Friday, October 31, 2008

tak nak merokok vs tak nak mati di jalan raya

usaha terbaru kerajaan Malaysia dalam menjalankan kempen 'tak nak merokok' ialah dengan menaikkan harga rokok di pasaran tempatan akhir tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan. harga rokok dikatakan akan diletakkan pada harga minimun RM6 sekotak. (kotak besar mana aku tak pasti) idea ini dikatakan berupaya menyusahkan 'mereka-mereka' yang baru hendak belajar merokok khususnya pelajar-pelajar sekolah dan mereka yang berpendapatan rendah. (hisap rokok daun la korang selepas ni..)ini semua kerana harga rokok sekarang dikatakan masih murah. (rokok jenama Malaysia la ni)

selain itu, hiasan kotak-kotak rokok juga akan dikemas kinikan supaya menjadi lebih menarik dan cantik. seperti ini:








setiap kotak rokok akan diwajibkan mempunyai gambar-gambar seperti diatas dengan harapan ada perokok yang akan insaf dan supaya perokok-perokok baru akan berfikir panjang sebelum menceburi arena penuh kenikmatan ini.

aku secara peribadi tidak menghalang usaha kerajaan ini. mungkin benar cara ini berkesan. dan pastinya merupakan satu kejayaan besar kepada kerajaan Malaysia sekiranya ada yang berhenti merokok. biar pun hanya seorang.

sebagai seorang perokok, aku secara ihklasnya merasakan bahawa gambar-gambar ini semua masih belum mampu menggugat rasa nikmat aku kepada rokok. rasanya kawan-kawanku yang seangkatan juga mempunyai pandangan yang sama dengan aku.

dan memandangkan kadar kematian yang diakibatkan oleh rokok masih rendah berbanding kadar kematian yang disebabkan oleh kes kemalangan jalan raya, maka aku cadangkan kepada kerajaan agar membuat kempen yang serupa kepada pengguna jalan raya di negara ini dan juga kepada pemilik-pemilik kederaan sekalian. (mungkin patut dinamakan kempen 'tak nak mati di jalan raya')apa kata kalau pendekatan yang sama digunakan. paparkan di papan-papan iklan seluruh negara dengan gambar-gambar ngeri kemalangan yang berlaku. siarkan gambar-gambar orang putus kepala, putus kaki, terburai perut, badan terkoyak dan sebagainya tanpa sebarang 'kekaburan' pada gambar terbabit. biarkan masyarakat sekalian menikmatinya dengan penuh perasaan ngeri. tampalkan juga gambar-gambar sebegitu di 'dashboard" kereta-kereta nasional. biar sepanjang masa mereka beringat.

ha...bagaimana? rasa-rasanya boleh tak kempen sebegini dijalankan??

Wednesday, October 29, 2008

tiada tajuk 2

hari ni aku tension. bengang. sakit hati. marah. malas. semua sifat-sifat keji ada. apa yang berlaku aku taknak cakap.
dan lumrah manusia macam aku: bila tension, cari hiburan. dengan harapan akan membawa aku lepas seketika dari durjana dunia yang kadang kala gembira berlaku kejam padaku.
dan hiburan yang aku suka: pelbagai genre lagu. kecuali lagu jiwa kacau air mata berdarah yang biasanya dinyanyikan secara sengau. aku tak tahu mengapa mesti dinyanyikan sedemikian rupa. kalau ada sesiapa yang tahu, sila bagitau.
aku mencari-cari lagu yang sesuai dengan keadaan ketika ini. satu persatu senarai lagu kesukaan aku belek.
hasilnya: semua aku tak berkenan. lagu yang sama setiap kali. boring.
dan ketika ini, sedang menunggu lagu yang dikirimkan sahabat aku yang setia dengan aku sekian lama. memang sahabat yang best. aku ada bukti yang kukuh:
1: banyak kali tidur dikaki lima dengan aku kerana miskin tak mampu nak cari tempat yang lebih selesa. (kes zaman remaja dulu-dulu)
2: sudi mengirimkan hiburan yang aku perlukan ketika ini
3,4,5,6,7 dan seterusnya: malas nak cerita. tapi yang pasti memang best.
dan aku ketika ini amat berharap agar lagu-lagu yang bakal tiba mampu mencapai tahap BEST.

