Thursday, December 24, 2009

musim hujan

hujan..hujan...hujan....
banjirnya tak juga.

Monday, November 16, 2009

celaru bukan cencaru

ok, hidup aku semakin celaru.
menonton flem P. Ramlee setiap hari membuatkan aku lupa pada tahun berapa aku berada.
bukan salah aku. betul.
salahkan ASTRO.

Tuesday, November 10, 2009

nasi goreng sea food

Nizam (memang nama sebenar) memang kaki rempit. bawa motor tak pernah nak slow. kalau slow nanti enjin tersumbat katanya. bila mak dia bagi pesanan penaja dia akan jawab "anak jantan memang macam ni. pondan je bawa slow-slow ni". -jawapan stail ala-ala derhaka.

tapi sejantan-jantan Nizam akhirnya tersungkur juga. Nizam terlibat dalam kemalangan jalan raya. eksiden dengan guru sekolah beliau sendiri. (kes anak murid dengan cikgu sama-sama takut lambat sampai sekolah.)
Nizam takut sama cikgu disiplin. Cikgu dia takut sama cikgu pengetua.

tulang peha belah kanan Nizam patah. merasa la duduk hospital seminggu dua.

lepas eksiden, Nizam berazam nak jadi budak baik. Nizam berjanji sama mak dia yang dia akan bawa motor slow-slow lepas ni. biar slow macam pondan. Nizam redha.

kaki Nizam berbalut. bersimen.

nenek nizam pesan; kalau nak cepat baik makan kena pantang. jangan makan telur, nanti bernanah. jangan makan udang sama sotong, nanti gatal.

Nizam nak cepat sembuh. Nizam makan berpantang. Nizam dengar cakap nenek dia.

satu hari Nizam kepingin nak melepak tengah malam sama kawan-kawan dia. Nizam guna henset telipon kawan-kawan. kawan-kawan Nizam setuju.

malam hari Nizam suka hati. Nizam dapat melepak dekat warung feberet dia. warung yang ada anak dara comel. tengok anak dara comel membuatkan Nizam lapar.

kawan-kawan Nizam oder makan. -nasi goreng pataya. nasi goreng kampung. nasi goreng sea food.

Nizam tak tahan. Nizam pun oder; "bagi nasi goreng sea food 1. tapi tak nak udang dengan sotong. taruk ayam je."



Monday, November 9, 2009

nasihat orang atasan aku.

"kita kerja mesti kena seronok. jangan stress-stress. baru la umur panjang. jom kareoke. kau bayar."

Sunday, October 25, 2009

siri bercakap dengan buah hati...

"dah tiga bulan U tau tak? tiga bulan. T.I.G.A.....
dulu u janji macam-macam..
waktu U mula-mula jatuh hati pada I, hari-hari U lalu depan I.
U jeling-jeling.
U sengih-sengih.
U tanya berapa hantaran I.
U tanya apa minat I....

U kumpul duit.
U kerja keras.
semua U kata untuk I.

cukup je duit, U terus masuk minang I.
U sain kontrak.
U salam ketar-ketar ucap terima kasih.
U cium I.
hari-hari U mandikan I.
hari-hari I wangi.

huh...
tapi sekarang U dah tak macam dulu.
U dah berubah.
U dah malas.
U dah tak kisah tinggalkan I tengah panas. tengah hujan.

tapi yang paling sakit... dah tiga bulan.
dah tiga bulan I tak mandi." bebel buah hati aku.

panjang betul buah hati aku ni membebel. "yela..yela... petang ni I mandikan U. baru tiga bulan dah bising. belum tiga tahun."

p/s: nama buah hati aku dalam surat hak milik: honda wave 125. nama timbangan dia belalang tempur. umur dia dah nak masuk 4 tahun. tapi dia punya body... peh... masih mengancam.
hari ni dia membebel panjang pasal dah lama aku tak mandikan dia. macam mana dia membebel tu lu orang jangan tanya. hanya gua je yang tahu. hehe

Tuesday, October 20, 2009

apabila bayi tersenyum

cak...


tido...


senyum riang......

P/S: percaya la.. ini bukan anak gua.

Sunday, October 11, 2009

malas

ok..
aku mengaku.
aku semakin malas.

sekurang-kurangnya....
disini.

Wednesday, October 7, 2009

setakat naik 30sen..

rokok naik harga lagi.
dan macam biasa ramai yang tanya bila nak berenti.

sebagai jawapan kepada yang bertanya, berniat nak bertanya, atau pun memang menyibuk tapi takut-takut nak bertanya: gua tunggu harga rokok jadi macam harga emas. itu jam gua janji gua beli emas banyak-banyak.

Sunday, October 4, 2009

4 0ktober 2009


berita TV menayangkan tindakan sekumpulan manusia yang bersenjatakan buluh dan berura-ura mahu menyerang Malaysia.
aku tak mahu komen banyak. aku cuma nak kata:

FUCK U.

sekian. terima kasih.

Friday, October 2, 2009

lumrah alam?


taufan disana
tsunami disitu
gempa diseberang
hujan batu disini


Saturday, September 12, 2009

Yo si kipas susah mati kolam hati

'u'll never walk alone...' merupakan ayat azimat kegemaran Yo. mana aje beliau berada, dengan siapa jua beliau berinteraksi, apa juga keadaan cuaca, kata-kata ini kekal menjadi mentera beliau.

Yo memang 'kipas susah mati' Liverpool.
Yo akan ketawa besar bila Liverpool berjaya mengalahkan lawannya dengan gol yang banyak.
Yo akan menjadi manusia yang lupa daratan bila Liverpool menang.
Yo akan menjadi manusia yang paling keji dengan kutukan dan cercaan sekiranya team kawan-kawannya kalah ditangan Liverpool.

dan Yo akan menangis, menjadi poyo, menjadi mayat hidup sekiranya Liverpool tewas.
Yo sanggup tak keluar rumah 2-3 hari sekiranya Liverpool dimalukan pasukan lawan dengan gol yang banyak. atau pun kalah dengan pasukan belasahan.
pada masa ini, khidmat kawan-kawan akan ditagih untuk mendapatkan nasi dari warung depan rumah. sebab semua para pelepak diwarung tahu yang Yo ni peminat Liverpool.

selain mempunyai tuala mandi berlogokan Liverpool, Yo juga mempunyai poster Liverpool saiz gergasi di dalam biliknya. Yo beli poster ni dengan mengorbankan duit nasi untuk beberapa hari. apa la sangat tak makan nasi berbanding mempunyai poster saiz gedabak yang belum tentu orang lain ada.

demi membuktikan kesetiaanya pada Liverpool, Yo sanggup berhutang dengan kawan-kawan demi memiliki jersi original Liverpool. Yo rasa malu kalau pergi lepak tengok bola dekat restoran maple sambil pakai baju cetak rompak.
Yo nekad beli jersi Liverpool original walaupun jelas-jelas depan jersi tu terpampang jernama arak. Yo kata dia tak kisah. bukan dia minum pun arak tu. dia minum milo ais je. tak mabuk.

kerana terlalu sayangkan jersi Liverpool tu, Yo selalu gantungkan jersi tu pada birai katilnya aje. biar jersi tu la yang dipandangnya bila bangun tidur.

dan satu Jumaat menyaksikan kesetiaan Yo pada Liverpool terbukti.
Yo yang hanya dapat melelapkan mata selepas subuh begitu liat nak bangun tidur pergi solat Jumaat. tapi memandangkan dah dua minggu Yo ponteng, maka digagahkan juga dirinya untuk bangun. tak nak jadi kera katanya.

Yo bangun. ambil tuala Liverpool. gosok gigi. mandi laju-laju.
siap mandi, Yo capai kain pelekat. capai baju yang paling hampir dan di rasakan masih bersih. pakai minyak atar sikit. kemudian lari laju-laju lompat atas motor kawan serumahnya untuk ke masjid.

