Wednesday, February 4, 2009

apabila ultraman bertempur dengan raksasa gordon..

berita di TV Malaysia semenjak dua menjak ni dilihat begitu menumpukan kepada perihal politik negara. ianya bukan perkara yang luar biasa bahkan dah terlalu biasa. hal-hal perkelahian antara parti politik negara lebih di utamakan berbanding cara-cara menangani krisis ekonomi sekarang. aku tak akan membincangkan tentang ekonomi di sini kerana aku bukan ahlinya. aku cuma tahu ekonomi cara tradisional sahaja. bela dua ekor lembu, ternak sampai beranak pinak, jual lembu, beli gajah dan seterusnya sehingga mampu menjadi sekaya orang kaya yang lain. 
apa yang aku sedikit kesalkan adalah wujudnya perbalahan politik sehingga anak-anak kecil yang tak pernah tahu apa itu politik, apa itu UMNO, apa itu PKR bahkan langsung tak mengenali siapa itu PakLah menjadi mangsa tindakan bodoh sesetengah pihak yang mengaku cerdik.
satu pihak dilihat mempergunakan kuasa yang ada untuk menyekat operasi pra-pendidikan kanak-kanak atas alasan yang tertentu. yang tentunya bermotifkan politik.  kesannya, anak-anak kecil yang baru nak mengenal abjad dan nombor tidak dibenarkan melalui hari-hari biasa mereka yang penuh dengan keriangan dan tangisan sesama mereka.
apa yang malang lagi, sebelah pihak yang bermusuhan pula mengambil kesempatan yang ada untuk menunjukkan kepada semua tentang kekejaman pihak lawan terhadap anak-anak kecil ini. di canangkan dengan gempar. diambil masa yang panjang dalam berita-berita TV untuk menyiarkan hal ini. dipanggilnya pelbagai pihak memberi komen. dan yang lebih bijaknya, mempergunakan kanak-kanak ini untuk menagih simpati. dibiarkan anak-anak yang masih belum kering hingusnya belajar di bawah panas terik matahari. seolah-olah satu dosa besar kepada anak-anak itu sekiranya dikecualikan kelas untuk sehari. apa rasionalnya membiarkan anak-anak ini berlajar di tengah padang berbumbungkan langit semata-mata? diperlakukan sebegini semata-mata untuk menjadi bahan berita sensasi bukan lah satu langkah yang maha bijak. ibarat haiwan di zoo lagaknya. membiarkan mereka kepanasan semata-mata kerana ingin menunjukkan kekejaman pihak lawan juga bukan lah satu strategi yang baik. lupakan kata-kata Niccolo Machiavelli yang menghalalkan cara kerana matlamat. tiada gunanya matlamat tercapai sekiranya cara keji yang digunakan. malu anak cucu nanti. kerana apa yang terhasil hanyalah kemusnahan semata-mata.
hari ini akhbar-akhbar dan TV sibuk mencanangkan kepada rakyat bahawa terdapat sebilangan anak-anak tersebut yang jatuh sakit. yang demam. yang terganggu mentalnya. dan menunjukkan dengan jari telunjuk secara bulat-bulat bahawa ini merupakan salah pihak yang mengunci pintu kepada anak-anak ini. langsung tidak memandang cermin sebelum berkata-kata.
memang la pihak lawan kamu telah mengunci pintu. itu memang salah mereka kerana anak-anak malang ini tidak dapat memasuki bilik kelas mereka. tetapi, membiarkan mereka di bawah terik matahari adalah salah kamu sendiri. susah sangat ke sekiranya membatalkan sahaja kelas pada hari tersebut sehingga perkara ini selesai? perlu ke di jemurnya anak-anak ini semata-mata kerana ingin dirakam oleh lensa kamera?
apabila dikatakan kurang bijak, masing-masing melenting. hendak di puji pandai, layak kah kamu? sekiranya sebelah pihak memang telah mengambil langkah yang salah, perbetulkan. guna la sikit akal yang ada. selesaikan lah sesama dewasa. secara matang. tak perlu rasanya melibatkan anak-anak yang masih belum lekang Power Rangers dari otaknya dalam fantasi politik kamu tu. bagilah mereka peluang untuk menjadi kanak-kanak yang normal. macam anak-anak orang lain.
bak kata pepatah yang telah di ubah suai: ultraman berlawan sesama raksasa, manusia juga yang mati kena pijak. 

5 comments:

Ais Cair said...

politik mmg element sesebuah negara...tp kalau semua benda nak dipolitikkan,mmg teruk...hampeh jadinya...eh,dah lama nak ty,mana dpt gambar b'cium hidung tu?biasa aku nampak cium mulut je...hehehe

adios said...

Stesen TV kita dah naik lemak... hal cam tu pun tayang kat TV, sambil tayangkan bendera parti yang dipertanggungjawabkan..
Misi utama isu tu.
tak intelek langsung.

Dah zaman IT, still guna propaganda zaman 50an.

Anonymous said...

gula ada, gula.

TAKDE *pekedai buat muka ketat*

Anonymous said...

wah~
aku blur ini topik pasal apa?

bagi hint sikit..

koboi said...

stanum_saliva: politik malaysia memang hampeh. gambar bercium hidung tu edisi terhad yang aku dapat melalui teknologi 'gigi biru'

adios: Tv malaysia masih jauh dari kebebasan bersuara. semua kena kontrol. nasib baik wujudnya benda bernama internet. kalau tidak, asyik kena perbodohkan aje la rakyat negara ni.

fakyew: jangan risau. stok gula banyak sebenarnya. cuma pemborong cuti panjang semperna CNY je. salah pekedai sebab tak ambik stok yg mencukupi. tambah pulak wujudnya pembelian panik org ramai bila kata gula nak naik harga. pemberita malaysia pulak kurang bijak. pandai2 je kata gula takde. menyusahkan betul.

ainunl.muaiyanah: ni semua rentetan dari kes penutupan pintu tabika kemas di P.pinang tu ari. pergaduhan bodoh yg tak bermakna antara mereka2 yg berlagak matang dan bijak.