Tuesday, October 28, 2008

buat la kerja lain, tak perlu membebel padaku...

aku seorang perokok. aku suka hisap rokok. aku dan rokok dah macam aur dengan tebing.
kepada mereka yang tak suka tengok aku merokok, SILA TUTUP MATA ANDA. nasihat anda tidak diperlukan.

Saturday, October 25, 2008

antara pekerja kontrak dan kontrak mereka

Nasib 50,000 pekerja kontrak jadi persoalan
KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada kira-kira 50,000 kakitangan awam yang sedang berkhidmat secara kontrak mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.
Mereka adalah kakitangan yang kontraknya disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan untuk menamatkan perkhidmatan mereka, kerana kerajaan dilihat masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat sehingga lebih 20 tahun.
"Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap," kata Omar
.-(KOSMO 24 Oktober 2008.)

percaya atau tidak, anggaran kasar kaki tangan kerajaan yang berkhidmat untuk kerajaan secara kontrak adalah 50,000 orang. dan sekarang mereka hidup dalam keadaan yang penuh dengan teka-teki tentang masa depan mereka.
seperti yang tertulis diatas, kerja yang mereka lakukan adalah sama seperti yang dilakukan oleh kaki tangan kerajaan lain yang bertaraf tetap. senang cakap, tanpa mereka, akan pincang dan tempanglah badan-badan yang berkenaan.
pengambilan pekerja secara kontrak menggambarkan bahawa khidmat mereka sekurang-kurangnya PERNAH penting kepada kerajaan sehinggakan jawatan yang disandang ditawarkan untuk di isi secara segera.
namun dilihat, pihak kerajaan dengan senangnya mempergunakan khidmat mereka dikala memerlukan dan akhirnya membayangkan kemungkinan untuk menamatkan khidmat mereka secara mendadak atas alasan kekurangan sumber kewangan. satu alasan yang tidak cukup kuat untuk membuang pekerja.
wajarkah alasan ini digunakan walhal kerajaan sendiri memberi jaminan bahawa ekonomi negara masih ditahap yang baik dan mencanangkan bahawa negara masih mempunyai stok simpanan yang mencukupi untuk menjana ekonomi negara.
adalah suatu yang pelik apabila ada yang berbunyi bahawa telah berkhidmat secara kontrak sehingga mencapai 20 tahun. secara logiknya, apabila khidmat mereka diperlukan untuk jangkamasa yang begitu lama, wajarlah agar mereka yang berkenaan ditawarkan jawatan yang tetap memandangkan khidmat mereka benar-benar diperlukan.
terdengar suara-suara tertentu yang mengatakan bahawa tindakan mengambil pekerja secara kontrak ini adalah kerana kerajaan mahu menjimatkan kos yang perlu ditanggung memandangkan pekerja kontrak tidak mempunyai kemudahan yang sama seperti yang dimiliki oleh pekerja bertaraf tetap. sememangnya perkara ini diakui ramai sebagai benar.
persoalannya, wajarkah perkara ini berlaku? menggunakan khidmat manusia pada kadar yang sama tetapi menafikan sesetengah hak yang wujud? dan apabila menghadapi sedikit krisis, lemparkan mereka sesuka hati.
bayangkan apa yang akan berlaku kepada mereka yang selama ini mendapatkan nafkah dengan menyambung kontrak dari tahun ke tahun. menyara keluarga dan menyekolahkan anak-anak dengan gaji kontrak. mengharapkan agar satu hari nanti akan ditawarkan jawatan tetap. agar sama tarafnya dengan rakan-rakan yang lain.
dan...secara mendadak, diberhentikan.

