Friday, February 11, 2011

cerita pasal kaya. tapi tiada kena mengena dengan MLM.

mari bercerita tentang kaya. kekayaan. kemewahan. siapa yang rasa dia cukup kaya sila angkat tangan. anda yang mengangkat tangan adalah antara golongan yang bertuah. bagus untuk anda.

bagaimana untuk mentakrifkan erti kaya? abaikan kamus dewan bahasa. abaikan wikipedia. pejam mata dan nilaikan sendiri. ikut cara saya.

adakah memiliki kediaman mewah, berkenderaan mahal, beristeri cantik dan ramai memenuhi kriteria kaya anda? jika ini anda, anda beruntung.

atau pun anda rasa anda dah cukup kaya dengan apa yang anda ada. punya rumah meskipun tidak semewah mana. punya kenderaan meskipun bukan yang beharga ratusan ribu malahan jutaan ringgit. punya isteri biarpun hanya satu. jika ini anda, anda golongan yang bagus.

bagaimana dengan pengemis dijalanan yang hanya punya seringgit dua di tangan?

sekarang nilaikan kekayaan anda sendiri. buat anggaran nilai kewangan dan harta anda. buat juga nilai hutang yang anda tanggung. masukkan sekali hutang pembelajaran anda, hutang pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman peribadi, hutang dengan ahlong dan segala jenis hutang yang anda miliki. sekarang kira jumlah nilai kewangan anda setelah ditolak dengan hutang-hutang yang ada. bagaimana? masih bernilai positif atau negatif?

jika negatif, maknanya anda lebih miskin dari sebilangan pengemis yang saya temui. mereka masih bernilai positif. mereka tidak punya sebarang hutang.

saya? saya malu dengan pengemis yang saya jumpa.....