segala apa yang terpapar disini telah diperakui sah dan halal oleh persatuan blogger sedunia.. mengandungi sedikit perasa tiruan dan pewarna yang diluluskan kementerian kesihatan negara-negara anggota. tiada tarikh luput diperlukan. pengawasan orang dewasa diperlukan bagi mereka yang masih dibawah umur dan mereka yang buta huruf.
Tuesday, December 30, 2008
suatu hari...
Monday, December 29, 2008
Friday, December 26, 2008
kurang cantik itu bukan dosa
hidup di dunia ni memang tidak pernah adil. dari sejak kecil lagi manusia tempelan dunia ni sering mengamalkan diskriminasi sesama mereka meliputi pelbagai aspek kehidupan. dari warna kulit, bangsa, gaya hidup hingga kepada rupa paras. yang kuat menindas yang lemah. yang bijak memperbodohkan mereka yang kurang cerdik. yang cantik rupa paras di pandang mulia dan dipuji. yang kurang cantik di cela dan dijauhi. klip di bawah menceritakan sesuatu yang sering berlaku dalam dunia kita. yang berlaku dalam sedar dan tidak sedar.
jelas sekali gadis gemuk di atas dipersalahkan oleh mereka yang sebenarnya tidak tahu menahu apa yang sebenarnya berlaku. dia dipersalahkan atas dasar pemikiran kuno hasil dari wujudnya streotaip dalam kepala otak manusia. seolah-olah satu penghakiman yang nyata bahawa mereka yang kurang menyerlah kecantikannya akan menghasilkan tindakan yang buruk juga.
mereka yang mempunyai kelebihan paras rupa pula sering dianggap mempunyai tingkah laku yang baik sahaja. seolah-olah hanya mereka yang kurang cantik sahaja yang berupaya dan mampu memproses sistem perkumuhan tubuh badan. kentut dan berak seolah-olah hanya dicipta untuk golongan ini.
berapa ramai antara kita yang mampu memikirkan bagaimana muka Britney Spear ketika sedang berak? bagaimana agaknya muka Jessica Alba ketika mengalami sembelit? adakah Siti Nurhaliza tidak pernah kentut di depan Dato' K?
begitu susah pemikiran manusia untuk membayangkan mereka yang cantik rupa paras juga melalui perkara yang sama. tetapi cukup mudah untuk manusia membayangkan bagimana sekiranya Enot melepaskan angin dari bahagian belakang tubuh dan bagaimana rupa Apek menahan sakit perut. sungguh tidak adil.
Monday, December 22, 2008
windows vista boleh jalan..
Sunday, December 21, 2008
dapatkan khasiat yang mencukupi sebelum memulakan hari anda
doktor kata makan sayur-sayuran baik untuk kesihatan. membekalkan vitamin pada tubuh. makan daging membekalkan protein. makan nasi membekalkan karbohidrat.
semua ni penting dalam membekalkan tenaga dan pembentukkan tubuh badan. kalau makan tak cukup, berat badan akan menyusut. macam aku lingkungan 3 tahun terdahulu bermula dari tahun lepas. waktu itu, berat badan aku di bawah paras berat badan unggul. sekali tengok memang macam Apek Senario tu. badan kurus melengkung. rambut panjang.
tapi itu cerita lama. berat aku sekarang dah kira ok. walaupun tak sebesar The Rock, tapi ada la iras-iras Bruce Lee. hehe
kali ini aku bukannya nak mengajar anda semua cara pemakanan yang betul. jauh sekali nak pesan supaya menggunakan tali pinggang keselamatan walaupun sebagai penumpang di belakang.
aku nak cerita tentang apa yang berlaku sekiranya keperluan biologi tubuh dapat dipenuhi, dan apa yang berlaku sekiranya tidak.
semalam keluarga aku mengadakan kenduri menyambut menantu. menyambut bini abang aku. yang bermaksud secara otomatik menjadi kakak ipar aku. oleh kerana itu, kepada mana-mana anak dara yang ada menyimpan perasaan pada abang aku tu, diharapkan lupakan sahaja niat anda. dia dah berpunya. aku solo lagi. ngorat je aku ni. hahaha
berbalik kepada cerita asal. keperluan biologi setiap orang adalah berbeza bergantung kepada cara hidup yang diamalkan. mereka yang mencari duit menggunakan tulang empat kerat secara logiknya memerlukan jumlah karbohidrat yang lebih berbanding mereka yang mencari makan dengan pen. ahli sumo memerlukan protein yang tinggi. ahli gusti memerlukan steroid dalam menu harian mereka. tanpa sajian yang betul, mereka akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi cabaran harian mereka.