Tuesday, October 21, 2008

sejarah hitam yang memalukan diri sendiri

perkara ini berlaku pada tahun 2003. perkara yang agak memalukan diri sendiri dan membuatkan aku menjadi seorang yang berhati-hati dalam acara mempelawa awek makan.
nak dijadikan satu cerita, dalam usaha mengorat seorang awek yang cun aku telah memulakan acara aku dengan menjadi seorang yang pemurah ala-ala 'gentlemen' a.k.a 'macho' dengan mempelawa seorang awek yang aku namakan disini sebagai Miss X (kompom bukan nama sebenar) untuk makan tengah hari bersama-sama.
hari yang dipilih adalah hari minggu yang kebetulan menjadi hari rasmi tiap-tiap minggu untuk mereka yang berkenaan membeli belah di 'pekan sehari'. dan tempat yang dipilih, merupakan sebuah restoran yang agak terkenal di bandar aku ini yang bernama 'Happy Fried Chicken'. jangan risau. memang bukan 'KFC. nama je hampir sama dihujungnya.
dalam poket aku masa itu hanya la mengandungi dua keping not Rm 10 dan sekeping not Rm5. tu je yang ada pada masa itu. aku masih memegang 'title' penggangur terhormat pada masa itu. duit yang ada pun hanyalah duit poket yang diperolehi daripada ehsan abah aku.
lewat setengah jam dari masa yang dijanjikan, barulah Miss X muncul dengan sebuah senyuman yang cukup menawan. macam iklan ubat gigi. bergetar sekejap jiwa aku yang kudus dan mulus ni. tapi ianya bertukar menjadi sedikit tawar yang berjaya mempengaruhi aku untuk melemparkan senyuman yang tidak ikhlas. anda nak tahu mengapa? sebab, belum sempat aku nak berkata apa-apa, Miss X terlebih dahulu bersuara dengan dialog ini: "ini ibu saya" katanya sambil memegang tangan seorang wanita separuh umur bercermin mata yang pada mulanya aku sangkakan hanya berada di situ secara kebetulan. maka, dengan lagak macho dan kereknya, aku pun mempelawa ajak-ajak ayam kepada ibu Miss X untuk join sekali kami makan. dan yang menyedihkan, pelawaan ku tadi disambut girang oleh wanita tersebut sambil tersenyum...
berada di dalam restoran tersebut bersama Miss X dan ibunya yang muncul tanpa dirancang telah membataskan perbualan yang sepatutnya berlaku. segala apa yang dirancang sebelum tidur malam tadi telah menjadi hancur. sehancur daging cincang yang berada dalam plastik merah yang dibimbing oleh ibu Miss X yang sempat dibeli di 'Pekan sehari' sebelum kami bertemu. dialog-dialog yang aku rancangkan semasa menunggang EX5 abah aku di dalam perjalanan gagal aku ucapkan. yang keluar dari mulut aku masa itu hanyalah dialog-dialog spontan yang langsung tidak bercirikan 'ayat-ayat mengorat'. memang boring.
tapi macam biasa, aku buat-buat rilex. hero kena la berlagak macho. mana boleh bagi jatuh air muka depan awek.
dan kerana hendak menjaga air muka yang sebenarnya hanyalah peluh-peluh 'saspen', maka aku mempelawa mereka berdua untuk membuat 'oder' terlebih dahulu. supaya mudah untuk aku membuat perkiraan akan bil yang bakal aku hadapi nanti. dengan perawakan manis ala-ala Juliana Evan, Miss X membuat permintaan. untuknya dan ibunya. nasi daging lada hitam. dan sebagai cecair pelincir, jus oren. padanan yang nampak sempurna di mata mereka. dan apabila tiba masanya, aku dengan bergayanya meng'oder' teh o ais limau dengan kentang goreng saiz paling kecil. dengan alasan masih kekenyangan walhal perut dah mula pedih. untuk makluman, sebutir nasi pun belum masuk perut pada hari itu. sarapan pun tak ada. semuanya hanya kerana aku malas nak buat 'part-time' cuci pinggan di restoran tersebut.
dengan lagak seorang hero, perbualan yang membosankan aku teruskan jua sambil menghirup teh o ais limau secara perlahan-lahan sambil melihat mereka berdua mengunyah makanan tanpa ada langsung perlawaan walaupun untuk merasa apa yang lidah mereka sedang rasa ketika itu. dan ternyata, ibu Miss X merupakan seorang yang peramah yang amat sehinggakan aku gagal menikmati suara yang keluar dari mulut Miss X. Asyik ibu dia je yang bercakap.
habis makan, habis modal untuk berborak, maka mereka pun meminta diri untuk pulang dengan ucapan yang agak sopan hasil dari perut yang kekenyangan. dah orang nak minta diri, terpaksa la aku relakan. diri mereka. mereka punya suka la. tak mampu aku nak halang walaupun masih belum puas untuk aku menatap wajah ayu Miss X.
dengan langkah yang mantap, yakin, dengan sedikit perasaan was-was, aku ke kaunter untuk menjelaskan bayaran. bersama i/c yang telah aku sediakan sebagai cagaran sekiranya duit yang ada tidak mencukupi.
ternyata nasib menyebelahi aku. duit yang aku ada lebih dari cukup. siap berbaki. walaupun bakinya tidak mencukupi untuk aku mengisi petrol EX5 abah aku dengan penuh.
dan cerita ini terus melekat dalam memori aku dengan hanya diketahui oleh mereka yang rapat dengan aku sahaja. dan hari ini aku bersedia memalukan diri aku sendiri dengan mencatatkannya disini.

