tarikh: 18 Januari 2009
masa: malam hari yang suam-suam je cuacanya
perkara: minum-minum sambil berborak kosong dan memerhatikan gelagat manusia.
seperti malam boring yang biasa, melepak bersama kawan-kawan sambil pekena nescafe o' ais dan berulamkan dengan asap rokok memang best. semuanya bermula dengan normal sehingga tv tuan punya kedai minum bertukar siaran kepada tv3 demi Juara Lagu edisi finale.
aku sebenarnya tak pernah ambil port akan hal juara lagu ni. dan tak pernah tahu yang malam tersebut merupakan malam penentuan sesama artis dan komposer untuk berebut trofi dan duit-muit sesama mereka.
memandangkan tv dah terpasang, aku pun secara automatik ter'join' sekali menonton.
dalam kekusyukkan menonton, beberapa perkara telah berjaya menarik perhatian aku. pertamanya perihal warga pekedai yang dilihat begitu menyokong Faizal anak Pak Tahir. tiba sahaja giliran beliau untuk menyumbangkan suara, semua kerja terhenti. pinggan yang patut dicuci ditinggalkan. pelanggan yang patut di layan, di tidak pedulikan. masakan yang patut di masak juga dilupakan. tapi sebagai seorang 'reguler kastemer' aku rilex je la macam biasa. saja bagi dia orang can berhibur walaupun sebenarnya aku kepingin nak meng'oder' air kosong sebagai penambah perisa.
yang keduanya, perihal golongan remaja awal belasan tahun yang dilihat begitu meminati geng Jumpa Pakcik Husin(yang dieja dalam bahasa Melayu). jika sebelum ini mulut masing-masing sibuk bercerita tentang motor masing-masing yang tak pernah kalah lajunya, namun ketika band ini beraksi, perbualan biasa mereka tiap-tiap malam terhenti. mulut ternganga. baru aku tahu yang band Jumpa Pakcik Husin ni menjadi pujaan dikalangan mereka yang mengaku diri mereka mat rempit sejati.
seterusnya, aku berkesempatan menjadi saksi bahawa anak perempuan Pakcik Zain masih mendapat tempat dikalangan golongan pertengahan usia. terdapat sekumpulan makcik-makcik yang aku syak baru balik dari Terengganu berkempen untuk pilihan raya kecil sehari sebelum malam tersebut. ini berdasarkan warna-warna yang terdapat pada pakaian mereka. warna merah dan putih. sekali tengok macam baru balik berzanji pun ada. diperkuatkan lagi dengan t-shirt salah seorang dari mereka yang tidak 'beruniform' merah putih seperti yang lain yang jelas menunjukkan perkatan 'Terengganu' bersama gambar seekor penyu.
geng berbaju merah putih ini sesekali memuji-muji suara dan keenakkan suara anak Pakcik Zain ketika menyanyi. dan sesekali memuji 'picing' suara anak Pakcik Zain tersebut walaupun aku was-was sama ada mereka benar-benar tahu apa itu 'pic' yang dimaksudkan. kepada orang semacam aku, buah pic tu aku tahu lah. sama ada 'picing' lari tak lari ketika menyanyi tu tak pandai pula aku nak komen.
dan perkara terakhir yang menarik perhatian aku pada malam tersebut ialah tentang komen seorang makcik (geng baju merah putih) yang mempertikaikan 'bonjolan kecil' yang dikatakan kelihatan jelas diatas 'bonjolan tak berapa nak besar' pengacara perempuan malam tersebut. aku betul-betul nak tahu. ada ke nampak bonjolan tersebut? kedudukan aku yang agak jauh dari tv menidakkan mata aku untuk memastikan kebenarannya. maka aku mengambil keputusan untuk terus meninggalkannya kekal sebagai misteriiiiiii......