sebagai saudara yang terdekat (nama pun abang aku yang kawen), aku dah tentunya memainkan peranan yang penting dalam menjaga keharmonian majlis kenduri. dengan dibantu sanak saudara dan jiran tetangga, maka segala urusan dapat diselesaikan dengan jayanya. tiada masalah yang besar timbul sepanjang majlis berlangsung. masalah kecil tu memang tak dapat la nak dielakkan. setakat pergi kedai 2-3 kali untuk mendapatkan kertas tisu yang tak pernah cukup tu kira perkara biasa.
di sini aku taknak komen tentang keupayaan jiran tetangga aku. aku cuma nak cerita tentang keluarga saudara mara terdekat aku je. aku dengan menggunakan segala kuasa yang ada pada aku akan membahagikan kaum kerabat aku ni kepada dua team. team A dan B. aku tergolong dalam team A.
kumpulan yang dianggotai oleh aku iaitu team A telah banyak mendapat pujian daripada sekalian masyarakat setempat tentang kehebatan dan stamina yang kami miliki. manakala team B lebih banyak mendapat cemuhan semata-mata. tiada sebarang pujian yang diterima.haha
rata-rata pihak amat bersyukur dengan kehadiran team kami yang cemerlang, gemilang dan terbilang sepanjang majlis. kami berjaya mengharungi sebarang dugaan yang mendatang walaupun gagal mendapatkan rehat yang mencukupi berbanding team B yang gagal melaksanakan tugas yang diberi dengan cemerlang. mereka didapati mengalami kegagalan mempertahankan stamina yang ada walaupun berjaya mendapatkan rehat yang lebih dari mencukupi. team B telah didapati lebih banyak mencuri tulang sepanjang majlis berlangsung. dan didapati melarikan diri sebelum majlis berakhir untuk tidur di dalam rumah abah aku. alasan yang dikemukakan bagi mempertahankan tindakan mereka adalah: keletihan.
maka dengan tertubuhnya suruhanjaya penyiasat yang dianggotai oleh beberapa orang makcik yang dilantik oleh diri mereka sendiri, maka segala persoalan tentang bagaimana team A berjaya menewaskan team B telah diperolehi. di bawah adalah dialog yang berjaya di rakam oleh pemberita tidak rasmi kami:
Makcik A: handal betul korang ni ye..
Makcik B: tah.. tak macam geng B tu. lembik. keja sikit pun dah tak larat.
Makcik C: apa yang korang nak pelik. ada rokok. laju la geng A tu keja. cuba kalo takde rokok.
nah.. jawapan telah dikenal pasti. kejayaan kumpulan A telah dikenali berpunca dari suntikan rokok yang sentiasa berada dan setia bersama kami. untuk makluman sekalian, majoriti ahli-ahli team B juga sebenarnya merokok. cuma gagal mendapatkan lesen yang sah dari ibu bapa dan isteri masing-masing. mereka yang belum cukup umur menyalahkan umur mereka sebagai penghalang kepada kejayaan mereka hari ini, dan mereka yang telah pun cukup umur bahkan telah pun berbini menyalahkan isteri masing-masing yang tidak pernah memberikan sokongan moral kepada mereka untuk menjadi seorang perokok yang berlesen.
maka dengan hasil post-motem ini, dapat disimpulkan secara jelas bahawa mendapatkan sumber khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan pada tahap yang mencukupi akan membekalkan daya tenaga yang mengagumkan dan tahan lama berbanding dengan mereka yang gagal berbuat demikian. team B menyalahkan faktor geografi sebagai penghalang mereka untuk mendapat keperluan biologi mereka. dalam hal ini, nirkotin dan tar telah berjaya mengalahkan kehebatan zat-zat lain. ketiadaan lokasi yang tersembunyi dan stategik berdekatan tempat majlis berlangsung telah menyukarkan ahli-ahli team B mendapatkan bekalan nirkotin dan tar yang diperlukan oleh tubuh badan. dan sekali gus telah meletakkan team B berada di tangga tercorot diantara 2 team yang ada.
