gambar ini hanya hiasan semata-mata
hari aku bermula seperti biasa. amat biasa. bangun tidur pagi-pagi seperti biasa, bersiap seperti biasa, pergi kerja seperti biasa, kerja seperti biasa. kerja juga pada waktu yang biasa, waktu normal kerajaan Malaysia, 8 pagi-5 petang.
balik kerja, sampai rumah lebih kurang 5.20 petang. biasanya sesampainya di rumah, perkara pertama yang aku lakukan ialah membuka tudung saji. melihat jika ada kudapan minum petang yang disediakan ibu tersayang. dan ternyata hari ini sama seperti hari-hari yang lain. sedikit air tangan ibu tersedia di bawah tudung saji.
sambil mulut mengunyah, perbualan biasa antara aku dan abah bermula. dengan sedikit pertanyaan tentang berita hari ini dan hal-hal semasa yang lain. semuanya berlaku dengan normal. macam hari-hari yang biasa.
dan yang luar biasanya, aku tertidur tidak lama selepas itu. amat jarang berlaku dalam sejarah hidup aku untuk tidur diwaktu petang sebegini. biasanya, selepas berehat seketika, aku akan berusaha sedikit sebanyak untuk mengeluarkan peluh yang ada. mungkin gaya hidup aku yang menjadikan rokok sebagai teman setia sedikit mencemarkan tubuh badan aku. namun, aku masih melakukan sedikit senaman bagi memastikan tubuh badanku sentiasa cergas.
dan ketika menghadapi hari yang memenatkan, aku masih cuba mengelakkan diri dari tidur. biasanya sekiranya aku malas untuk bersenam, aku hanya akan melepakkan diri di ruang tamu rumah sambil menonton rancangan biasa. dan saluran 612 menjadi pilihan. jam 6 petang biasanya kartun Spongebob yang akan menjadi pilihan aku.
hari ini, semasa sedang asyik menonton gelagat Spongebob dan Patric, aku tertidur. jam berapa aku tertidur jangan ditanya. sebab aku tiada jawapannya.
tidur aku agak lena. tiada gangguan mimpi yang menjelma. semua gelap belaka. sehingga lah... terdengar suara machine gun yang mengganggu tidur aku. bunyi yang agak kuat membuatkan aku terkejut. dengan pantas aku bangun dan memerhatikan keadaan sekeliling. dengan harapan aku tidak benar-benar diserang. tiada orang disekeliling aku. cuma bunyi celaka machine gun yang masih kedengaran. dan setelah sekali dua bernafas, baru aku teringat akan bunyi celaka tersebut. bunyi henset aku.
tak sampai sehari aku pakai bunyi machine gun sebagai ring tone. dan bunyi itu telah berjaya menipu aku. baru semalam aku dapat ring tone ini dari seorang teman. dan untuk hari ini, ini lah pertama kalinya henset aku berbunyi. (sebab aku suka menggunakan silent mode untuk henset aku semasa bekerja) bunyi yang betul-betul celaka.
p/s: semasa cerita ini ditulis, aku telah pun membuang bunyi sial tersebut dari henset aku. pakai lagu Naruto lagi baik.
7 comments:
ape ni bro....xkan dgr bunyi hanset pun da cuak....huhuhu.....nk bunyi yg lagi spesel x??tunggu sahabatmu ni balik nanti ye....wawawawa.....
gile. dengar bunyi tembakan yg tak biasa di dengar ketika tidur lena boleh mengakibatkan kematian tau. lain la kalau suara manja seorang gadis.
naruto la kool..
ooo patut la semalam mamat ni mintak addrs url blog lu.
haha
mamat tu cuba mempromosikan kg gantok kepada pengetahuan umum
MUJUR KAMU BUKAN BERADA DI BUMI PALESTIN SANA. JIKA TIDAK, TIKA INI JASAD KAMU SUDAH TERBUJUR.
ALLAHUAKBAR
ajal maut di tangan Tuhan wahai cik yang pemalu. jika ditakdirkan mati syahid di bumi Palestin pun apa salahnya.
Post a Comment