p/s; itu la kali terakhir aku keluar dengan Miss X. aku dah serik nak bawa dia keluar tanpa memiliki duit yang mencukupi sekiranya menghadapi saat-saat yang tak terduga lagi. berita terakhir yang aku dengar pasal Miss X: dia dah kawin.

Monday, October 20, 2008

aku, moto yang pancit, dan pomen yang mangkuk

waktu: 4.00 petang
lokasi: bengkel moto belakang pejabat
perkara: tukar tiub tayar. (pancit)

memandangkan tokey bengkel tengah sibuk menjahanamkan moto-moto pelanggan yang lain, maka diarahkan anak buahnya yang pada perkiraan aku berada dalam lingkungan umur 15 ke 17 tahun untuk melaksanakan tanggungjawab yang aku berikan.

perkara yang jarang-jarang berlaku:
rantai moto diputuskan sambungannya dengan tujuan mencabut tayar belakang moto untuk menukar tiub. selama 2 tahun lebih moto ini berkhidmat untuk aku, sekali pun tidak pernah lagi aku menggunakan cara yang sedemikian semata-mata kerana ingin mencabut tayar bahkan pomen-pomen yang lain juga rasanya mampu mencabut tayar tanpa memutuskan hubungan silatulrahim antara rantai sesama rantai itu. tapi aku buat-buat rilex. mungkin ini skil baru yang cuba dipraktikkan oleh pomen muda itu tadi. (walaupun dalam hati aku rasa macam nak tergelak dan rasa macam aku nak mintak pekakas yang ada untuk aku buat sendiri apa yang patut).

setengah jam berlalu.
tiub akhirnya berjaya dipasang dengan keadaan yang betul oleh pomen muda itu tadi. aku masih buat-buat biasa walaupun peluh dah menitik-nitik macam baru lepas lari 800 meter.
untuk catatan: 3 batang rokok digunakan dalam operasi menunggu ini tadi.

cubaan memasang tayar dilaksanakan. terhegeh-hegeh. lembab. kalut. saspen. semua ada. aku masih rilex. senyum sorang-sorang.
dan secara tiba-tiba dialog pelat keluar dari mulut si pomen.

