Friday, July 1, 2011

tiada tajuk

buat mereka yang reti dan faham jiwa ini... TERIMA KASIH.

buat yang hanya tahu mencaci... juga TERIMA KASIH.


Thursday, May 26, 2011

hujan emas di negeri orang..

"hujan emas di negeri orang"
"hujan batu di negeri sendiri"

betul, gua dah tak daya kutip batu tempat sendiri buat modal hidup. maka sekarang gua mencari emas ditempat orang.

"lebih baik di negeri sendiri"

yang ni lagi betul. pasal lepak negeri orang ni memang tak best mana sebenarnya. lagi-lagi bila negeri orang tu negeri yang sentiasa hidup gaya bangsat, dan tahap kelajuan matawang keluar macam air terjun.

tapi, emas punya pasal., tahan aje la. kurang-kurang harga emas mahal dari harga batu. ye tak? lain la kalau batu tu batu permata.

Wednesday, April 27, 2011

orang minyak


"panjang ceritanya. ni kalo cerita mau habis sekotak rokok ni. takpe ke?"kata lelaki beruniform kuning.
"takpe bang. penting cerita abang ni buat kajian saya. setakat sekotak rokok habis takde hal. saya hisap rokok seludup je bang." balas budak berbaju hijau.

"ok, dengar baik-baik, semuanya bermula begini....."

"kau tau apa itu kuasa? kau tau? kuasa ni la semua orang nak. orang putih panggil power. kalo kita ada power kita hebat. kita boleh jadi hero macam Superman tu. macam Batman. semua yang berlaku ni disebabkan aku teringin sangat nak jadi power.

jadi, bila genap umur aku 18 tahun, aku nekad. aku nak menuntut ilmu yang boleh bagi aku power yang hebat. semangat menuntut ilmu power aku ni cukup tinggi kau tau. masa nak SPM pun aku takde lalu semangat macam ni.

merata celah pelosok negara aku jelajah nak cari guru yang boleh bagi aku power. kau cakap je negeri mana daerah mana yang belum aku jejak. tolak Sabah dengan Sarawak je. tu pun pasal aku tak mampu nak beli tiket kapal terbang. kalo tak memang aku gagahkan juga.

berkat kesungguhan aku, aku berjaya berjumpa dengan seorang pawang tua yang lokasinya terpaksa aku rahsiakan. bukan sengaja aku taknak bagitau. tapi ini pesan dia. dia taknak jadi glemer macam artis. dia rimas.

untuk pujuk dia terima aku jadi anak murid aje makan bulan kau tau. hari-hari aku bodek dia. nasi lemak sama teh tarik kaw tak pernah miss aku rasuahkan setiap pagi. ada juga niat nak bagi donat je seketul tapi dia dah sound awal-awal yang dia tak makan kuih-kuih manis ni.

malas nak cerita panjang maka suatu hari dia bersetuju nak turunkan ilmu super power dia ke aku.

tapi dasar ilmu power, syarat dia pun lain macam sikit. mula-mula dia suruh aku bertapa bawah air terjun 7 hari 7 malam. sampai putih kulit aku. lepas tu suruh aku gusti dengan beruang belaan dia. ha, yang ni memang susah. beruang dia ada skill macam Panda game tekken 3. nasib dulu-dulu aku hapal lagi kombo maut Paul.

ada tujuh syarat semuanya. tapi aku malas nak cerita semua kat kau. nanti kau kata aku riak pulak. aku terus cerita syarat yang terakhir dan terpenting je la.

syarat penamat dia yakni syarat ke 7 dia: kena korek hidung 40 anak dara tanpa paksaan.

ha, tengok, kau pun telopong bila dengar. susah ni. nak korek hidung sendiri memang senang. nak korek hidung orang lain susah wooo. 40 orang pulak tu. anak dara lagi.

tapi disebabkan aku dah nekad bertambah dengan tahap kehenseman yang agak tinggi maka dalam masa tak sampai sebulan je aku dah berjaya. pehh... macam-macam ayat aku guna nak pujuk anak-anak dara tu. dari ayat pasif ke ayat aktif. dia punya gembira pehhhh malas nak cakap.

ye la, sapa tak gembira kalo dapat power ye tak?
oooo aku lupa nak bagitau kau power apa yang aku belajar ni kan.. hehehe
ok, aku bagitau, aku belajar ilmu orang minyak versi baik. versi takyah rogol-rogol. cukup korek hidung je. dengan power ni nanti, aku akan mampu mempunyai kekuatan Superman, kepantasan The Flash dan kekayaan Batman. cuma kostum je tak cantik." lelaki beruniform kuning bercerita panjang.

"err, habis tu kenapa abang kerja jadi jurupam minyak je ni? tanya budak berbaju hijau.

"waaaaaaa....... aku kantoi. aku lupa bukan semua anak dara tu ada dara. sebab kantoi, maka pawang tu denda aku kena kerja dengan dia jadi jurupam seumur hidup."

Tuesday, April 26, 2011

Friday, April 8, 2011

hanya untuk yang faham.

tunggu lima minit. cucuh rokok sebatang. teguk nescafe o beng.
mamak jeling dari jauh sambil angkat kening.

member sampai, cucuh rokok lagi. borak-borak.
borak-borak. cucuh rokok.
borak-borak. teguk air.

cukup tiga jam. "mapley, kira."

hmmm... tak banyak. sembilan gelas je. dua orang. tiga jam.

Friday, February 11, 2011

cerita pasal kaya. tapi tiada kena mengena dengan MLM.

mari bercerita tentang kaya. kekayaan. kemewahan. siapa yang rasa dia cukup kaya sila angkat tangan. anda yang mengangkat tangan adalah antara golongan yang bertuah. bagus untuk anda.

bagaimana untuk mentakrifkan erti kaya? abaikan kamus dewan bahasa. abaikan wikipedia. pejam mata dan nilaikan sendiri. ikut cara saya.

adakah memiliki kediaman mewah, berkenderaan mahal, beristeri cantik dan ramai memenuhi kriteria kaya anda? jika ini anda, anda beruntung.

atau pun anda rasa anda dah cukup kaya dengan apa yang anda ada. punya rumah meskipun tidak semewah mana. punya kenderaan meskipun bukan yang beharga ratusan ribu malahan jutaan ringgit. punya isteri biarpun hanya satu. jika ini anda, anda golongan yang bagus.

bagaimana dengan pengemis dijalanan yang hanya punya seringgit dua di tangan?

sekarang nilaikan kekayaan anda sendiri. buat anggaran nilai kewangan dan harta anda. buat juga nilai hutang yang anda tanggung. masukkan sekali hutang pembelajaran anda, hutang pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, hutang dengan ahlong dan segala jenis hutang yang anda miliki. sekarang kira jumlah nilai kewangan anda setelah ditolak dengan hutang-hutang yang ada. bagaimana? masih bernilai positif atau negatif?

jika negatif, maknanya anda lebih miskin dari sebilangan pengemis yang saya temui. mereka masih bernilai positif. mereka tidak punya sebarang hutang.

saya? saya malu dengan pengemis yang saya jumpa.....

Thursday, January 20, 2011

21 Jan 2011

selamat hari lahir buat aku.
dan hadiah pertama aku dapat tahun ini ialah PC aku gagal menghidupkan dirinya selepas suis ditekan.
memang hampeh!