Yo sampai masjid awal. Yo buat solat sunat. Yo ambil saf depan. dapat pahala lebih katanya.
Bilal laungkan azan. khatib ambil tempat. naik mimbar.
belum sempat khatib mula, katib pandang Yo dengan muka pelik. berkerut-kerut dahinya pandang Yo. jemaah lain yang tengok khatib macam tu pun cuba-cuba nak ambil tahu. semua yang berhampiran nak tengok Yo.
Yo malu. muka tersipu-sipu. Yo agak dia taruk minyak atar lebih lepas mandi tadi. tu pasal semua orang pandang dia.

tiba-tiba jemaah sebelah Yo cuit bahu Yo. rapatkan muka ke muka Yo. kemudian cakap, "lawa baju?"

Yo pandang baju sendiri. mula-mula bangga. lepas tu Yo rasa semacam.
masa tu Yo betul-betul berharap agar jernama di bajunya adalah jernama kicap buatan Malaysia.

Saturday, September 5, 2009

apabila baru menjadi lama.


pastinya bukan aku sahaja yang sedar tentang perkataan 'baru' yang telah dijadikan lama oleh pihak berkenaan. perkataan 'baru' kini merupakan perkataan purba lagi antik. yang hanya digunakan oleh orang-orang yang lewat kebelakang seperti aku dan kamu.

cuba perhatikan iklan-iklan di TV. iklan di akhbar. iklan di papan iklan di tepi jalan. perkataan 'baru' kini tidak lagi digunakan. 'baru' kini menjadi 'baharu'.

senang cakap, perkataan barunya adalah 'baharu'.

ada berapa ramai antara kamu dan kamu yang menggunakan perkataan 'baharu' dalam perbualan seharian? kalau ada sila angkat kaki kiri.

sekiranya sememangnya kamu menggunakan 'baharu' sebagai bahasa harian kamu, bermakna kamu adalah terdiri daripada golongan yang up to date kata bahasa penjajahnya. tidak lagi sama dengan aku yang masih gagal mengasimilasikan perkataan 'baharu' dengan lidah aku ni. senang cakap, aku tak kisah jika aku dilabelkan kuno.

satu soalan untuk yang mengetahui,
kenapa perlu ditukar penggunaan 'baru' kepada 'baharu'?
apa rasionalnya?
arahan dari siapa?
sedap sangat ke 'baharu' berbanding 'baru'?

kalau aku kekal dengan 'baru' je kira salah ke?
kena saman ke?


perkembangan baru/baharu:
seseorang (yang pastinya memperjelaskan kepada aku secara bersungguh-sungguh walaupun tidak mempunyai kelayakkan yang meyakinkan dalam bidang bahasa) telah memperjelaskan penggunaan baru dan baharu kepada penulis iaitu aku.
tanpa perlu bercerita panjang, aku rumuskan sebagai ini:
baru: just
baharu: new

erti kata lain, ayat: "saya baru sahaja mendapatkan tv baharu" merupakan contoh pernggunaannya berdasarkan maksud baru dan baharu. (walaupun pada pandangan peribadi aku, bunyinya agak kelakar)

ada pendapat lain?




Saturday, August 22, 2009

laporan; melawat pasar ramadhan pada ramadhan pertama tahun ini.


tarikh: 1 Ramadhan.
masa: bertolak dari rumah jam 5.30 petang
kenderaan: belalang tempur versi khas

perjalanan dimulakan dengan meng'sms' kan beberapa orang sahabat. melaksanakan misi yang mulia pada bulan yang baik tidak seharusnya secara berseorangan. sikap tamak hendaklah dijauhi semperna kemuliaan Ramadhan.

sebelum memulakan perjalanan, satu pertimbangan secara logik dan kritis telah dilakukan. persoalan sama ada mahu menggunakan khidmat belalang tempur atau menggunakan khidmat night rider yang sedia menanti di garaj rumah.
setelah pertimbangan cuaca, trafik, dan minyak diambil kira, khidmat belalang tempur telah di pilih untuk digunakan pada hari ini meski pun di ketahui awek-awek takkan menoleh kepada kami kali ini.

cerita di ringkaskan....................................(kerana ketiadaan penaja)

kiri, kanan, depan, belakang..... mata dibulatkan. pemerhatian dilakukan secara menyeluruh. tindakan menggunakan belalang tempur diakui tindakan bijak. hari pertama puasa menyaksikan jalan-jalan berhampiran pasar ramadhan cukup menakutkan. ngeri. tragis. senang cakap, jem........

pasar ramadhan yang memanjang kedudukannya menyaksikan jumlah manusia yang cukup ramai. penuh. nak bejalan pun tak selesa. asyik berlaga bahu. terpijak kaki.
pergerakan dilakukan secara berhati-hati. cuba mengelak sebarang bentuk geseran yang mungkin berlaku. lebih-lebih lagi dengan makcik-makcik yang berpeluh-peluh mengejar laki masing-masing. kesian....

macam tahun-tahun lepas, tahun ini keadaannya masih agak sama. juadah yang sama. penjual yang sama.
tahap kreativiti peniaga di sini boleh dipertikaikan. tiada sebarang pembaharuan yang berlaku dari segi produk jualan. hambar.

yang tidak menghampakan hanya lah tahap keseksian gadis-gadis yang tergedik-gedik menyibuk membuat onar di situ. semacam ada pakatan diantara mereka yang bertujuan menyusutkan tahap penerimaan pahala kaum lelaki seperti kami. satu bentuk gangguan seksual di bulan ramadhan.

dan satu perkara yang menarik: penularan virus selsema babi pada kali ini menyaksikan pertambahan ninja-ninja tak terlatih di sini. sama ada yang bertudung mahu pun yang tidak.
yang bertudung, bagus..menutup aurat. pakai topeng, pun bagus. perlindungan tambahan.

tapi, bila ada yang tegur aku dan kemudian tanya sama ada aku kenal lagi ke tidak sama beliau, adalah satu perkara yang kurang bagus. bertudung, bertopeng.
macam mana aku nak kenal. lain la kalau kau tu awek aku ke, tunang aku ke, bini aku ke.

Sunday, August 16, 2009

pertanyaan buat khalifah

lupakah kamu amanah Allah?
tinggalkah kamu amanat Rasul Allah?

apa guna adanya waadat?
hanya terikat sebagai adat?

Tuesday, August 11, 2009

.

pergi mampos la kau..............

Thursday, July 23, 2009

hepi beday punya cerita


seorang kanak-kanak comel bertanya dengan niat ingin tahu yang cukup tinggi, "berapa umur orang pencen?"

seorang lelaki yang masih jauh dengan umur pencen menjawab separuh ikhlas dengan harapan tidak perlu bersuara lagi, "orang pencen bila umur dia 65."

"abis tu perdana menteri kena pencen la ye? berita kata hari ni hari jadi dia yang ke 65." satu lagi soalan terpacul keluar dari mulut yang comel.....

p/s: selamat hari jadi wahai Perdana Menteri Malaysia. hepi beday tu u.....

Tuesday, July 21, 2009

belajar perkara baru.