pomen mangkuk: err.. abang, boleh kasi tolong saya pegang ini moto?

aku: err.. ok.

seketika kemudiaan.....

pomen mangkuk itu lagi: err.. abang, ini nat mana mahu taruk?

aku: terdiam.....sambil mengelipkan mata berkali-kali.(dalam hati: tuhan aje la yang tahu apa yang aku cakap)

Tuesday, October 14, 2008

gangguan seksual di pagi hari

satu pagi yang mendung. (matahari segan-segan nak keluar.)

"woi, apa ko buat tu ha? skodeng aku ker?" Mak Limah menjerit macam tarzan

"hoh, pehal plak. tak baik la tuduh-tuduh cam tu. sapa yang nak skodeng. bukan cun pun. kedut je macam baju tak seterika." gua (bukan orang sebenar) balas balik kat Mak Limah.

"sapa kata aku tak cun. kalo aku tepek bedak, Dato' K pun datang ngorat aku tau. ko pandang-pandang macam tu kira gangguan seksual tau. aku repot polis nanti baru ko tau. hehehe" Mak Limah sound gua balik.

"cis..Mak Limah tu yang buat gangguan seksual tau tak. dah tau nak sidai kain luar rumah tu pakai la baju. ni saje je nak berkemban." gua (bukan orang sebenar) balas baik.

persoalannya disini:
siapa yang sebenarnya membuat gangguan seksual? Gua? (bukan nama sebenar) yang baru je nyala rokok nak kasi lawas tekak selepas sarapan di luar rumah yang terpandang seorang mak cik tua yang berkedut dan tak lawa secara memang tak sengaja ,

atau,

Mak Limah? yang perasan seksi sambil berkemban dengan kain batik lusuh yang sedang menyidai kain di belakang rumah beliau.

emmmm...

keluar..

keluar
keluar
keluar dari kepompongmu

keluar
beranikan diri
lebarkan sayap

rasailah kepedihan
rasai kesakitan
rasai kesulitan
rasai kecelakaan

agar kau lebih kuat
agar kau lebih hebat

rasai ketajaman
biar terluka

rasai kehangatan
biar terbakar

rasai kelemasan
biar tak bernafas

agar kau tahu rasa
nikmatnya dunia

Sunday, October 12, 2008

tanpa tajuk

jangan kau fikir aku baik hanya kerana aku pernah belanja kau makan.

jangan kau fikir aku jahat hanya kerana kita tak sehaluan.

Saturday, October 11, 2008

best ker??

budak-budak memang bertuah.
tak perlu nak pikir banyak perkara. tak payah pikir hutang yang nak dibayar. tak payah penat-penat berpikir macam mana nak cari duit. sentiasa dalam mod hepi dan gembira.
tak banyak musuh. kalau bergaduh pun, kena salam tangan je. dah ok. dah jadi kawan semula.
ari raya lagi la seronok. dapat duit raya. kalau dulu nak dapat 50sen pun susah. budak-budak sekarang, dapat rm5 pun kata kedekut lagi. cis..
jadi budak-budak best. tak sakit kepala pasal awek. pasal pakwe. tak payah pikir pasal cinta.
jadi budak-budak memang senang. makan mak suapkan. tidor mak dodoikan. siap ada cerita-ceriti lagi sebelum tidor.
jadi orang dewasa tak best ker?
best la jugak. tapi banyak yang tak best dari yang best...

