beberapa bulan yang lalu, ketika harga minyak dalam negara melonjak naik dari RM1.97 seliter kepada RM2.80 seliter, kedengaran pelbagai saranan dari pihak pemerintah akan langkah-langkah yang perlu diambil demi meringankan beban rakyat dan supaya kewangan negara diuruskan secara bijak dan baik. dalam erti kata lain, jangan membazir.
juga terdapat pelbagai lagi cadangan yang bijak dan juga kurang bijak dari mereka yang mengaku mengambil berat akan masalah yang dihadapi rakyat. terdapat saranan agar elaun para menteri dipotong sebanyak 10%. (huhu banyak la sangat). antara saranan yang kurang kedengaran bijak yang kuat bertiup masa itu pula ialah saranan supaya ubi kayu dijadikan makanan ruji kepada rakyat agar negara tidak dibebani dengan pengeluaran wang ke luar negara gara-gara kerana mengimport beras dari negara luar. (bertambah dengan krisis beras yang berlaku pada masa itu)
tapi apa yang disarankan dilihat hanyalah omongan kosong yang bertujuan hanya menyedapkan telinga rakyat jelata semata-mata.
percaya atau tidak?
menteri-menteri yang berkaitan juga ada mengatakan bahawa sebarang bentuk lawatan atau urusan rasmi menteri ke negara luar harus dikurangkan. dikurang dari segi wang yang digunakan. juga dari segi kekerapannya. juga dinyatakan bahawa sebarang urusan yang tidak penting akan dihapuskan atau sekurang-kurangnya dikurangkan. (berapa banyak kurang daa..)
betul ke ni?
hari ini berita melaporkan bahawa sebanyak 49 orang ahli parlimen BN dihantar ke Taiwan atas urusan 'Lawatan sambil Belajar'. (bagi kanak-kanak sekolah, ini sama makna dengan makan angin secara beramai-ramai). lawatan untuk mendalami teknik pertanian moden disana. diulangi sekali lagi, SEBANYAK 49 ORANG.
perlukah seramai itu dihantar pergi untuk belajar teknik pertanian moden? wajarkah mereka-mereka ini dihantar kesana? mengapa tidak dihantar hanya 2-3 orang ahli parlimen sahaja dan selebihnya hantarkan sahaja mereka dari kementerian pertanian, atau ahli-ahli akademik dalam bidang berkaitan atau pun pelajar-pelajar yang mengambil jurusan pertanian. aneh bukan?
menghantar mereka seramai ini ke Taiwan yang separuh darinya adalah ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak yang dijangkakan pulang pada 19 hb nanti hanya membuka peluang untuk orang ramai mengaitkannya dengan apa yang dijangka akan berlaku pada 16hb nanti. mengatakan ini sebagai satu langkah untuk mengelakkan ahli parlimen terbabit dari beralih angin.
adakah ini semua hanya kebetulan? atau pun sebagai petanda bahawa 16hb adalah sesuatu yang sememangnya dijangkakan akan berlaku? hahahahaha anda tentukan.....
No comments:
Post a Comment