Durian memang sedap dimakan. walaupun ada yang kata baunya macam sampah dekat New York, pada aku rasanya tetap sedap dan wangi. aku tak pernah terfikir pun yang bau durian tu busuk. wangi adalah. tak sama langsung dengan bau sampah dekat Malaysia ni. entah ye entah tak kata Mat Saleh dari Amerika tu. sebab aku tak pernah pun pergi sana.

durian di tempat aku dah berkurangan. dah nak sampai ke penghujung musim agaknya. pasar malam dah tak semeriah 2-3 minggu yang lepas. dah kembali lenggang.

satu keistimewaan durian adalah kulitnya yang keras dan tajam-tajam. perkara biasa sekiranya ada yang mengadu sakit tangan atau terluka kena duri.

dan kulit yang keras dan tajam itu telah aku gunakan sebaik-baiknya mengikut keadaan semasa.

aku guna buat baling kepala anjing liar belakang rumah aku. memang berkesan. dah 3 hari aku tak nampak ada anjing yang berani dekat dengan rumah aku. hahahaha

Tuesday, July 14, 2009

sekadar alasan


pertambahan aktiviti + masa yang semakin tak pernah cukup + kemalasan yang bertambah + kekeringan idea + penurunan minat + gangguan pihak yang dengki + keterlupaan =

dah lama tak bukak blog sendiri. hahahahaha

Sunday, June 21, 2009

jam tangan

satu perkara yang selalu dekat dan melekat pada aku adalah jam tangan.
jam tangan selalu ada di tangan kanan aku. tiada di kaki. tiada di kepala.
aku mula memiliki jam tangan sendiri semasa belajar di Tabika pada usia 6 tahun.
pada masa tu jam yang aku gunakan adalah jenis digital. jam berjarum masih belum layak untuk aku pada masa itu. bermulanya detik itu, sehingga ke hari ini aku menjadikan jam tangan sebagai perkara wajib yang perlu ada bersama aku apabila melangkahnya kaki aku ke luar rumah. kadang-kadang dalam rumah pun jam masih melekat di tangan. (kes malas nak cabut)

pada kali ini aku ingin berkongsi jenis-jenis jam yang masih aku ingat dan pernah aku gunakan.

1. jam digital pertama aku. jenama aku dah tak ingat. tapi jam ni cukup femes pada masa tu. bewarna hitam dan ada lingkaran kaler biru atau merah di keliling cermin. (aku punya line dia kaler merah, abang aku kaler biru)

2.jam tangan bentuk bola. juga jenis yang digital. bewarna hijau putih. corak macam bola. ada cermin kecil di tengah-tengah untuk menunjukkan waktu. aku pakai masa darjah 2 rasanya.

3. jam tangan berjarum yang pertama. jam ni abah aku bagi masa darjah tiga. dah pandai tengok jarum jam. dah taknak pakai yang digital. sebab jam berjarum nampak lebih macho dan dewasa. tapi jam ni tak lama aku pakai. sebab jenis tali besi. tangan aku jadi gatal bila peluh yang mengalir bertindak balas dengan tali besi jam tersebut. aku sengaja rosakkan dengan cara rendam dalam besen yang penuh dengan air. (kes nak jam baru)

4. jam tangan jenama Boy London. jam ni cukup femes pada masa aku darjah 4. pada masa tu, sesiapa yang ada jam ni dikategorikan sebagai jenis yang kool dan mengikut peredaran fesyen semasa. jam ni canggih. skrin dalam dia boleh tukar-tukar kaler ikut keadaan suhu. aku sempat ada tiga jam ni. sebab lain kenapa ianya femes ialah harganya yang mampu dibeli: rm15 je satu. kat pasar malam dengan pekan sehari bersepah orang jual jam jenis ni masa tu.

5. jam sukan. jam tangan yang lebih menonjolkan ciri-ciri kesukanan. ada lampu untuk dilihat waktunya dalam gelap. dilengkapi dengan pelindung cermin kalis hentakan. yang ni aku pakai masa darjah 6.

6. jam tangan jenama casio. yang leper tu. jam ni rasanya jam yang paling lama aku pakai. bertahun-tahun jugak la. memang bagus jam ni. lagi canggih, jam ni dilengkapi dengan alarm. boleh digunakan buat kejut bangun tidur.

7.jam tangan jenis out-door punya. cap marlboro. aku pakai masa sekolah menengah atas. yang ni aku tak beli. aku rembat abang aku punya. dia pun tak kesah sebab jam tu pun awek dia bagi. dia masa tu dah tak ngam dengan awek tu. maka jam tu secara rasminya bertukar tangan tanpa sebarang rasa terkilan dari mana-mana pihak kecuali awek dia. (tu pun kalau awek dia tau.)

8. jam tangan jenama swiss army. jam kesayangan aku beberapa waktu yang lepas. juga jenis out-door. banyak jarum-jarum pelik yang sampai sudah aku tak tahu nak guna. jam ni pun lama aku pakai. nyawa dia tamat kes jatuh terhempas pada bucu tangga.

9. jam rolex tiruan yang aku beli dekat chow kit. jenis tali kulit. walaupun tiruan je, tapi memang aku suka. memang real. dah ramai yang tertipu bila tengok jam tu.

10. jam yang aku pakai sekarang. di beli 4 bulan yang lepas. jam jenama b.u.m. jam ni selain ada lampu untuk digunakan dalam gelap, juga dilengkapi dengan lampu suluh mini. boleh la nak guna buat cari rokok malam-malam. walaupun tak semahal mana, aku sayang jam ni. sebab ni je satu jam yang aku ada sekarang ni. kalau hilang teruk la aku nak cari pengganti di saat ekonomi aku yang goyah sekarang ni.

banyak lagi sebenarnya jam-jam yang pernah jadi milik aku sebelum ini. ada yang memang aku dah lupa, dan ada juga yang memang aku malas nak tulis.
satu peristiwa menarik tentang jam tangan yang masih aku ingat masa sekolah dulu-dulu, kawan sekelas aku, yang sekarang ni mencari rezeki di bidang seni pernah manggunakan jam dia untuk set kan masa tamat kelas. cikgu kami dulu suka sangat dera kami dengar ceramah dia lama-lama walaupun masa mengajar dah lama tamat. jadi, setiap kali masa mengajar tamat, jam dia akan berbunyi. dan akan keluar kata-kata ni dari mulut dia "la dah masa rehat rupanya."




Wednesday, June 3, 2009

cerita seorang chin peng

Chin Peng (dah tua)


semenjak dua menjak ni, kecoh di tv dan surat khabar cerita pasal Chin Peng yang berkehendakkan pulang ke Malaysia. timbul pelbagai pendapat dari mereka yang berkepentingan sama ada menyokong kepulangan Chin Peng (secara senyap dan kurang senyap) dan mereka yang lantang bersuara membantah kepulangan bekas pemimpin parti komunis ini.

secara peribadi sebenarnya aku hampir tidak peduli dan malas nak ambil tahu pasal hal ini. tetapi apabila melihat kegalakkan media tempatan dan suara mereka yang tertentu yang membuatkan seolah-olah Chin Peng ini kelihatan seperti satu bentuk raksasa yang amat berbahaya dan mampu meletupkan negara dengan hanya menggunakan jelingan semata-mata, maka aku ingin sedikit bersuara.

aku tidak pernah peduli sama ada Chin Peng ini seharusnya dibenarkan kembali ke tanah air atau pun terus tidak dibenarkan kembali. kepulangan dan ketiadaan Chin Peng di Malaysia tidak membawa sebarang perubahan kepada aku. cuma aku sedikit pelik melihat komen-komen mereka yang menentang kepulangan Chin Peng. komen yang aku lihat tidak seberapa cerdik.

Chin Peng (masa muda)

apabila wujud komen seperti "kepulangaan Chin Peng ke Malaysia akan mewujudkan perasaan takut masyarakat" membuatkan aku sedikit tergelak. aku tak pernah bimbang sekiranya Chin Peng ada di Malaysia. tak pernah nak takut. Chin Peng sekarang dah tua. mata dah rabun. nak belari pun dah tak larat. nak pikul senjata? tak mampu. nak gerakkan kembali PKM? bukan kerja senang.

kemudian ada pula yang mengaku bekas anggota tentera yang bersuara keras menentang kembalinya Chin Peng. aku faham keadaan ini. mereka yang pernah bertempur secara bersemuka dengan komunis semestinya mempunyai perasaan tidak senang sekiranya Chin Peng kembali. tapi sampai bila perlu berfikiran begitu?

sejarah membuktikan sebelum PKM merasa mengangkat senjata, bertempur, berbunuhan, pihak lain terlebih dahulu melakukannya. Portugis pernah berperang dengan penduduk Melayu. Belanda siap dengan meriamnya. Inggeris, lagi lama berkuasa. Jepun tak kurang ceritanya.

jadi apa kurangnya golongan penjajah ini? tak pernah pun ada yang berbunyi benci kepada mereka sekarang.

apakah kedatangan penjajah ini tidak melibatkan pertumpahan darah? pembunuhan? penindasan?

berapa ramai yang mati ketika berperang dengan Portugis? berapa ramai yang tekorban berlawan dengan Belanda? berapa yang di bunuh sewaktu Inggeris bertahta? berapa kepala yang hilang sewaktu Jepun bermaharajarela?

tidak pernah berbunyi di era ini para pemimpin bencikan mereka. halang mereka ke Malaysia. bahkan mereka di puja. berapa banyak jalan-jalan di Malaysia yang menggunakan nama mereka?

