Wednesday, February 18, 2009

bahasa Melayu VS bahasa Inggeris

jika baru-baru ini, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) telah membuat laporan polis terhadap Kementerian Palajaran berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kini tiba giliran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula yang membuat laporan serupa terhadap kementerian terbabit.

kedua-dua pertubuhan ini membuat laporan atas alasan "tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan".

Menurut laporan berkenaan, Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang, bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan dihalang menggunakan (selain bagi "maksud rasmi") atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori "maksud rasmi".

pandangan kedua-dua pihak ini di lihat sealiran dengan pandangan yang pernah diutarakan oleh beberapa tokoh akedemik negara atas isu ini.

kesempatan yang aku perolehi ketika berbual-bual dengan beberapa orang guru sekolah di daerah aku (bekas guru-guru dan rakan-rakan aku yang kini bergelar guru) telah mewujudkan beberapa pandangan tersendiri tentang isu ini. ada pro dan kontranya. begitu juga dengan pandangan beberapa orang rakan yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan bidang perguruan namun masih mengambil tahu tentang isu ni.

satu perkara yang dipegang oleh mereka yang pro dengan keputusan kementerian telah mengeluarkan hujah bahawa penggunakan bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan metematik lebih membawa kebaikkan kepada jangka masa panjang. kekurangan bahan-bahan rujukan dalam bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi di jadikan alasan yang kukuh kepada penyokongan tindakan kementerian. aku akui bahawa hal ini sememangnya benar. amat sukar bagi kita selaku pengguna bahasa Melayu untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan yang berkualiti dalam bahasa Melayu. kebanyakkannya adalah yang berbahasa Inggeris. dan sekiranya ada pun, jumlahnya begitu kecil dan tidak memadai untuk dijadikan rujukan mutlak semata-mata. 

sebagai alternatif kepada masalah ini, bahan-bahan rujukan yang telah diterjemah sering kali menjadi pilihan dalam membuat rujukan. satu perkara yang nyata, bahasa yang diterjemah ini seringkali didapati menggunakan bahasa Indonesia dan bukannya bahasa Melayu kebangsaan. amat-amat kurang bahan rujukan dalam bahasa Melayu kebangsaan di dapati di pasaran mahupun di mana-mana perpustakaan di Malaysia.

satu perkara yang selalu dipersoalkan dalam perkara ini ialah ketepatan maklumat yang telah diterjemahkan. ramai yang beranggapan, bahan-bahan terjemahan ini telah mengurangkan nilai ilmu yang sebenar dalam karya asalnya.

penggunakan bahasa Inggeris semenjak di bangku sekolah di harapkan mampu melahirkan pelajar yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik pada kemudian hari. sekali gus mengatasi masalah kesukaran mendapatkan bahan rujukan yang berkualiti.

pendapat yang kontra pula sering menjadikan perlembagaan sebagai inspirasi utama dalam memperjuangkan bahasa Melayu dalam pengajaran di sekolah. martabat bahasa Melayu dipandang cukup tinggi oleh golongan ini. mereka juga sering menjadikan negara Jepun sebagai contoh negara yang mampu mencapai tahap yang tinggi meskipun mengutamakan bahasa kebangsaan mereka dalam menyampaikan ilmu.

lambakan istilah sains dan matematik yang dicipta dan diubahsuai oleh tokoh-tokoh akedemik juga dijadikan alasan mengapa perlunya bahasa Melayu dipelihara dan menolak penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam subjek tersebut. mereka beranggapan tiada gunanya pelbagai istilah dicipta sekiranya tidak digunakan.

ada juga yang mengemukakan hujah tentang kesan yang dilihat berlaku pada pelajar hari ini khususnya pelajar di luar bandar yang diketahui agak lemah penguasaan bahasa Inggeris mereka. penggunaan bahasa Inggeris dikatakan menjadi sebab mengapa ada dikalangan pelajar yang gagal dalam matapelajaran sains dan matematik dalam peperiksaan kebangsaan meskipun mampu menguasai matapelajaran itu sebelum ini.

ada pendapat yang menghujah melalui penceritaan orang sekeliling mereka dan pengalaman mereka sendiri yang mendapati ada pelajar yang sebenarnya menguasai matapelajaran tersebut tetapi tetap gagal dalam peperiksaan. contoh yang di berikan kepada aku ialah kisah seorang pelajar yang apabila diaju soalan matematik dalam bahasa Melayu, mampu menjawabnya dengan tepat. tetapi apabila soalan yang sama diberikan dalam bahasa Inggeris, pelajar tersebut tidak mampu menjawabnya sama sekali. kata mereka, ini membuktikan bahawa pelajar tersebut tahu matematik, cuma kurang tahu bahasa Inggeris. bukannya bodoh matematik. jadi tiada sebabnya sekiranya dia digagalkan untuk subjek matematik hanya kerana kurangnya penguasaan bahasa Inggeris.

