anonymous said...

Mudah kan dunia kanak-kanak?

koboi said...

yap. mudah dan ikhlas.

adios said...

Ayat paling berkuasa zaman kanak-kanak: "Tak nak kawan"

Ingat nak main je.
Apalah ertinya bermain tanpa kawan-kawan.

koboi said...

dan apa guna kawan kalau tak boleh nak kelahi kan??

Rashidah Abd Hamid said...

mase zmn kecik2, senang je..xnak kawan..pastu salam terus kawan balik..xde simpan pe2 dlm hati..:)
bila dah besar panjang, agak2 leh jadi camtu gak ke??
xnak kwn..salam..kwn balik..erm...

koboi said...

bila dah besar, kalau gaduh takleh terus salam je. kena tengok org dulu. silap2 bleh kena tuduh kes cabul tu.

Ais Cair said...

koboi,kau ni ramai anak sedara ke...byk gak dialog budak2 kat blog kau nih...takkan la kau selalu t'kenang zaman kanak2...ntah2 kau ni pernah jd cikgu tadika ke apa...hahaha....ish,byk pulak prasangka aku nih....

koboi said...

ramai anak sedara? tak...
selalu terkenang zaman kanak2?.. kadang-kadang
jadi cikgu tadika?... jauh sekali.

aku cuma suka memerhati. dan kanak2 mudah menarik perhatian aku.