Jepun yang mempunyai sejarahnya sendiri di Malaysia tidak pernah di hambur. bahkan dijadikan contoh. sehingga wujudnya 'dasar pandang ke timur.' kenapa tidak terus dibenci mereka itu? kenapa boleh di lupakan? dimaafkan?

jadi tidakkah perkara ini sejenis lawak terpilih? menghukum satu pihak selama-lamanya. menyanjung satu pihak kerana kuasa.

secara jujur, berapa ramai yang merasakan keselamatan mereka terancam dengan kehadiran Chin Peng di Malaysia? angkat tangan.

Sunday, May 31, 2009

?

?????????????

Saturday, May 23, 2009

aku dah bosan, aku dah bosannnnnnnnnnn.....

dah bosan. bosan dengan gelagat mereka yang kononnya ada kuasa.
bila ada benda nak tegur je, kuatkan suara. kasi satu alam dengar.
aku tak tujukan pada sesiapa.
aku tujukan pada semua.

cuba pejam mata, bayangkan satu alam yang mana arahan yang diberi berbentuk nyanyian...
tak kiralah lagu apa. bergantung kepada selera masing-masing.. amacam?

Wednesday, May 20, 2009

curiga

antara berani dengan berhati-hati.

yang mana lebih menguntungkan????

Wednesday, May 13, 2009

Perdana VS Cambry, siapa yang menang??

Perdana tak sempat nak panas line Perak, Cambry dah mengaum.
belum sempat Cambry nak panas enjin, kunci kena pegang.  


yang ni je la yang legend lagi. tiada yang berani kacau.... 


Monday, May 11, 2009

toyota cambry bersuara


"tak sempat perdana nak panas line perak. hahahaha"
"padan muka, ada hati nak bersaing dengan aku."

Friday, May 8, 2009

gila

gila.....
siapa yang gila??

aku tak gila.
kau la yang gila.

Friday, May 1, 2009

apabila babi berhingus...

 "haaaacyummmm....." bunyi suara binatang haram tebersin. sambil hingus hijau meleleh-leleh dari hidung yang penyek ke depan. mengalahkan gorila di afrika. 

kepala yang tak bertengkuk dihangguk-hangguk macam dengar muzik metal. nak geleng tak boleh.

"kenapa dengan kau ni binatang haram oi??" suara anjing hitam menyalak malu. sebab dah lama menyalak, tapi bukit tak jugak runtuh-runtuh.

"kena selesema...." jawab babi pendek sambil mengelap hidung dengan tisu terpakai.

Monday, April 27, 2009

antara sebab kenapa aku sayang mak aku..


panas betul Malaysia sekarang ni.
aku maksudkan betul-betul tentang cuaca di Malaysia. negara lain aku tak peduli.

nasib baik mak aku ada sediakan bekalan 'ais krim malaysia' yang mencukupi dalam peti ais setiap hari. macam-macam perisa ada. memang sedap.

Wednesday, April 22, 2009

apabila seorang hero bersuara.

hari: hari ni la
masa: malam (lepas magrib)
cuaca: suam-suam kuku (tapi awan nampak gelap)
tempat: depan minimarket kawasan perumahan aku.

mendapat tugasan penting dari mak aku yang berkehendakkan aku ke kedai membeli sesuatu untuk dijadikan sajian makan malam. sebagai hero yang sentiasa bekorban demi orang lain, tugasan sebegini diterima dengan wajah yang manis (walaupun cerita kung fu tv2 belum habis lagi).

perjalanan berlalu dengan lancar. tiada anjing garang yang cuba menyergah. 

urusan berjual beli juga berjalan lancar. ambil barang, letak atas meja, suruh tokey kira, bagi duit, ambil baki, semuanya berjalan dengan aman tanpa sebarang rusuhan oleh mereka yang berbaju merah. (ada 2 orang pelanggan yang berbaju merah dalam kedai tersebut. 1 kaler pink)

keluar kedai, tendang starter motor menggunakan jurus tendangan waja peringkat daerah. juga berjalan lancar.
ambil sebatang rokok, nyalakan. sedut asap sepam. dan....

"satu hari nanti rokok tu akan jadi penyebab kematian kamu" suara yang langsung tak merdu berbunyi. datangnya dari seorang perempuan yang umur sedang-sedang, berbaju kurung biru. (cikgu sekolah barangkali) sambil mulut memuncung kepada rokok di bibir aku.

"satu hari nanti kereta tu akan menjadi penyebab kematian kamu." aku membidas selamber sambil mulut memuncung ke arah kereta perempuan tu.

selepas menegur aku, langsung perempuan tu masuk ke dalam kereta dan menutup pintu. tak pasti sama ada dia dengar atau tak apa yang aku cakap.

kereta tu bergerak. aku pun bergerak. tapi arah yang bertentangan. dan....

"GEDEGANG.........................." bunyi kuat dari arah belakang.

secara spontan, sebagai seorang hero yang memang sensitif kepada persekitaran, aku toleh belakang.

sebuah kereta terlanggar tong sampah besi kepunyaan majlis perbandaran. kemek teruk kereta tu. tong sampah tu sikit pun tak jejas. 

kereta perempuan yang menegur aku tadi selamber meluncur laju. mentang-mentang la bukan kereta dia yang eksiden.

dan aku mengeluh dalam bersyukur.

p/s: rasanya aku perlu tabahkan garam dalam menu harian aku.


Monday, April 20, 2009

malaysia..oh tanah air ku....

saranan PM baru Malaysia: buang prasangka kaum. jadilah bangsa Malaysia. eratkan perpaduan.

saranan yang baik oleh seorang yang bergelar Perdana Menteri.
apa kata kalau dimulakan dahulu oleh orang-orang yang diatas. bila dah berjaya baru sarankan kepada rakyat jelata.

buang parti politik berasaskan kaum. buang UMNO. buang MIC. buang MCA. buat parti lain. 

baru lah nampak ada usaha. setakat cakap je suruh rakyat bersatu, tapi pada masa yang sama para pemimpin di atas masih lagi dok pilih bulu, buat apa!


Saturday, April 18, 2009

jawapan kepada persoalan

Ya.....
aku nak jadi macam Mat Jenin.
tapi bukan versi mati jatuh pokok kelapa.
aku nak jadi Mat Jenin yang berjaya turun dari pokok kelapa dengan selamat.

Monday, April 13, 2009

nyawa itu masih milikku


1.rasa cemburu tengok orang lain oder makanan yang sedap-sedap walhal diri hanya mampu menikmati nescafe o ais tanpa sebarang bahan kudapan. - cemburu

2.menahan kelaparan dengan beralaskan hanya dengan minuman - kelaparan

3.sakit kepala memikirkan tentang helaian kertas bergelar ringgit yang kian menipis dalam simpanan - sakit kepala

4.rasa geram dan marah melihat kepura-puraan manusia sekeliling - marah

perkiraan sifir mudah: cemburu + kelaparan + sakit kepala + marah  = enjoy.

kerana itu tandanya aku masih hidup!

Sunday, April 12, 2009

perlu terus hidup...



aku sedang sibuk bikin sesuatu.
agar yang bising diam membisu.

Sunday, April 5, 2009

piramid kapitalis

kata orang, gambar tu kadang-kadang lebih baik digunakan dalam menceritakan sesuatu. di sebabkan itu, aku malas nak tulis panjang-panjang. aku letak gambar je. pandai-pandai la korang tafsir sendiri.