Tuesday, December 16, 2008
16 12 2008
kasi wangi-wangi.
biar terbersin siapa yang lalu sebelah aku hari ni.
lepas siap menghensemkan diri yang tak berapa nak hensem,
mengadap sarapan. mak aku kata sarapan penting. cikgu Gurmit yang ajar aku masa sekolah rendah pun ada pesan. sarapan jangan ditinggal. perut aku pun tak ketinggalan, bagi signal suruh makan dulu.
ok. aku ikut nasihat-nasihat diatas.
aku bersarapan.
siap sarapan, keluar rumah.
cari kasut. tengok jam.
emm..awal lagi.
duduk atas kerusi plastik depan pagar rumah.
seluk poket. capai rokok. nyalakan.
sedut asap. hembus....
muka kasi senyum.
dan...
pandang lantai. senyum sorang-sorang. macam orang gila.
malam tadi sebelum tidur buat niat. taknak merokok sebelum pukul 10. konon nak kasi slow.
tapi hampeh..
Sunday, December 14, 2008
tahukah kamu bagaimana bunyi kura-kura?
mungkin kepintaran mereka tidak begitu hebat dalam mengira dan mentafsir, namun tiada siapa yang dapat menidakkan keupayaan daya imaginasi mereka yang sentiasa berfikir melangkaui pemikiran mereka yang lebih dewasa.
kadang kala, kepintaran mereka yang dewasa mampu diperbodohkan dengan imaginasi mereka yang lebih muda. dialog di bawah boleh dijadikan contoh.
di satu pagi yang kelam kabut dan bising....
budak X: abang Y, bunyi kambing 'mbeek...' kan?
Mr. Y: ah..aaa (sambil mata masih tertumpu pada helaian akhbar)
budak X: kalau harimau bunyi dia 'aummmm...' kan?
Mr. Y: betul.. (mengalihkan pandangan seketika ke arah budak X sambil tersenyum separuh ikhlas)
budak X: ok. kalau abang Y terer, cuba buat bunyi kura-kura.
Mr. Y kemudiannya mula menyanyikan baris pertama lagu tema kartun 'teenage mutant ninja turtle' dengan yakin walaupun suara tak sedap.
budak X: hahaha salah. mana kura-kura pandai nyanyi
Mr Y: habis tu macam mana?
budak X: kura-kura bunyi macam ni la; 'kelekuk'
Mr. Y: kenapa pulak macam tu bunyinya? (dengan suara tak puas hati sambil mengalihkan terus akhbar dari pandangan.)
budak X: sebab kura-kura tu terlanggar batu.
selepas menjawab dengan jawapan tersebut, budak X terus mem'blah'kan dirinya sambil tersengih dan tanpa rasa bersalah langsung. dan Mr. Y hanya tersenyum sendirian.
makluman; budak X tu baru berumur 7 tahun. baru tamat darjah 1.
Thursday, December 11, 2008
helikute liwu-liwu atah pale..
supaya aku boleh terbang begini:
kalau aku ada benda ni, kan best. boleh buat pergi kerja. tak payah berhenti di traffic light lagi dah. boleh parking atas bumbung opis. biar jeles bos aku tengok. hahaha
lepas tu boleh buat pergi skodeng anak-anak dara dari atas. anak-anak dara zaman sekarang memang seronok kalau di lihat dari pandangan atas. lagi-lagi anak dara yang suka pakai baju adik-adik mereka yang berumur 8 tahun tu. yang saiznya 'xs', tapi lubang lehernya saiz untuk anak gajah.
Tuesday, December 9, 2008
musim mengawan telah tiba...oppss...musim kahwin la..
walaupun cuaca Malaysia sekarang ini berhadapan dengan musim yang sejuk. sejuk kerana hujan yang turun tak berhenti-henti dan bukannya sejuk kerana turunnya salji. sejuk yang menidakkan kamu untuk bermain dengan snowman. tapi cukup gembira sekiranya mampu menghasilkan rakit batang pisang untuk di bawa berlumba bersama kawan-kawan.