aku sendiri kurang pasti tentang corak sebenar perlaksanaannya di sekolah-sekolah. dan aku juga difahamkan bahawa dalam peperiksaan yang sebenar, soalannya ada dalam kedua-dua bahasa ini. aku agak keliru dalam hal ini. kerana, jika benar ada dua bahasa yang digunakan dalam peperiksaan, maka apa relevannya hal ini dibangkitkan? sekiranya pelajar itu mahir berbahasa Inggeris, biarkan sahaja mereka menjawab dalam bahasa tersebut dan sekiranya pelajar kurang mahir berbahasa Inggeris, teruskan sahaja dengan jawapan dalam bahasa Melayu. tentang bahasa yang digunakan ketika mengajar, bergantunglah kepada kesesuaian masa, tempat dan keadaan.

aku mengharapkan pandangan yang ikhlas dari mereka yang mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini. aku masih dalam 'mode' pemerhati. aku mengakui pandangan pihak yang pro yang aku lihat ada benarnya, dan dalam masa yang sama aku juga ingin bahasa Melayu dikekalkan.

 


5 comments:

Anonymous said...

Aku bangkang guna bahasa Inggeris.

Aku tak tahu kenapa , tapi aku bangkang juga.

Aku tak ada masalah fahami Bahasa Inggeris, tapi aku tetap bangkang juga.

Kawan-kawan aku budak Melayu Lebih ramai yang tak faham bahasa Inggeris daripada yang faham, apa akan jadi kepada golongan ini.

Mereka bukan sahaja kekal gagal dalam bahasa Inggeris, tapi akan lemah Metamatik dan sains sekaligus.

Apa akan jadi pada bangsa yang lemah metamatik dan sains??
mereka akan jadi bangsa yang tak bertamadun.

Cikgu mengajar benda yang sama sahaja dalam kelas, tapi kenapa keputusan periksa murid-murid tu berbeza-berbeza.

Sebab cara otak manusia berfikir pun dah memang berbeza.
Dan bukan semua orang boleh kuasai 2-3 bahasa (bilingual).

Lagipun sains dan Metamatik dah termaktub formula dan faktanya tak berubah,sekalipun dipelajari dalam bahasa jepun, Arab , sepanyol mahupun bahasa Eskimo.

Selamatkan generasi kita dari menjadi bodoh tak reti metamatik dan sains,
selamatkan juga bahasa melayu.

koboi said...

rantong:
TQ

adiospunk:
pendapat yg tegas tapi cukup bersebab. aku menghormati pendapat yg diutarakan. semoga lebih ramai yg berani berfikiran secara lebih terbuka sebegini.

Anonymous said...

perkara pertama:
seperti kata tokoh2 itu....perlu mantapkan pengajaran bahasa ingeeris tu sendiri. bkn 11 tahun sekolah...asyik blaja grammer semata2 kan?

perkara kedua:
daripada DBP buang masa asyik merubah tatabahasa, merubah ejaan (2 3 tahun sekali)...baik la diorg menghasilkan istilah2 baru supaya selaras dgn ilmu yg makin maju

perkara ketiga:
dari situ....akan lahirnya rakyat2 yg mampu menterjemah buku2 ilmiah @ waqi'e dr aspek agama Islam ataupun sains. tak de la org2 melayu rugi klu dibandingkan dgn negara indonesia.

kesimpulannya, sah2 la aku sokong diajar dlm bahasa kebangsaan wlaupun bahasa melayu sekarang bkn bahasa melayu asal yg mencapai taraf lingua franca. (bahasa melayu baku sekarang terlampau nk meniru bahasa indon)

p/s: bahasa arab pun bahasa dunia. manusia lupa agaknya dgn bahasa syurga itu. mcm mn nk muslimin di mesia ni paham agama klu asyik disogokkan dgn hukum dan rukun semata. tu yg wujudnya islam hadhari

koboi said...

benbaz:
satu lagi pendapat yg menyokong bahasa Melayu digunakan.
cadangan2 yg diberi juga ada kebenarannya. aku tak menolak tentang itu.

p/s;ini menghasilkan keputusan 2-0. 2 untuk bahasa Melayu dan 0 untuk bahasa Inggeris.(setakat ini)

koboi said...

khas untuk stanum saliva.
mintak sori.
komen ko aku TER'remove"
aku besarkan 'ter' tu dengan niat menunjukkan aku tak sengaja.
walaubagaimanapun, dengan bangganya aku war-warkan keputusan terkini: 3-0.