Saturday, November 12, 2011

dulu-dulu masa kecik...

sekarang aku dah besar. antara kerja aku hari-hari ialah bawa anak buah beli jajan di kedai berhampiran. macam-macam jenis jajan dah aku belikan untuk anak buah aku ni. dari yang berharga posen-posen sampai ringgit-ringgit. dan aku tak merungut pasal duit yang dikeluarkan.
aku cuma terkenang masa aku kecik-kecik dulu.
jajan beharga 2posen memang akan jadi pilihan aku bila ke kedai. bukan tak berminat nak beli yang lebih posennya. tapi sebab memang hanya 2posen je yang ada biasanya.
beberapa kali dalam setahun mungkin aku berpeluang beli 'ding dang' yang ada gambar doraemon tu atau 'tora' kalau ada wang lebih. ya, cuma beberapa kali dalam setahun sahaja yang mampu. biasanya beli bila dapat duit raya.
melihat kawan-kawan beli 'double dacker' perisa ayam sahaja dah buat aku cemburu. sebab harga dia 3posen sepeket masa tu. aku cuma mampu beli yang perisa udang. peket kaler merah tu aje. 2posen harga dia.
makan kfc? hmmm kena tunggu periksa akhir tahun sekolah. tu pun kalau berjaya dapat no 1,2,3. biasanya memang berjaya.
makan ayam buat lauk nasi? jarang-jarang. biasanya bulan puasa baru merasa makan banyak kali dalam sebulan. masa lain? biasanya makan daging kijang, rusa, pelanduk dan sebagainya. makan daging eksotik ni pun sebab nak jimat belanja. sebab daging jenis ni free. abah buru sesama kawan-kawan dia di hutan berhampiran.
mak pernah bagitau, dulu aku pernah marah abah aku pasal jarang-jarang dapat makan ayam. asyik lauk kijang je. tapi sekarang aku tak tahu nak marah siapa. asyik makan ayam je...

Wednesday, September 14, 2011

bila orang bodoh tulis sejarah....

prof. Zainal Kling sama perempuan nama Ramlah Adam kata Tanah Melayu ni tak pernah pun dijajah Inggeris a.k.a British. Mereka kata ini fakta. benda betul. sejarah yang benar. perkara yang tepat berlaku pada masa tu. mereka beri bermacam alasan dan tarikh dan perjanjian antara British dengan raja melayu dan macam-macam lagi sumber. memang macam-macam. nak tahu lagi apa benda lagi mereka ni kata, cuba guna pakcik google. jangan malas macam babi.

bila mereka kata begini, maka cikgu-cikgu sejarah akan jadi serba salah. tak tahu nak ajar apa pada pelajar mereka. ajar ikut buku maka murid kata tak relevan. ajar ikut ilmu prof di atas ni nanti skima jawapan pula tak sama.

dulu masa pengishtiharan merdeka, tunku buat gimik turun union jack punya bendera. ikut logik maknanya macam nak bagitahu semua rakyat yang negara kini bebas dari Inggeris. lagipun tunku dengan geng dia pergi Britain jumpa ratu minta bebas. sebab tu tunku dapat gelaran bapa kemerdekaan. kan?

tapi bila keluar fakta yang Inggeris tak jajah pun negara ni dulu, maka apa jadi dengan tunku? kalau tak kena jajah, maka apa guna sambut hari merdeka? apa guna gelaran bapa kemerdekaan?? ha, jawab!

Sunday, August 7, 2011

puasa hari ke-8 tahun 2011

rupa-rupanya hari ni dah hari ke-8 puasa. hari ke-8 juga la hari pertama gua akan berkesempatan untuk berbuka puasa bersama kutu-kutu serumah dengan gua ni ha. puasa pertama gua di kampung. berbuka bersama family tersayang, makan sampai perut terbuntang. 6 hari seterusnya gua cuma berbuka puasa dengan air kotak rebina yang penuh dengan vitamin c tu di tempat kerja. jenis berbuka takde feel lalu.

hari ni kutu-kutu ni dah plan nak bawak gua pusing pasar ramadhan terbaik antara 7 pasar ramadhan yang mereka dah try. jenis makan sedap, makwe pun sedap. gua cuma berharap baki pahala puasa masih akan ada lepas pusing pasar ramadhan tu nanti.

cerita pasal ramadhan ni, tiba-tiba gua teringat, kalau ramadhan 10 tahun yang lepas, puasa ke 7-8 macam ni biasanya tak kurang 10 keping kad raya dah gua dapat dari makwe-makwe yang simpan hati ke gua.
sekarang ni, cuma dapat sms sama ucapan di fb je.
masalahnya sekarang, ucapan jenis macam ni mana boleh buat hiasan gantung kat dinding. Damn!


Wednesday, July 27, 2011

27 haribulan 7

27/7/2007: gua pernah kena kejar sama samseng pasal makwe samseng tu belanja gua makan nasi.

selang 4 tahun kemudian,

27/7/2011: gua merasa meniarap atas highway persekutuan. semua jasa pemandu bas rapid KL yang samseng.

cuba perhatikan persamaan diatas:

1.tarikh 27 haribulan 7.
2.samseng

persoalannya: 4 tahun akan datang samseng mana pula nak cari pasal dengan gua ni?

Wednesday, July 20, 2011

monolog riba ibu

apabila mengalami kesulitan dalam menjalani kehidupan harian seperti sekarang, aku suka membayangkan perkara-perkara indah yang pernah berlaku pada masa-masa yang lepas.

dan tiada yang lebih indah dari membayangkan kepala berada di pangkuan ibu di kampung.

ya, perwatakkan aku tidak seperti anak soleh. muka langsung tiada ciri-ciri ustaz. muka penyamun.

tapi aku tetap suka bermanja bersama ibu.

menjadi kebiasaan kepada aku seketika dahulu untuk meletakkan kepala cuba bermanja di ribaan ibu dikala ibu kusyuk melipat kain baju di depan tv. dan ibu tidak pernah marah. atau sesekali minta dipicitkan kepala kononnya pening padahal hanya kerana ingin bermanja.

hari ini, keinginan itu wujud sekali lagi.
ianya menjadi semakin kuat selari dengan kepalatan hidup sehari-hari.


Saturday, July 16, 2011

dugaan dan cubaan sebagai balasan

antara dugaan dan cubaan,
atau sememangnya balasan dosa,

aku cuma perlukan ketenangan...

Friday, July 1, 2011

tiada tajuk

buat mereka yang reti dan faham jiwa ini... TERIMA KASIH.

buat yang hanya tahu mencaci... juga TERIMA KASIH.