Wednesday, April 22, 2009

apabila seorang hero bersuara.

hari: hari ni la
masa: malam (lepas magrib)
cuaca: suam-suam kuku (tapi awan nampak gelap)
tempat: depan minimarket kawasan perumahan aku.

mendapat tugasan penting dari mak aku yang berkehendakkan aku ke kedai membeli sesuatu untuk dijadikan sajian makan malam. sebagai hero yang sentiasa bekorban demi orang lain, tugasan sebegini diterima dengan wajah yang manis (walaupun cerita kung fu tv2 belum habis lagi).

perjalanan berlalu dengan lancar. tiada anjing garang yang cuba menyergah. 

urusan berjual beli juga berjalan lancar. ambil barang, letak atas meja, suruh tokey kira, bagi duit, ambil baki, semuanya berjalan dengan aman tanpa sebarang rusuhan oleh mereka yang berbaju merah. (ada 2 orang pelanggan yang berbaju merah dalam kedai tersebut. 1 kaler pink)

keluar kedai, tendang starter motor menggunakan jurus tendangan waja peringkat daerah. juga berjalan lancar.
ambil sebatang rokok, nyalakan. sedut asap sepam. dan....

"satu hari nanti rokok tu akan jadi penyebab kematian kamu" suara yang langsung tak merdu berbunyi. datangnya dari seorang perempuan yang umur sedang-sedang, berbaju kurung biru. (cikgu sekolah barangkali) sambil mulut memuncung kepada rokok di bibir aku.

"satu hari nanti kereta tu akan menjadi penyebab kematian kamu." aku membidas selamber sambil mulut memuncung ke arah kereta perempuan tu.

selepas menegur aku, langsung perempuan tu masuk ke dalam kereta dan menutup pintu. tak pasti sama ada dia dengar atau tak apa yang aku cakap.

kereta tu bergerak. aku pun bergerak. tapi arah yang bertentangan. dan....

"GEDEGANG.........................." bunyi kuat dari arah belakang.

secara spontan, sebagai seorang hero yang memang sensitif kepada persekitaran, aku toleh belakang.

sebuah kereta terlanggar tong sampah besi kepunyaan majlis perbandaran. kemek teruk kereta tu. tong sampah tu sikit pun tak jejas. 

kereta perempuan yang menegur aku tadi selamber meluncur laju. mentang-mentang la bukan kereta dia yang eksiden.

dan aku mengeluh dalam bersyukur.

p/s: rasanya aku perlu tabahkan garam dalam menu harian aku.


9 comments:

Unknown said...

sesungguhnya nenek selalu berkata 'dengan kuasa yang ada,bantulah mereka yang memerlukan'

Anonymous said...

wah, masin sungguh !!
tapi kenapa orang asing yang tak ada kena mengena dengan dunia kita suka menyibuk dengan memberi nasihat .. adakah sebab nasihat tu sesuatu benda percuma ???

aku nak kenakan bayaran kepada sesiapa nak nasihatkan aku lepas ni..

koboi said...

im: tu la pasal. tapi tahap superhero yg tinggi dlm diri aku hanya layak digunakan untuk menentang raksasa dari plenet zargus je. raksasa dari bumi aku tak main.

adiospunk: aku pun nak buat gitu la lepas ni. sapa nak nasihat aku kena bayar dulu. peh, boleh kaya kalau macam ni.

ainunl.muaiyanah said...

mesti masa superhero tu toleh sebenarnya dia ada sedikit rasa menyesal, terkejut ataupun kan dah kata dah. Iyalah mana tahu betul2 terjadi kemalangan ke?

kan?

koboi said...

ainunl.muaiyanah: yap, memang waktu tu perasaan dalam diri agak bercampur-campur. antara padan muka atau bersalah. antara puas hati dengan menyesal.

I.Tawfik said...

cepat design baju superhero!

haha

koboi said...

ada dah..

matjai said...

design kotak rokok skali. tukar imej kesihatan tu jadi gambar-gambar superhero.

Wah!

koboi said...

matjai: nak design kotak rokok tu bleh. tapi nak ke kerajaan malaysia terima hasil karya agung kami ni?? haha