aku cuma terkenang masa aku kecik-kecik dulu.
jajan beharga 2posen memang akan jadi pilihan aku bila ke kedai. bukan tak berminat nak beli yang lebih posennya. tapi sebab memang hanya 2posen je yang ada biasanya.
beberapa kali dalam setahun mungkin aku berpeluang beli 'ding dang' yang ada gambar doraemon tu atau 'tora' kalau ada wang lebih. ya, cuma beberapa kali dalam setahun sahaja yang mampu. biasanya beli bila dapat duit raya.
melihat kawan-kawan beli 'double dacker' perisa ayam sahaja dah buat aku cemburu. sebab harga dia 3posen sepeket masa tu. aku cuma mampu beli yang perisa udang. peket kaler merah tu aje. 2posen harga dia.
makan kfc? hmmm kena tunggu periksa akhir tahun sekolah. tu pun kalau berjaya dapat no 1,2,3. biasanya memang berjaya.
makan ayam buat lauk nasi? jarang-jarang. biasanya bulan puasa baru merasa makan banyak kali dalam sebulan. masa lain? biasanya makan daging kijang, rusa, pelanduk dan sebagainya. makan daging eksotik ni pun sebab nak jimat belanja. sebab daging jenis ni free. abah buru sesama kawan-kawan dia di hutan berhampiran.
mak pernah bagitau, dulu aku pernah marah abah aku pasal jarang-jarang dapat makan ayam. asyik lauk kijang je. tapi sekarang aku tak tahu nak marah siapa. asyik makan ayam je...