Friday, January 9, 2009

boikot zionis


walaupun aku bukannya golongan ahli masjid, jauh sekali jatuh kepada kategori ustaz, namun aku menyokong sepenuhnya kempen memboikot produk yang berkepentingan Zionis (aku tak menggelarkannya sebagai israel kerana aku sama geng dengan mereka yang menolak pembentukkan negara tersebut. israel adalah negara yang tidak diiktiraf oleh aku dan negara aku walaupun pembaca berita di TV sering kali menggunakan istilah israel ketika merujuk kepada kerajaan zionis.)
memandangkan aku tidak berkeupayaan untuk kesana, membantu secara terang-terangan mengangkat senjata, maka inilah langkah terdekat yang mungkin boleh aku hulurkan. dan di bawah ini merupakan senarai kompeni yang mempunyai kepentingan zionis. aku memperolehi senarai ini di sini.


AOL Time Warner

Apax Partners & Co Ltd

Coca-Cola

Danone
Delta GalilDisney
Estée LauderIBM
Johnson & JohnsonKimberly-Clark
Lewis Trust Group LtdL'Oreal
Marks & SpencerNestle
News CorporationNokia
RevlonSara Lee
SelfridgesThe Limited Inc
Home DepotIntel
StarbucksTimberland
McDonald'sArsenal FC

 dan secara tiba-tiba Arsenal FC berada dalam senarai. pada mulanya aku agak keliru akan hal ini sehingga la sedikit maklumat diperolehi:

The £350,000 agreement makes Israel Arsenal's "official and exclusive travel destination." Israel will be featured on digital perimeter boards and 450 high-definition LCD screens at the stadium on game days.[1] The tourism ministry will also have access to the club's official website Arsenal.com, database and magazine to promote Israel as a holiday destination [2]

The televised ads will reach audiences of up to 700 million in an estimated 198 countries. The Israeli Tourism Ministry will also receive intellectual property rights, the use of the team logo and the right to use photos of the team and its players in ads. For an additional fee, Arsenal players will also appear in the ads.[3]

The deal doesn't stop with promoting Israel but actually grants Israel a physical presence in the stadium. The Israeli Tourism Ministry can use the stadium's banquet hall twice a year and can organize an exhibition at the end of the playing season.[3] The stadium will also feature permanent sales tables for t-shirts.[4]

The two-year sponsorship deal begins at the start of next football season in six months' time.

bacaan seterusnya boleh anda dapati dari sini.

marilah kita bersama-sama menjayakan kempen ini. lupakan sebentar keenakkan Mc'D dan Coca-cola. burger tepi jalan pun ada masanya sedap juga. air sirap pun telah dibuktikan mampu menghilangkan dahaga.

protes disini sebenarnya lebih membawa makna tidak membeli barangan keluaran mereka semasa dalam tempoh boikot dan bukannya bermakna supaya kita semua buang apa jua produk yang kita miliki dengan jenama di atas. sekiranya anda teringin juga membuang barangan milik anda yang berkaitan jenama di atas kerana 'pemboikotan', maka aku sarankan anda menyerahkannya kepada rumah anak-anak yatim atau pun terus kepada aku. jangan membazir kerana semata-mata memboikot.


6 comments:

Ais Cair said...

dah terang2 sesebuah negara kena ada sempadan yg sah...diaorg mmg syok sendiri,duduk kat sebuah negara konon...padahal sempadan pun takda,duk ambil tanah org buat apa...tp kan,nasib rokok kau takda dlm senarai...hahaha.t'ingat pulak masa boikot produk2 Belanda tahun lepas,terus je Dutch Lady bagi susu free pd hari susu sedunia(1 June),berebut2 org.kalau lepas ni,diaorg bagi coke dgn p'cuma...mmg sebagai tanda kempen boikot berjaya....dunia...dunia...

koboi said...

aku ada juga cek pasal rokok ni sebab ramai yg bagitau aku rokok pun penyumbang kepada ekonomi zionis. dan hasil carian aku, zionis mempunyai kepentingan kepada rokok keluaran Phillip Morris je.(marlboro, and the geng ) yang lain tak sangkut agaknya. yang pasti rokok daun penyumbang kepada ekonomi Malaysia.

adios said...

Marlboro memang bodoh.
dulu time satu dunia buat sekatan
ekonomi anti-aparteid pun dia tak join. dia selamba masuk pasaran.

Marlboro rokok perkauman

koboi said...

takpe. isap je rokok cap lain. marlboro bukan sedap pun.

Anonymous said...

rokok takpe
tapi Intel tu ?

koboi said...

kalau nak boikot semua yang diatas memang agak sukar. nestle contohnya. jenama ni cukup terkenal di malaysia dan menguasai pasaran susu tempatan. berapa ramai ibu bapa yang sanggup menukar susu anak2 mereka secara tiba2? bagi intel, boikot baru saja dijalankan, dan cara memboikot adalah dengan mengelakkan kita membeli barangan yang diboikot dan membeli barangan jenama lain. benda yang dah sedia ada, gunakan aje. tak jatuh hukum haram. benda yang belum ada aje di boikot. tapi bila dah terpaksa, dah takde alternatif lain, nak buat macam mana.beli je la. boikot setakat termampu. takkan nak memboikot sampai hidup jadi kucar kacir. tak kena cara dah tu.