Monday, March 30, 2009

nak rasa jadi kaya? (banyak duit)


pernah tengok matawang sebegini besar nilainya?

pernah dapat bil sebegini hanya untuk sepinggan makanan dan sebotol air mineral??

pernah membawa wang sebegini banyak hanya untuk belanja kawan-kawan makan???

pernah membeli pakaian dengan harga sebegini????

pernah mak ayah bagi duit poket sebegini tebal?????

pernah membawa wang sebanyak ini tanpa takut dirompak??????


nak merasainya? pergi lah melancong ke Zimbabwe. dengan kadar inflasinya yang begitu tinggi, nilai matawangnya kini mencecah 25 juta Zimbabwe untuk 1 dolar US. menarik bukan?

..

kisah palat memalat belum berakhir.......

Thursday, March 26, 2009

...

hidup ini memang palat.

dan hari seterusnya palat juga..........

Monday, March 23, 2009

adil la sangat...

KDN gantung akhbar PAS, PKR
Mar 23, 09 5:42pm 
kemaskini 6.59pm Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah danSuara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. (http://www.malaysiakini.com/news/100800)
"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.

'Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut'.
(dari sumber yang sama)

apa kes ni bai? bosan la baca utusan je. berita dari satu sumber tak dapat puaskan hati gua yang kosong ni. tak best la macam ni. macam mana rakyat baik macam gua nak buat penilaian?? gua ni rakyat yang terlatih dengan sistem pendidikan yang baik. gua bukan burung kakak tua yang hanya pandai menerima tanpa berfikir. gua ada otak. gua suka berfikir guna otak gua. rugi la ada otak tapi tak boleh guna. gua mesti kena baca banyak sumber. baru gua boleh buat keputusan nak nilai mana baik mana buruk, mana betul mana bohong. kalau macam ni,baik buat macam Hitler. bakar je bahan-bahan yang tak sealiran. lepas tu tembak je sesiapa yang tak sebulu. baru ganas. (tapi jangan tembak gua sudah. gua tak puas hidup lagi)

-nasib baik rumah gua ada teknologi bernama internet.

Saturday, March 21, 2009

rasuah la sangat


bosan tengok berita TV.
asyik cerita pasal rasuah/ politik wang.
kalau betul main rasuah tangkap je la.
apa guna ada SPRM.
lepas tu aku cadangkan kepada ahli politik dalam negara ni: pakai lencana SAYA ANTI RASUAH macam yang polis pakai tu.
aku dah malas nak mengarut panjang pasal ni. dah bosan.



Tuesday, March 17, 2009

untuk mereka yang kurang berani..



kepada mereka yang banyak duit sangat. 
pernah berhajat ingin menjadi seorang perokok yang ganas, tapi takut mati sebab kanser paru-paru.
nah! ini dia yang anda cari. 


Saturday, March 14, 2009

AF? boleh blah......!!!!

hari: 14hb 3. 2009
masa: 8.00 mlm

mrX: hello sahabat, malam ni port biasa jom. Man. U vs Liverpool.

sahabat: malam ni tak bleh bro. bini gua demam. dia suruh gua teman dia kat rumah.

mrX: demam amende? tadi petang aku nampak ok je kat pasar malam.

sahabat: demam AF 7.

P/s: 1. aku sumpah siapa yang mula-mula bagi idea wujudnya AF ni. biar jadi kereta kebal.
        2. kepada mereka yang bergelar isteri, aku minta supaya tolong jangan libatkan suami kamu sama dalam demam kamu tu. menyusahkan aku. nak melepak pun tak cukup geng. cis..

Tuesday, March 10, 2009

cerita lipan

pagi yang hening lagi sejuk. memandangkan aku merupakan seorang penganggur sekarang (hari ke 5) maka aku mengambil keputusan untuk terus melepakkan diri di atas katil dengan ditemani bantal kesayangan dan selimut yang sentiasa setia bersama aku biar pun jam telah pun melewati jam 10 pagi. sekadar mengambil kesempatan dengan kelapangan yang ada.

dan kelapangan ku hanya seketika. kerana dengan tiba-tiba terdengar suara jeritan manja dari ibu kesayangan yang memanggil nama aku dengan penuh pengharapan.

sebagai seorang anak yang baik lagi soleh (er, ye ke?) aku bergegas laju melangkah ke arah suara tersebut melihat apa yang berlaku. mana tahu kalau-kalau ada penyangak yang cuba membuat onar di rumah aku.

"ada apa?" tanyaku penuh tanda tanya dengan kekuda yang telah pun bersedia untuk melaksanakan jurus 'ong bak'.

"tu.. lipan besar." ibuku menunjukkan ke arah pasu bunga di laman belakang rumah.

dipendekkan cerita, dengan menggunakan jurus 'naga mengaum dari rimba', lipan tersebut berjaya di hapuskan dengan sekali serangan. seterusnya dicampakkan ke longkang.

dan..perkara ini mengingatkan aku kepada sesuatu......

ketika aku berumur lebih kurang 4 tahun, aku pernah di gigit oleh lipan. perkara itu terjadi di rumah nenek belah ibu aku. berlaku pada hari terakhir aku bercuti di situ pada waktu itu.

segala-galanya berlaku ketika aku cuba memakai kasut 'Bata' ke kakiku secara berseorangan. sebelah dipakai tanpa masalah. sebelah lagi agak bermasalah. ada sesuatu di dalam kasut yang menyebabkan kakiku gagal dimasukkan secara selesa. terasa ada sesuatu yang berbulu di dalam kasut 'Bata' aku.

dasar budak suci, tanpa rasa sebarang ancaman, aku memasukkan tangan aku ke dalam kasut dengan tujuan membuang benda berbulu tersebut. tanpa sebarang rasa takut.

hasilnya...."waaaaaa...... sakit" aku menjerit tanpa memperdulikan sekeliling. berlari mencari abah tersayang. kasut di tangan aku campakkan entah kemana.

tangan mulus aku disapu dengan sejenis minyak akar kayu. abah aku yang menyapukannya sambil mulut menjampi serapah. entah apa yang dijampinya aku tak tahu. bunyinya lebih kurang macam ni: "puh mak balik pintu, budak nakal memang gitu".

dari jauh terdengar suara mengatakan ada lipan dalam kasut aku. 

setelah reda tangisan merdu aku, aku bangun dengan tekad untuk melihat binatang bernama lipan yang berani menggigit tangan aku. aku nak gigit dia balik.

tapi hampa. lipan dah tiada. Mak Itam bagitau aku yang dia dah halau lipan tu dari kasut aku. dia guna lidi je untuk menghalau binatang lipan tersebut. memang terer Mak Itam aku ni. 
lipan tu katanya dah di makan ayam.

sekali lagi aku menangis. kali ini bukan sebab sakit. tapi sebab kecewa tak dapat melihat lipan.
apa yang aku tahu, lipan tu kakinya macam berbulu-bulu, dan kalau kena gigit memang sakit. 

dan untuk sekalian lama, aku membayangkan lipan itu seakan-akan shuttle cock badminton. mempunyai badan tunggal dan kaki yang banyak seakan-akan bulu.



lipan pada bayangan aku semasa berumur 4 tahun:
agak lama aku beranggapan lipan adalah binatang sebegini. sehinggalah aku bertemu lipan yang sebenar. seberapa lama kemudian. mungkin berbulan. mungkin bertahun lamanya.

Friday, March 6, 2009

diari alam angker


di sebuah kedai ubat serbaneka. (aku maksudkan serbaneka yang sebenar.) 
di pelosok negeri yang tak mungkin dijumpai manusia biasa. 

Pengunjung: tauke. ini kedai ada jual apa?

Tauke: kedai ubat serbaneka. beaneka ubat yang ada. apa yang dicari? kami ada ubat jadi cantik selepas 3 kali sapu, ubat tambah umur dengan 4 kali makan, ubat kuat selepas 2 kali suntikan...

