Tuesday, March 10, 2009

cerita lipan

pagi yang hening lagi sejuk. memandangkan aku merupakan seorang penganggur sekarang (hari ke 5) maka aku mengambil keputusan untuk terus melepakkan diri di atas katil dengan ditemani bantal kesayangan dan selimut yang sentiasa setia bersama aku biar pun jam telah pun melewati jam 10 pagi. sekadar mengambil kesempatan dengan kelapangan yang ada.

dan kelapangan ku hanya seketika. kerana dengan tiba-tiba terdengar suara jeritan manja dari ibu kesayangan yang memanggil nama aku dengan penuh pengharapan.

sebagai seorang anak yang baik lagi soleh (er, ye ke?) aku bergegas laju melangkah ke arah suara tersebut melihat apa yang berlaku. mana tahu kalau-kalau ada penyangak yang cuba membuat onar di rumah aku.

"ada apa?" tanyaku penuh tanda tanya dengan kekuda yang telah pun bersedia untuk melaksanakan jurus 'ong bak'.

"tu.. lipan besar." ibuku menunjukkan ke arah pasu bunga di laman belakang rumah.

dipendekkan cerita, dengan menggunakan jurus 'naga mengaum dari rimba', lipan tersebut berjaya di hapuskan dengan sekali serangan. seterusnya dicampakkan ke longkang.

dan..perkara ini mengingatkan aku kepada sesuatu......

ketika aku berumur lebih kurang 4 tahun, aku pernah di gigit oleh lipan. perkara itu terjadi di rumah nenek belah ibu aku. berlaku pada hari terakhir aku bercuti di situ pada waktu itu.

segala-galanya berlaku ketika aku cuba memakai kasut 'Bata' ke kakiku secara berseorangan. sebelah dipakai tanpa masalah. sebelah lagi agak bermasalah. ada sesuatu di dalam kasut yang menyebabkan kakiku gagal dimasukkan secara selesa. terasa ada sesuatu yang berbulu di dalam kasut 'Bata' aku.

dasar budak suci, tanpa rasa sebarang ancaman, aku memasukkan tangan aku ke dalam kasut dengan tujuan membuang benda berbulu tersebut. tanpa sebarang rasa takut.

hasilnya...."waaaaaa...... sakit" aku menjerit tanpa memperdulikan sekeliling. berlari mencari abah tersayang. kasut di tangan aku campakkan entah kemana.

tangan mulus aku disapu dengan sejenis minyak akar kayu. abah aku yang menyapukannya sambil mulut menjampi serapah. entah apa yang dijampinya aku tak tahu. bunyinya lebih kurang macam ni: "puh mak balik pintu, budak nakal memang gitu".

dari jauh terdengar suara mengatakan ada lipan dalam kasut aku. 

setelah reda tangisan merdu aku, aku bangun dengan tekad untuk melihat binatang bernama lipan yang berani menggigit tangan aku. aku nak gigit dia balik.

tapi hampa. lipan dah tiada. Mak Itam bagitau aku yang dia dah halau lipan tu dari kasut aku. dia guna lidi je untuk menghalau binatang lipan tersebut. memang terer Mak Itam aku ni. 
lipan tu katanya dah di makan ayam.

sekali lagi aku menangis. kali ini bukan sebab sakit. tapi sebab kecewa tak dapat melihat lipan.
apa yang aku tahu, lipan tu kakinya macam berbulu-bulu, dan kalau kena gigit memang sakit. 

dan untuk sekalian lama, aku membayangkan lipan itu seakan-akan shuttle cock badminton. mempunyai badan tunggal dan kaki yang banyak seakan-akan bulu.



lipan pada bayangan aku semasa berumur 4 tahun:
agak lama aku beranggapan lipan adalah binatang sebegini. sehinggalah aku bertemu lipan yang sebenar. seberapa lama kemudian. mungkin berbulan. mungkin bertahun lamanya.

8 comments:

Anonymous said...

Tak cantik langsung lipan yang kau bayangkan tu...

Macam UFO

Aku masa kecik , suka ikat lipan pada mercun roket..
bersepai lipan bila meletup..

koboi said...

tak payah cantik. yg penting lipan aku unik.

bab dera binatang ni, aku baik skit, aku tak dera lipan. aku dera ayam. sampai semua ayam yg berhampiran dgn rumah aku cukup gerun bila nampak aku sarungkan selipar di kaki. hehe

Matjai said...

lipan kau ni ada taraf boleh jadi monster!

koboi said...

tu la keunikkan lipan aku.

Rashidah Abd Hamid said...

imaginasi lipan yg paling best abad ini...heheheh...kalah anak sedara sy.. :)

koboi said...

pencinta damai:

lipan anak sedara anda bagaimana rupanya?
ada gaya raksasa??

zeera said...

haha. klaka aa kaw neh. ng lipan pon nk carik gaduh hahaha

koboi said...

zeera:
nak buat macam mana, lipan tu yg cari gaduh dgn aku. sebagai hero, kena la aku sahut cabaran tu.