Friday, December 31, 2010

1.1.2011 dan kutu

ini kutu.


maka berakhirlah setahun yang sia-sia.
menghabiskan tempoh setahun dengan memegang status sebagai kutu memang bukan perkara mudah.
tapi aku dah berjaya membuktikan yang ianya bukannya mustahil.
bak kata-kata kesukaan ramai: Malaysia boleh!


Thursday, December 30, 2010

hari ini sejarah untuk esok.

sekadar mahu mencatatkan sejarah untuk kamu dan kamu di masa depan:

piala AFF tajaan suzuki 2010

final: Malaysia vs Indonesia
26.12.2010: malaysia menang 3-0 ke atas Indonesia di Stadium Bukit Jalil (gua antara ratusan ribu yang tolong jerit beria malam tu sampai sakit tekak.)

29.12.2010: perlawanan timbal balik di Indonesia. Indonesia menang 2-1.
Makanya Malaysia menang piala dengan agreget 4-2. (gua layan di restoran mamak berhampiran dengan rakan-rakan yang lain. masih menjerit tak tentu pasal.)

31.12.2010: Malaysia cuti umum.

sekian.

Friday, December 3, 2010

3HB 12 2010

hari ni 3 hb Disember 2010. Hari Jumaat. Hari aku dan kamu yang bergelar lelaki islam sepatutnya ke masjid tengah hari tadi untuk solat Jumaat. Sama ada aku dan kamu pergi atau tak bukan persoalan di sini. Langsung tiada niat untuk aku menulis secara islamik hari ni.

Tujuan aku hari ini hanya satu:
NAK UCAP TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN KERANA BERJAYA MENAIKKAN LAGI HARGA PETROL.

Ya, esok 4hb Disember 2010 harga petrol ron 95 akan naik lagi kepada rm1.90 seliter. Semoga harga baru ini akan membuatkan kenderaan aku lebih laju dari biasa.