Thursday, October 9, 2008

siapa ada KERETA KEBAL murah untuk dijual? aku nak beli.



aku nak pakai kereta kebal. kereta kebal yang betul-betul punya. yang askar pakai sewaktu perang. yang ada meriam panjang. yang boleh tembak sasaran dengan tepat sampai tinggal debu.

aku nak pakai kereta kebal sebab aku nak langgar, nak lenyek, dan nak tembak mereka-mereka yang kerek lagi berlagak atas jalan raya walhal hanya memandu kereta murah yang dibeli second-hand secara ansuran yang tah berapa bulan tertunggak, yang juga mungkin hanya kereta pinjam yang dipinjam dengan muka tak malu, atau kereta bapak yang dipakai secara curi-curi.

mereka yang berlagak hebat dijalan raya sewajarnya dilenyek dengan kereta kebal. biar leper. biar tak lagi menyusahkan orang ramai. semoga dengan itu akan berkurangan kadar kemalangan jalan raya di negara ni.

mereka diluar sana yang membaca apa yang aku tulis ini tidak perlu takut atau perlu merasa terancam. sebab aku hanya mahu meleperkan mereka yang tak pandai bertimbang rasa. yang merasakan seolah-olah jalan tu mak bapak mereka yang punya. macam dia sorang je yang bayar cukai jalan. woi.. orang lain pun bayar la. pakai moto buruk pun kena caj tau. RM2 setahun.

tetapi sekiranya korang memang jenis yang bangsat, yang tak reti nak respek kat orang lain, yang merasakan kereta korang tu hebat sangat, maka berjaga-jagalah. dapat je kereta kebal nanti, siapla korang. aku langgar sekor-sekor.

sekarang ni boleh la korang kerek. mentang-mentang la aku pakai Honda 2 tayar je. kemain lagi korang ye. suka-suki je nak bawak macam orang gila. nak bawak laju pun tengok la keadaan sikit. ni apa hal jalan yang sibuk pun korang nak tunjuk skil bodoh korang tu. dah la jalan licin sebab hujan. air lecah pun selamber je melibas ke muka aku yang tak bersalah ni. korang la punya pasal. setakat kena air tu aku boleh rilex lagi. tapi bab himpit Honda 2 tayar aku semata-mata nak test power kereta korang yang tak power mana pun sebenarnya tu bikin hati gua panas beb. nyaris-nyaris aku nak masuk longkang tadi tau tak. kalau aku mati terus dekat situ tadi macam mana? korang nak tanggung keluarga aku? kalau aku cacat seumur hidup? korang nak sara hidup aku? tak kesiankan aku pun, kesian la sikit kat mak abah aku, kat buah hati aku. aku tak kawin lagi tau tak!! nak aje aku bom kereta korang tu tadi. nasib baik Honda 2 tayar aku tidak disertakan sekali dengan meriam. kalau tak, nahas la korang tadi.