kahwin tetap jalan. tiap-tiap minggu ada jemputan untuk aku hadiri. yang bermakna aku akan dijamu dengan makanan percuma pada setiap hari cuti minggu sepanjang cuti persekolahan ini. walaupun nasi minyak tidak termasuk dalam senarai teratas carta makanan feveret aku, namun aku akan cuba untuk menghadiri setiap jemputan yang ada. kepada teman-teman rapat yang melangsungkan hari kahwin masing-masing, jangan risau. kotak hadiah yang besar aku sediakan untuk kamu. isi besar mana kamu tengoklah sendiri. kepada yang kurang rapat, jangan ambil hati. anggap sahaja kedatangan aku sebagai rahmat yang besar buat kamu. bukan niat aku untuk membataskan pemberianku ini. takdir yang menentukan segalanya. aku tak mampu nak sediakan hadiah kepada semua kenduri yang menjemput aku. dengan gaji yang tak sampai Rm10 ribu, manakan mampu aku nak sediakan hadiah untuk puluhan jemputan.
bergembira la kamu bersama pasangan masing-masing. bergurau senda la kamu tanpa was-was. lupakan Tok Imam dan orang-orang dari Jabatan Agama Islam yang selama ini menghantui kehidupan kamu. lupakan perangai lama yang sentiasa mencari port clear semata-mata untuk mencapai matlamat jangka pendek kamu tu. lupakan tabiat geleng kepala kiri kanan kerana nak jaga line. hahaha tahniah untuk kamu semua.
aku doakan kamu semua sentiasa ceria, sihat dan dimurahkan rezeki. bila dah banyak rezeki tu, pas-pas la sikit dekat aku ni. dan lagi satu, semoga kamu tidak perlu merasa menjadi duda atau janda pada usia yang muda. amin..
Friday, December 5, 2008
turun tak turun
dah banyak kali dah turun.
dari RM 2.80 sampai RM 1.90 seliter.
harga minyak masak pun dah turun.
roti canai pun dah turun seposen.
agak-agak hantaran kahwin akan turun tak??
Wednesday, December 3, 2008
cis.....
8.17 malam
tv3 menyiarkan berita yang menghampakan aku.(macam hari-hari biasa, tetapi kali ini agak luar biasa.):
Tunjuk perasaan secara berbogel tidak akan dilakukan kerana permintaan mereka telah pun diperkenankan.
cis.......
Monday, December 1, 2008
Demontrasi secara berbogel?? hahaha
aku nak gelak dulu.
korang-korang pun sila gelak sekali.
benda kelakar. rugi kalau tak gelak.
pertama kali terbaca tentang hal 'tunjuk perasaan secara berbogel' oleh puak-puak tertentu membuatkan aku tersenyum sendirian. terfikir juga siapa lah empunya cadangan yang super-duper bernas ni. hahaha
tapi aku rilek dulu. tengok dulu keadaan terkini yang berlaku.
dan kemudiaannya muncul pula komen-komen dari pelbagai pihak. pihak kerajaan bagi komen. pihak pembangkang pun bagi komen. dan komen yang paling mencuri perhatian aku adalah komen dari Tuan Guru Nik Aziz. komen yang agak melucukan tapi cukup bernas. dia kata: "lembu pun sorokkan kemaluan mereka. malu"
hahaha lagi.
komen yang sememangnya tepat. lembu pun tahu malu. sorok kemaluan dengan ekor. dari belakang memang dia tak bagi can nampak. segan dengan lembu-lembu yang lain. segan dengan kambing yang berjanggut panjang ala-ala alim. segan dengan ayam yang berkaki ayam.
dan manusia di Malaysia pulak sibuk-sibuk nak berbogel depan khalayak ramai. memang maju.
bila kecoh tentang lambakan bahan-bahan lucah, semua bising. bila kalut dengan filem lucah made in kapal terbang cap wau, semua melenting. bila heboh cerita lucah made in dalam sekolah, rakam dengan telefon bimbit, semua marah. tapi last-last, orang yang kononnya waras, kononnya sayangkan bangsa, yang kononnya pejuang sejati juga yang sibuk nak berbogel. hahaha
sama-sama la kita lihat. jadi ke tidak mereka berbogel.
dan nasihat aku kepada mereka-mereka yang nak turut dalam acara berbogel beramai-ramai ni: sebelum berbogel, cukur-cukur la bulu-bulu yang patut. takut nanti benda tu menyorok malu dalam bulu.
hahahahahaha