Pengunjung: saya mahu ubat menambahkan kehormatan, kedaulatan, dan ketakutan orang pada saya.

Tauke: untuk apa?

Pengunjung: supaya hamba-hamba di kediaman saya kembali hormatkan saya. tidak memberontak. tidak mempersoalkan diri saya.

Tauke: kehormatan, kedaulatan, hanya diperolehi setelah kamu memuaskan hati orang lain. jika layanan kamu bagus, maka orang akan hormatkan kamu. jika pemerintahan kamu bagus, orang akan mendaulatkan kamu. ubatnya ada pada kamu. tidak perlu membelinya di sini.

Pengunjung: kalau begitu, berikan saya ubat kekebalan. supaya dapat saya memaksa mereka hormatkan saya. supaya saya dapat menghukum mereka yang degil tanpa saya di apa-apakan.

Tauke: hahaha

setelah ketawa 3 kali, tauke lenyap bersama kepulan asap. kedai ubatnya juga lenyap bersama. tinggallah pengunjung tadi terpinga-pinga.

Thursday, March 5, 2009

cuti-cuti cara aku

anda perlukan ketenangan dari kesibukkan? memerlukan cuti yang bermakna demi menghilangkan rasa tertekan dengan kehidupan seharian?? memerlukan menu baru yang segar tanpa perlu pergi ke pasar???

aku tak tahu apa yang kamu perlukan untuk menghilangkan rasa bosan kamu. aku juga tak tahu bagaimana cara terbaik untuk kamu bercuti. aku lagi tak tahu apa yang kamu mahu dalam menu makanan kamu.

aku?
aku punya cara tersendiri untuk menikmati hari-hari yang indah sambil merehatkan fikiran. (fikiran aje, fizikal cerita lain) selain mendapatkan menu yang berlainan dari hari-hari yang biasa.
mari aku ceritakan dengan dibantu oleh gambar-gambar berikut:

keperluan untuk bercuti cara aku
sediakan alatan yang bersesuaian. aku dengan bangganya memperlihatkan alatan yang aku gunakan dalam menikmati cuti cara aku. beberapa batang joran dan keperluan yang berkaitan. dengan adanya keperluan tersebut, maka jelaslah bentuk percutian yang aku pilih. memancing.


destinasi percutian pilihan aku
sungai Pahang. sungai kebanggaan Mat Kilau dan Tok Gajah yang diwarisi anak cucunya. tidak perlu menghabiskan duit minyak (bagi aku, sebab aku memang tinggal berdekatan, kalau yang duduk di Perak, sungai Perak lebih afdal untuk anda)


hasil tangkapan yang pertama
Mr.X dengan bangganya telah memenangi acara tangkapan terawal. namun, tiada hadiah yang disediakan. perhatikan mata udang galah saiz sederhana tersebut. cukup merah, dan memandang Mr.X dengan pandangan buat-buat sedih. dengan harapan beliau akan dilepaskan. "hahaha sorry Mr. Udang Galah. you are mine now."


tangkapan tidak tersangka
Mr.Y dengan bangganya memperlihatkan hasil tangkapannya. seekor pari yang masih remaja. tapi cukup liat untuk dijinakkan. pari sungai Pahang yang telah terlebih dahulu dikerat ekornya sebelum gambar diambil demi keselamatan para pelancong @ pemancing. (kes tak nak jadi seperti Steve Irwin)


tangkapan paling mencabar
Mr.Z mempertontonkan hasil tangkapan yang mencabar naluri pemancingan beliau. bukan kerana saiz tangkapan. tetapi kerana betapa azabnya bagi beliau untuk mendapat tangkapan yang pertama. (untuk rekod: Mr.X dan Mr.Y dah puas mengutuk dan memperli beliau sebelum hasil tangkapannya yang pertama berjaya dinaikkan. kes joran terlebih perasap. hahaha)

sekian dahulu percutian untuk kali ini. hasil tangkapan keseluruhan adalah cukup untuk dibuat lauk bagi hari tersebut. sengaja tak nak pancing banyak-banyak. takut pupus. 

akhir kata, bercuti lah di Malaysia. segala-galanya ada di sini. (iklan kementerian perlancongan yang tidak dibayar penyiarannya)

Tuesday, March 3, 2009

teka tekuk, siapa tak dapat kena ketuk


soalan teka-tekuknya berbunyi begini:

apa persamaan yang ada antara filem Laksamana DO RE MI dengan negeri Perak?




Friday, February 27, 2009

Masked Rider versi Melayu


sekarang ini aku berasa cukup selamat.
kerana aku berkawan dengan penyelamat.
dengan bangganya aku mengumumkan bahawa Masked Rider bukan hanya ada di Jepun.
di Malaysia pun dah ada.
aku ada buktinya.


bukti kukuh yang telah diperkukuhkan: 

penampilan khas seorang Masked Rider yang mempamerkan tali pinggang ajaibnya kepada aku dengan wajah yang penuh riak. tali pinggang berbentuk kumbang merah (sekali tengok macam kumbang tahi)  yang berupaya mengubah penampilannya sekali gus memberikannya kuasa untuk berlawan dengan raksasa jahat yang cuba menguasai bumi. (dilengkapi dengan bunyi-bunyian dan lampu yang bewarna-warni)




setelah menghidupkan suis utama tali pinggang hikmat, seorang lelaki tipikal yang sebelum ini makan gaji dengan kerajaan dari jam 8.00 hingga 5.00 petang telah pun bertukar wajah. muka yang disapu bedak setiap hari telah berjaya disembunyikan di sebalik watak seorang hero.

siapa dia hero kita ini sebenarnya??

aku tahu. tapi sengaja tak nak kasi tahu. sebab aku dah janji dengan dia bahawa identiti dia akan aku rahsiakan. meski pun pistol diacukan di kepala. (lain la kalau aku diacukan dengan seguni duit RM50.)

amacam? best tak aku? ada kawan superhero. korang ada ke??

Tuesday, February 24, 2009

motosikal untuk dijual.....ke???

anda seorang mat rempit? mat motor? atau anda memang suka motosikal walaupun anda bukan salah seorang dari yang di sebutkan tadi?

pening kepala memikirkan masalah yang biasa dihadapi dengan menggunakan motosikal biasa?

ada duit untuk digunakan tetapi buntu mencari jalan penyelesaian terhadap masalah anda dengan motosikal anda?

memang bukan semua masalah senang diuruskan meskipun mempunyai kemampuan.

jika anda mempunyai masalah ini: 

1. sukakan motosikal yang unik tetapi tidak mempunyai ruang yang mencukupi untuk menyimpannya

2. sukakan motosikal tetapi takut jiran-jiran mencalarkan motosikal kesayangan anda kerana dengki pada anda (atau kerana anda suka mengintai anak/bini muda jiran anda tanpa mengira masa)

3. sukakan motosikal tetapi belum menjumpai motosikal yang cukup laju yang membolehkan anda melewatkan waktu bangun tidur di pagi hari selama beberapa minit lagi sebelum bergegas ke tempat kerja 

maka inilah jawapan kepada masalah anda: memperkenalkan........

MOJIRU (motosikal jimat ruang)
motosikal ini sungguh menjimatkan ruang. sesuai kepada mereka yang mempunyai masalah no. 1. anda boleh menyimpannya di bawah katil jika anda mahu.


MOKACA (motosikal kalis calar)
motosikal ini kalis calar. anda tidak perlu risau jika jiran anda mempunyai hobi suka mencalarkan motosikal jiran-jiran. (tetapi awas dengan pengumpul besi buruk). jawapan kepada masalah no.2.


MOPEBER (motosikal peluru berpandu)
kelajuannya diakui setanding dengan peluru berpandu milik negara-negara eropah dan korea utara. membolehkan anda sampai ke destinasi yang ditujui dalam masa yang singkat. jawapan kepada masalah no.3.

dimana anda boleh mendapatkannya??

pastinya bukan disini....................................