Tuesday, October 7, 2008

aduhai kerbau

satu perkara yang menarik perhatian aku baru-baru ini adalah binatang yang bernama kerbau atau 'keba' dalam panggilan sesetengah masyarakat di sekitar tempat tinggal aku ni.
binatang ni sebenarnya bukan la asing sangat pada aku. sejak dari kecil lagi aku dah berkenalan dengan makhluk ciptaan tuhan yang satu ini.
hal ini berlaku semasa aku bersama-sama dengan seorang hamba Allah ni berjalan-jalan masuk ke sebuah kampung yang belum pernah kami jejakkan kaki kami kedalamnya sebelum ini. berjalan-jalan kerana perasaan ingin tahu yang menebal dalam diri kerana walaupun tidak begitu jauh dari tempat tinggal aku, namun sekali pun tak pernah bagi kami melihat apa yang ada di dalamnya. biarlah kampung ini aku namakan sebagai Kampung X (bukan nama sebenar).
apa yang ada dalam perkampungan ini secara kasarnya tidak jauh berbeza dengan mana-mana kampung yang lain dalam Malaysia. mempunyai panorama yang sesegar alam walau pun sesekali tercemar dengan bauan najis-najis binatang ternakan seperti lembu dan kerbau.
apa yang menarik tentang kerbau di sini bukanlah kerana kerbau-kerbau di sini pandai menyanyi mahupun pandai berpidato, tetapi adalah kerana jumlahnya yang melampau banyaknya berdasarkan ruang yang ada pada kampung tersebut yang tidak pun sebesar mana sangat. dalam setiap kumpulan kerbau aku anggarkan mengandungi hampir 20 ekor anggota yang berjalan seiringan seperti yang sering dipraktikkan oleh golongan remaja yang menggelarkan diri mereka sebagai Mat Rempit. cikgu Bahasa Melayu aku semasa aku bersekolah dulu pernah mengeluarkan teori bahawa gejala berkumpulan yang sering diamalkan oleh remaja adalah kerana kuatnya pengaruh susu lembu dalam badan mereka. oleh itu adalah disyorkan kepada anda semua agar menyusukan anak-anak anda dengan susu badan ibu manusia dan bukannya susu lembu bagi mengelakkan anak-anak anda mengikut perangai lembu.
ok, tutup cerita pasal susu dan kembali kepada cerita kerbau di kampung X. kerbau yang terlalu banyak ini telah menyedarkan aku bahawa betapa kayanya masyarakat di kampung tersebut. anda tahu harga sekilo daging kerbau dipasaran tempatan? RM20-RM22 bagi setiap kg. dan tahukah anda berapa berat bagi seekor kerbau dewasa? darabkan jawapannya dengan purata 20 ekor kerbau bagi 1 keluarga. memang kaya.
lambakan kerbau di kampung tersebut membawa kepada idea jahat dalam kepala aku. apa kata kalau aku curi seekor dan jual dagingnya di pasar? memang masyuk la poket aku. rasanya kalau setakat seekor yang hilang tak ada siapa yang perasan kot. hehehe tapi anda semua jangan bimbang. itu hanyalah idea jahat yang singgah seketika sahaja dalam kepala hotak ku ini. aku tak buat pun. seumur hidup aku, aku hanya pernah mencuri binatang bernama ayam je. kerbau masih belum pernah.
macam biasa, bila banyak yang berkeliaran, maka banyak la najis-najis yang bergelimpangan di atas jalan-jalan raya. memang tak dapat nak dielak pun. Lewis Halmilton pun tak akan terlepas.
mesti terkena punya jerangkap samar yang dipasang oleh haiwan bernama kerbau ini. tak boleh terlepas. macam mana pun, aku berterima kasih kepada kerbau-kerbau ini yang berjaya membuka mata aku bahawa orang kampung bukanlah semiskin yang sering digambarkan oleh drama-drama TV. meskipun mereka tidak memiliki saham-saham di BSKL, tiada mempunyai sijil simpanan premium di bank-bank yang tebal, tiada aset-aset bernilai jutaan RM, tiada BMW mahupun EVO10 namun mereka masih mempunyai kerbau. kerbau yang banyak. sayangnya aku tidak mempunyai kamera pada masa itu. Henset aku pun tidak secanggih mana. tidak dapat aku rakamkan foto kerbau-kerbau yang banyak itu. sekiranya anda semua hendak melihatnya sendiri kerana tidak percaya dengan apa yang aku coretkan, boleh lah bertanya secara peribadi dan akan aku berikan butiran yang terperinci tentang kampung tersebut.
P/s; sebut pasal kerbau, aku teringat tentang peristiwa yang berlaku setahun dua yang lepas tentang perebutan anak kerbau antara dua manusia yang berlaku di sebuah negeri pantai timur. sehinggakan mereka sepakat menggunakan ujian DNA dalam menentukan siapakah ibu anak kerbau tersebut. hmmmm.. berita sensasi masa itu. tapi sayangnya aku tak tahu kesudahan yang berlaku. adakah salah seorang dari mereka berjaya dalam pertikaian tersebut? ataupun kedua-duanya berputih mata?? atau boleh jadi anak kerbau tersebut telah disembelih untuk dikongsi sesama mereka??? siapa yang tahu boleh la berkongsi jawapannya dengan aku.