Friday, March 6, 2009

diari alam angker


di sebuah kedai ubat serbaneka. (aku maksudkan serbaneka yang sebenar.) 
di pelosok negeri yang tak mungkin dijumpai manusia biasa. 

Pengunjung: tauke. ini kedai ada jual apa?

Tauke: kedai ubat serbaneka. beaneka ubat yang ada. apa yang dicari? kami ada ubat jadi cantik selepas 3 kali sapu, ubat tambah umur dengan 4 kali makan, ubat kuat selepas 2 kali suntikan...

Pengunjung: saya mahu ubat menambahkan kehormatan, kedaulatan, dan ketakutan orang pada saya.

Tauke: untuk apa?

Pengunjung: supaya hamba-hamba di kediaman saya kembali hormatkan saya. tidak memberontak. tidak mempersoalkan diri saya.

Tauke: kehormatan, kedaulatan, hanya diperolehi setelah kamu memuaskan hati orang lain. jika layanan kamu bagus, maka orang akan hormatkan kamu. jika pemerintahan kamu bagus, orang akan mendaulatkan kamu. ubatnya ada pada kamu. tidak perlu membelinya di sini.

Pengunjung: kalau begitu, berikan saya ubat kekebalan. supaya dapat saya memaksa mereka hormatkan saya. supaya saya dapat menghukum mereka yang degil tanpa saya di apa-apakan.

Tauke: hahaha

setelah ketawa 3 kali, tauke lenyap bersama kepulan asap. kedai ubatnya juga lenyap bersama. tinggallah pengunjung tadi terpinga-pinga.

8 comments:

Anonymous said...

Kalau ada kedai macam tu, aku nak beli ubat kekal muda sampai bila-bila.

koboi said...

kenapa?
takut jadi tua?? hehehe

ainunL muaiyanah said...

Adi memang takut jadi tua. umur merupakan perkara taboo untuk adi.


Tapi adakah kedai ini adalah khayalan penulis?

Kalau ada kedai ubat ini, saya sekadar mahu ubat yang membuatlan kita disenangi orang sahaja.

Buat hidup jadi lebih gembira

koboi said...

kedai ubat ini bukan khayalan penulis sahaja. bahkan khayalan setiap manusia mungkin.
ada sesuatu yg aku garapkan di sini. sesuatu yg aku sengaja biarkan orang lain yg mentafsirnya.

Ais Cair said...

nenek aku pernah cerita yg zaman dulu,klu pengantin pakai baju warna kuning diraja...mesti pengsan..ikut mitos,sebab daulat raja2 melayu...tp sekarang no hal lah...sultan pahang pun kahwin dgn aci apa(ceh,tak sayang mulut btl aku nih)...pemimpin bukanlah bijak pandai,kerna org yg bijak pandai tak pandai memimpin...terlalu byk fikir.then,pemimpin perlukan bijak pandai tuk membantu...tp klu ramai pemimpin yg bodoh sombong,tak kemana lah jawabnya....hahaha...berbalik kpd kisah ubat...klu blh aku nak ubat tak sakit perut sepanjang zaman...sebab klu sakit perut,mesti susah nak senyum kat org...kuang....kuang...

Anonymous said...

paham....balaghah melalui percakapan pengunjung n tauke. cuma...konpiusnye, hebat btol imaginasi koboi nih.

koboi said...

stanum:
jangan la mintak ubat macam tu. nanti tak laku pil 'chi kit teck aun'. hehe

benbaz:
spongebob pernah bagitau squidward "kita tak perlukan tv yg besar untuk bergembira sekiranya kita pandai menggunakan imiginasi"

Anonymous said...

Entah apa ubat yang si yana nak beli. Lepas tu siap ada hati nak kutuk ubat idaman aku.

Nak ubat untuk diri disenangi? hahaha.

Spongebob mesti sarankan yana beli TV yang besar aku rasa.

hehehe