Saturday, February 21, 2009

deria rasa anda ok?


"abang nak minum apa" tanya gadis berbaju pink.

"macam biasa. nescafe o ais." jawapan ringkas dari mr X.

beberapa putaran jarum saat kemudian, air yang diminta sampai.

"warna macam biasa. gelas macam biasa. tapi macam luar biasa." ngomel mr X.

"apa yang luar biasa" tanya mr Y.

"rasa mentimun." kata mr X sambil mengerutkan dahi.



Wednesday, February 18, 2009

bahasa Melayu VS bahasa Inggeris

jika baru-baru ini, Gabungan Penulis Nasional (Gapena) telah membuat laporan polis terhadap Kementerian Palajaran berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kini tiba giliran Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pula yang membuat laporan serupa terhadap kementerian terbabit.

kedua-dua pertubuhan ini membuat laporan atas alasan "tidak sah di sudut undang-undang dan bertentangan dengan Seksyen 17(1), Akta Pendidikan 1996 dan bercanggah dengan kehendak dan tujuan Perkara 152(1) dan 152(6) Perlembagaan Persekutuan".

Menurut laporan berkenaan, Perkara 152(1) memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan diperuntukkan melalui undang-undang, bahawa tiada sesiapa boleh dilarang dan dihalang menggunakan (selain bagi "maksud rasmi") atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

Perkara 152(6) pula memperuntukkan bahasa perkara-perkara pendidikan negara, mata pelajaran utama dalam kurikulum kebangsaan yang diuruskan oleh Kementerian Pelajaran tergolong dalam kategori "maksud rasmi".

pandangan kedua-dua pihak ini di lihat sealiran dengan pandangan yang pernah diutarakan oleh beberapa tokoh akedemik negara atas isu ini.

kesempatan yang aku perolehi ketika berbual-bual dengan beberapa orang guru sekolah di daerah aku (bekas guru-guru dan rakan-rakan aku yang kini bergelar guru) telah mewujudkan beberapa pandangan tersendiri tentang isu ini. ada pro dan kontranya. begitu juga dengan pandangan beberapa orang rakan yang langsung tidak mempunyai kaitan dengan bidang perguruan namun masih mengambil tahu tentang isu ni.

satu perkara yang dipegang oleh mereka yang pro dengan keputusan kementerian telah mengeluarkan hujah bahawa penggunakan bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan metematik lebih membawa kebaikkan kepada jangka masa panjang. kekurangan bahan-bahan rujukan dalam bahasa Melayu di peringkat pengajian tinggi di jadikan alasan yang kukuh kepada penyokongan tindakan kementerian. aku akui bahawa hal ini sememangnya benar. amat sukar bagi kita selaku pengguna bahasa Melayu untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan yang berkualiti dalam bahasa Melayu. kebanyakkannya adalah yang berbahasa Inggeris. dan sekiranya ada pun, jumlahnya begitu kecil dan tidak memadai untuk dijadikan rujukan mutlak semata-mata. 

sebagai alternatif kepada masalah ini, bahan-bahan rujukan yang telah diterjemah sering kali menjadi pilihan dalam membuat rujukan. satu perkara yang nyata, bahasa yang diterjemah ini seringkali didapati menggunakan bahasa Indonesia dan bukannya bahasa Melayu kebangsaan. amat-amat kurang bahan rujukan dalam bahasa Melayu kebangsaan di dapati di pasaran mahupun di mana-mana perpustakaan di Malaysia.

satu perkara yang selalu dipersoalkan dalam perkara ini ialah ketepatan maklumat yang telah diterjemahkan. ramai yang beranggapan, bahan-bahan terjemahan ini telah mengurangkan nilai ilmu yang sebenar dalam karya asalnya.

penggunakan bahasa Inggeris semenjak di bangku sekolah di harapkan mampu melahirkan pelajar yang mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik pada kemudian hari. sekali gus mengatasi masalah kesukaran mendapatkan bahan rujukan yang berkualiti.

pendapat yang kontra pula sering menjadikan perlembagaan sebagai inspirasi utama dalam memperjuangkan bahasa Melayu dalam pengajaran di sekolah. martabat bahasa Melayu dipandang cukup tinggi oleh golongan ini. mereka juga sering menjadikan negara Jepun sebagai contoh negara yang mampu mencapai tahap yang tinggi meskipun mengutamakan bahasa kebangsaan mereka dalam menyampaikan ilmu.

lambakan istilah sains dan matematik yang dicipta dan diubahsuai oleh tokoh-tokoh akedemik juga dijadikan alasan mengapa perlunya bahasa Melayu dipelihara dan menolak penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam subjek tersebut. mereka beranggapan tiada gunanya pelbagai istilah dicipta sekiranya tidak digunakan.

ada juga yang mengemukakan hujah tentang kesan yang dilihat berlaku pada pelajar hari ini khususnya pelajar di luar bandar yang diketahui agak lemah penguasaan bahasa Inggeris mereka. penggunaan bahasa Inggeris dikatakan menjadi sebab mengapa ada dikalangan pelajar yang gagal dalam matapelajaran sains dan matematik dalam peperiksaan kebangsaan meskipun mampu menguasai matapelajaran itu sebelum ini.

ada pendapat yang menghujah melalui penceritaan orang sekeliling mereka dan pengalaman mereka sendiri yang mendapati ada pelajar yang sebenarnya menguasai matapelajaran tersebut tetapi tetap gagal dalam peperiksaan. contoh yang di berikan kepada aku ialah kisah seorang pelajar yang apabila diaju soalan matematik dalam bahasa Melayu, mampu menjawabnya dengan tepat. tetapi apabila soalan yang sama diberikan dalam bahasa Inggeris, pelajar tersebut tidak mampu menjawabnya sama sekali. kata mereka, ini membuktikan bahawa pelajar tersebut tahu matematik, cuma kurang tahu bahasa Inggeris. bukannya bodoh matematik. jadi tiada sebabnya sekiranya dia digagalkan untuk subjek matematik hanya kerana kurangnya penguasaan bahasa Inggeris.

aku sendiri kurang pasti tentang corak sebenar perlaksanaannya di sekolah-sekolah. dan aku juga difahamkan bahawa dalam peperiksaan yang sebenar, soalannya ada dalam kedua-dua bahasa ini. aku agak keliru dalam hal ini. kerana, jika benar ada dua bahasa yang digunakan dalam peperiksaan, maka apa relevannya hal ini dibangkitkan? sekiranya pelajar itu mahir berbahasa Inggeris, biarkan sahaja mereka menjawab dalam bahasa tersebut dan sekiranya pelajar kurang mahir berbahasa Inggeris, teruskan sahaja dengan jawapan dalam bahasa Melayu. tentang bahasa yang digunakan ketika mengajar, bergantunglah kepada kesesuaian masa, tempat dan keadaan.

aku mengharapkan pandangan yang ikhlas dari mereka yang mempunyai pandangan tersendiri dalam hal ini. aku masih dalam 'mode' pemerhati. aku mengakui pandangan pihak yang pro yang aku lihat ada benarnya, dan dalam masa yang sama aku juga ingin bahasa Melayu dikekalkan.

 


Saturday, February 14, 2009

suatu petang di taman permainan


"bak sini balik." seorang budak berbaju biru menjerit separuh menangis. sambil tangan merampas kasar mainan patung Power Rangers dari tangan budak lainnya.

"kedekut. aku nak pinjam je la. babi." jerit kanak-kanak yang dirampas mainannya tadi sambil menolak jatuh budak berbaju biru. dia berbaju kuning yang mempunyai gambar Upin dan Ipin di bajunya.

hasil jatuhan tadi menyebabkan budak berbaju biru terjatuh. luka kakinya. lalu meraung kesakitan seolah-olah terkena peluru tembakan zionis di Palestin.

"waaaa...... sakit. ko jahat. kami bagi tau mak kami. waaaaaa........ tak nak kawan" budak berbaju biru berkata dalam menangis.

"ha... ha.... tak tau. dia menangis." gabungan suara secara beramai-ramai oleh budak-budak yang berhampiran. campuran lelaki dan perempuan. sambil jari telunjuk di goyang-goyangkan.

setelah sesaat dua, budak berbaju kuning bergambar Upin dan Ipin mula bertindak.
kakinya melangkah laju ke arah budak berbaju biru. mengangkat tangannya. dan...

"salam." sambil tangan di hulurkan.
"aku mintak maaf. kita kawan balik ek." mulut budak berbaju kuning berkata ikhlas.

"ok." budak berbaju biru membalas. sambil tangan menyambut salam itu tadi. air mata di lap dengan baju. bersekali dengan hingus yang mengalir keluar.

Tuesday, February 10, 2009

lu kena beb....

"Dalam kejadian berasingan sebelum ini, dua lelaki warga Nepal turut menjadi mangsa apabila dirompak geng penjenayah sama ketika menaiki bas berhampiran Bukit Bintang.

Kedua-dua mangsa mendakwa kerugian hampir RM10,000 apabila wang tunai berjumlah RM7,000 serta telefon bimbit berjenama milik mereka disamun kumpulan terbabit.

Mangsa, Durga Bahadur Rimal, 28, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mendakwa dirompak tiga lelaki warga asing yang mendakapnya dari belakang sebelum menggeledah poket seluarnya." 



sori bro. gua tak tahan nak gelak. korang nak cakap aku ni jahat ke cakap la. nak cakap aku ni orang yang penuh dengan semangat perkauman pun lantak korang la. yang penting aku tahu siapa aku. aku tak tahan nak gelak.

hahahaha gelak lagi.

korang-korang percaya ke apa yang mamat nepal ni cakap?
jalan-jalan tengah bandar naik bas. bawak RM7,000 dalam poket.
henset pun harga sampai RM3,000. 
kalau bahagi dua orang, kiranya sorang bawak RM3,500 dalam poket dan pakai henset yang harganya RM1,500 sorang.

hahaha lagi

kerja jadi pak guard je. 
kalau kata datang Malaysia jadi 'bisnesmen' ke boleh la aku nak percaya.
tu pun aku akan tertanya-tanya bisnes apa.
jual minyak wangi tiruan ke?
ke jual ubat kuat di ranjang?

hahahaha

aku tak fikir yang wartawan ni salah tulis fakta.
yang aku fikir wartawan dengan polis tu dah kena tipu sama mamat nepal tu.

hahahahahahaha........

hidup ni sementara aje..



sesekali berada di atas
perlu juga memandang ke bawah
bila sekali di duga nafas
siaplah diri menjadi arwah

Saturday, February 7, 2009

hikayat beriwayat

adapun pada satu hari yang hening, berlabuhlah sebuah kapal yang besar lagi mewah di pinggir pantai negeri Isketambola. kapal yang bermuatan berganda besarnya daripada tongkang-tongkang buatan negara China itu di ketuai oleh seorang nakhoda perkasa yang bernama Panglima Alam Kesuma anak sulung Pendekar Mata Tiga dari negeri Ais Kepal yang berajakan Raja Mangku Peribumi.
adapun tujuan berlabuhnya kapal ini adalah untuk melakukan sedikit perdagangan yang bernilai jutaan wang emas yang di percayai boleh menguntungkan kedua-dua pihak hendaknya.
dengan menggunakan sampan yang berjumlah tiga biji kesemuanya, berangkatlah Panglima Alam Kesuma ke darat untuk mengadap pemerintah tempatan bagi menyampaikan hasratnya itu. sudah menjadi adat turun-temurun, setiap yang ingin berdagang hendaklah mendapat keizinan empunya tanah jajahan sebelum urusan jual beli dilaksanakan. kegagalan berbuat demikian bisa membuatkan segala urusan disalah ertikan dan berkemungkinan terjadinya peperangan.
kaki yang pertama kali memijak tanah telah disambut oleh rakyat kebanyakkan dengan penuh rasa kehairanan. kehairanan kerana kagumnya melihat kapal yang begitu besar dan kehairanan melihat pakaian yang dipakai oleh rombongan Panglima Alam Kesuma itu. sesungguhnya pakaian yang menyaluti tubuh rombongan Panglima Alam Kesuma di lihat begitu cantik dan mengagumkan. bewarna terang berkilat. di tambah lagi oleh hiasan labuci-labuci yang pelbagai bentuk dan warna, serta kasut yang dilihat tinggi buatannya hingga hampir mencecah lutut ahli rombongan Panglima Alam Kesuma itu.
rombongan Panglima Alam Kesuma itu di bantu oleh Patih Kerjasama yang bertindak sebagai jurubahasa. adapun di ceritakan Patih Kerjasama ini mampu bertutur dalam 14 bahasa termasuk bahasa makhluk hijau yang tinggal di planet lain yang sekali sekala datang bertandang ke bumi menggunakan geroda terbang berbentuk piring.
tanpa membuang masa, Patih Kerjasama pun terus mengajukan soalan bertanya kedudukan kediaman dan nama memanda negeri tersebut kepada orang ramai di pasar dengan suara yang agak kuat dengan niat menunjuk-nunjuk kepandaiannya kepada Panglima Alam Kesuma dan anak-anak buahnya yang lain. sudah menjadi adat juga memanda negeri harus di utamakan. hanya melalui memanda sahaja lah baru dapat kiranya mereka berjumpa dengan raja negeri tersebut.
dan sebaik sahaja pertanyaan di ajukan, bukan kekaguman yang diperolehi oleh Panglima Alam Kesuma, bahkan muka yang mencuka kehairanan semata-mata. apa yang dilihat oleh Panglima Alam Kesuma bukan lagi sambutan yang hangat seperti tadi, bahkan pergaduhan yang berlaku di hadapan matanya antara 2 puak di pasar tersebut. sambil mengundurkan langkah perlahan-lahan ke belakang, tangan kanan dan kirinya mula mengusap-ngusap senjata yang dibawa. sebagai langkah berjaga-jaga. di fikirannya, berkemungkinan Patih Kerjasama sudah gagal menjalankan tanggungjawabnya dan telah mencetuskan pergaduhan itu.
setelah berada dalam jarak yang selamat, dengan pantas Patih Kerjasama di panggil. pertanyaan di ajukan tentang perihal yang berlaku sebentar tadi.
segera dijawab dengan suara yang tersekat-sekat oleh Patih Kerjasama. 
"ampun Panglima, ada pun mulanya tadi patik telah pun menjalankan perintah Panglima dengan bertanyakan akan nama dan tempat kediaman Memanda negeri ini. dan pertanyaan patik itu tadi telah menjadi begitu sensitif kepada orang ramai di pasar sehingga tahap hendak bertikam-tikam pula."
"mengapa begitu?" tanya Panglima Alam Kesuma penuh hairan sambil mengerutkan dahinya.
"adapun pertanyaan patik tadi telah mewujudkan dua jawapan yang berlainan. puak yang pertama mengatakan memanda negeri ini bernama Bendahara Ajino dan berumah di utara kampung ini, manakala sepuak yang lain pula berkeras mengatakan Bendahara Misai Rimau lah memanda yang sah dan berumah di selatan kampung. masing-masing berkeras dengan pendapat masing-masing hingga mahu mencabut nyawa lagaknya." jawab Patih Kerjasama takut-takut.
"aneh, belum pernah aku berjumpa dengan negeri seperti ini. dua memanda dalam satu masa. apa agaknya yang berlaku? ayuh semua. bersiap ke kapal. kita cari negeri lain. negeri ini kurang molek untuk berdagang. politiknya kucar-kacir. tidak stabil." Panglima Alam Kesuma bersuara.
maka berangkatlah kembali rombongan ini ke kapal. kembali membuka peta mencari negeri lain yang lebih sesuai untuk mereka berdagang. meninggalkan negeri Isketambola kerugian.